web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


COS Raikan Ramadan & Syawal Dengan Koleksi Edisi Terhad

Koleksi yang hanya tersedia untuk wanita ini menampilkan fabrik berlipit (pleats) dalam rona lembut menawan.

Gaya Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 03 Mar 2026 8:25PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jenama fesyen berasaskan London, COS, menyambut ketibaan Ramadan tahun ini dengan pelancaran koleksi pakaian wanita edisi terhad yang eksklusif, disusuli suntingan khas untuk Aidilfitri.

Koleksi yang hanya tersedia untuk wanita ini menampilkan fabrik berlipit (pleats) dalam rona lembut menawan yang mencerminkan suasana penuh makna ketika bersama keluarga dan sahabat handai sepanjang bulan Ramadan.

Direka untuk transisi mudah dari siang ke malam, koleksi Ramadan ini menampilkan palet rona lembut seperti merah jambu samar dan warna-warna neutral yang grounded, membentuk asas gaya yang tenang namun berkarakter. 

Potongan ready-to-wear digarap dengan kemasan teliti, memperlihatkan ketelitian rekaan yang menjadi identiti jenama ini. 

Daripada potongan berinspirasikan vintaj dengan pinggang berstruktur (cinched waist), hinggalah set padanan dengan lipatan halus yang longgar, setiap satunya praktikal untuk digayakan pada bulan mulia ini.

Gaun berlengan batwing pula memberikan dimensi dramatik yang sofistikated, manakala motif anemon lukisan tangan yang dicetak pada skirt labuh dan selendang sedondon menambahkan kelembutan artisanal yang samar-samar pada koleksi ini. 

Bagi melengkapkan musim Syawal, COS memperluaskan tawaran dengan helaian yang sukar dilepaskan. Antara yang membuat hati jatuh cinta ialah gaun labuh linen berlipat dan set double-breasted berstruktur yang menyerlahkan keanggunan.

Tidak ketinggalan kot trench dalam rona khaki yang lebih ideal digayakan untuk percutian ke luar negara yang menjanjikan cuaca lebih dingin. Kot trech klasik ini turut diberi nafas baharu menerusi lengan cuff moden, draping lembut dan panel berperincian halus, menawarkan pendekatan lebih segar, elegan dan praktikal.

Sebagai jenama yang diinspirasikan daripada budaya kontemporari dan dikenali dengan helaian ikonik serta direka untuk tahan lama, pelancaran koleksi Ramadan dan Aidilfitri ini pasti menggembirakan pencinta fesyen yang setia dengan COS.

COS bukan sekadar menawarkan busana perayaan, tetapi satu interpretasi moden tentang keanggunan yang sederhana, tepat pada masanya untuk musim yang penuh refleksi dan kegembiraan. - Getaran, 3 Mac 2026

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

2

Gaya 5 hari yang lalu

Ramai Mahu Betulkan Kelopak Mata Demi Cantik, Tidak Sedar Ia Mungkin Petanda Penyakit

3

Gaya 3 minggu yang lalu

Minuman Sedia Diminum Semakin Jadi Sebahagian Rutin Harian

4

Gaya 1 bulan yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

oleh Rahayu MN