web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


BOSS United: Mewangi Bersama 5 Bintang #EURO2020

Kacak dan bergaya, Hugo BOSS Malaysia meraikan lima pemain bola sepak Eropah dengan wangian penuh prestij dan stail!

Gaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jul 2021 2:30PM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tahniah kepada Itali kerana berjaya membawa pulang trofi Kejohanan Bola Sepak Piala Eropah 2020 (#EURO2020), menewaskan tuan rumah England di Stadium Wembley dengan mata 1-1 gol berbalas penalti 3-2. 

Buat peminat England, usah bersedih. Buat peminat Itali, sekalung tahniah diucapkan. Bagi meraikan semangat kesukanan ini, apa kata kita raikan dengan sebotol BOSS United edisi khas #EURO2020? Kejohanan ini mungkin sudah berakhir, tetapi ‘bau’nya masih melekat di memori. 

Walau apa pun yang terjadi, BOSS tetap meraikan #EURO2020 dengan semangat 'Unite to Celebrate'. Tiada yang namanya pecundang di dalam sukan! Semua adalah pemenang. 

Sempena kempen ini, BOSS bekerjasama dengan lima pemain bola sepak bertaraf dunia, masing-masing dengan kisah kejayaan yang memberi inspirasi kepada jutaan peminat di seluruh dunia. 

Superstars ini terdiri dari pemain tengah Jerman, Toni Kroos, penyerang England, Harry Kane, pemain pertahanan Perancis, Raphael Varane, pemain tengah Sepanyol, Sergi Roberto dan penyerang Colombia, Radamel Falco. 

Berdiri dengan integriti baik di dalam atau di luar lapangan, kelima-lima wajah kempen ini bersatu mewakili ciri-ciri lelaki sejati pada hari ini. 

Masing-masing dengan wawasan dan gaya yang kompleks dari pelbagai aspek kehidupan. Namun tetap setia dengan nilai-nilai jati diri yang merupakan ukuran sebenar kejayaan. 

BOSS Bottled United Limited Edition Eau De Parfum (100ml)
BOSS Bottled United Limited Edition Eau De Parfum (100ml)

Memberi Inspirasi & Bersatu

BOSS United (Eau de Parfum) edisi terhad ini memberi fokus antara karisma si jejaka dengan daya tarikan bola sepak. 

Meraikan semangat kesatuan dan sukan, ia mencerminkan gaya hidup moden di bandar sambil menggabungkan unsur kesegaran aktiviti di luar rumah.

Kehangatan nota-nota kayu mendapat ilham daripada saat-saat gemilang sepanjang semarak kejohanan bola sepak terbesar Eropah ini berlangsung.

Ia membias bau-bauan saat-saat gembira dan persahabatan, bercampur baur dengan saat genting dan sengit dalam perlawanan sukan.

Satu semburan BOSS United dapat memangkinkan aroma baharu yang menggabungkan kesegaran wangian sukan dengan keanggunan haruman khas BOSS yang abadi.

Nota daun Buchu liar membuka permainan bertenaga dan nota daun pudina pula menghembuskan nafas yang segar. 

Nota kayu-kayan membangkitkan rasa hangat, memberikan sentuhan sensual pada si pemakainya. – Getaran, 13 Julai 2021

Semua gambar: HUGO BOSS Malaysia

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 4 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan