web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MASMUQA, Jenama Malaysia Angkat Kesederhanaan, Sains Dan Kilauan Semula Jadi Untuk Kulit Tropika

Koleksi minimalis MASMUQA merangkumi enam produk asas yang menyokong rutin penjagaan kulit menyeluruh yang terdiri daripada pembersih, toner mist,serum, pelembap, pelindung matahari dan masker helaian

Gaya Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 17 Dec 2025 5:33PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dalam dunia kecantikan yang sering sarat dengan janji sensasi dan rutin yang merumitkan, MASMUQA hadir dengan pendekatan yang berbeza, tenang, berasas dan penuh empati. 

Jenama penjagaan kulit kelahiran Malaysia ini mengangkat falsafah barrier-first, meletakkan kesihatan kulit sebagai teras utama sebelum apa jua kilauan luaran.

Diasaskan daripada pengalaman peribadi seorang pengasas yang pernah melalui episod skin barrier rosak dan sensitiviti melampau, MASMUQA lahir sebagai jawapan kepada keperluan sebenar kulit tropika, ringkas tetapi berkesan, lembut namun berpaksikan sains.

“MASMUQA berasal daripada dua perkataan iaitu ‘Emas dan Muka’. Kulit wajah wajar dijaga dengan penuh penghormatan, seperti sesuatu yang sangat bernilai. Falsafah ini bukan sekadar nama, tetapi diterjemahkan dalam setiap formulasi yang direka untuk memulihkan, melindungi dan mengekalkan keseimbangan semula jadi kulit, khususnya dalam iklim panas dan lembap Malaysia,” kongsi Pengasas Bersama MASMUQA, Nurin Afrina.

Koleksi minimalis MASMUQA merangkumi enam produk asas yang menyokong rutin penjagaan kulit menyeluruh yang terdiri daripada pembersih, toner mist, serum, pelembap, pelindung matahari dan masker helaian. Setiap satunya diperkaya dengan bahan aktif yang diiktiraf pakar dermatologi seperti centella asiatica (daun pegaga), niasinamida, asid hialuronik, seramida dan pantenol.

Antara yang mencuri tumpuan ialah MASMUQA Sheet Mask dan Toner Mist, dua produk yang menawarkan hidrasi segera dan pemulihan skin barrier hanya dalam beberapa minit, membuktikan bahawa kesederhanaan dan sains mampu bergandingan dengan indah.

Diformulasikan, dihasilkan dan direka sepenuhnya di Malaysia bersama rakan pengeluar bertauliah GMP, setiap produk MASMUQA dicipta khusus untuk kulit tropika. Teksturnya ringan, tidak melekit, namun terasa mewah dan cepat menyerap sehingga memberi keselesaan sepanjang hari.

Identiti tempatan menjadi nadi jenama ini, dengan penggunaan bahan botanikal Asia seperti daun pegaga (centella asiatica) dan ekstrak timun yang terkenal dengan sifat menenangkan kulit. 

Kerjasama rapat bersama ahli kimia dan pembekal tempatan bukan sahaja menyokong ekosistem industri kecantikan Malaysia, malah memastikan harga kekal berpatutan tanpa mengorbankan kualiti.

Walaupun masih muda, MASMUQA sudah melangkah ke arah kelestarian, daripada pembungkusan minimalis yang boleh dikitar semula, formulasi bebas kekejaman haiwan, hinggalah pengeluaran berskala kecil yang lebih beretika. 

Visi jangka panjangnya merangkumi sistem isian semula serta pembungkusan biodegradasi, sejajar dengan aspirasi masa depan kecantikan yang lebih bertanggungjawab.

Sejak penubuhan HN BYOODEECARE Sdn Bhd pada Februari 2024, MASMUQA telah mencatat pelbagai pencapaian bermakna, daripada pelancaran rangkaian pertama, kehadiran di platform digital seperti TikTok dan Shopee, sehinggalah pembentukan pasukan dalaman yang berkongsi visi sama.

“Melihat pelanggan kembali yakin selepas bertahun berdepan masalah kulit sensitif adalah kepuasan terbesar buat kami. MASMUQA dicipta untuk mereka yang mendambakan penjagaan kulit yang benar-benar memahami keperluan kulit,”tambah Nurin.

Melangkah ke hadapan, MASMUQA bakal memperkenalkan Set Penjagaan Lengkap Skin Barrier Repair serta rangkaian produk penuh menjelang 2026, disusuli acara pop-up, kolaborasi runcit dan peluasan ke pasaran serantau termasuk Singapura, Brunei dan Indonesia. - Getaran, 17 Disember 2025

FOTO : MASMUQA

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

2

Gaya 5 hari yang lalu

Ramai Mahu Betulkan Kelopak Mata Demi Cantik, Tidak Sedar Ia Mungkin Petanda Penyakit

3

Gaya 3 minggu yang lalu

Minuman Sedia Diminum Semakin Jadi Sebahagian Rutin Harian

4

Gaya 1 bulan yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

oleh Rahayu MN