web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bask Bear Coffee & Toasties Beri 100,000 Minuman Aren Percuma, Sokong Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026

Tajaan bernilai RM1.2 juta untuk pelancong luar negara itu dilakukan melalui tawaran ‘Beli 1 Percuma 1’ bagi siri minuman Aren, sementara rakyat Malaysia boleh menikmati minuman Americano percuma setiap hari dengan hanya RM29 sebulan

Gaya Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 24 Nov 2025 5:29PM

Tiong King Sing (tengah) bersama Bryan Loo (dua dari kanan) pada pelancaran kolaborasi Tourism Malaysia–Bask Bear Coffee & Toasties untuk Visit Malaysia 2026

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bask Bear Coffee & Toasties baru-baru ini mengumumkan sokongannya terhadap Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 melalui penajaan berskala besar yang memberi manfaat kepada 100,000 pelancong dari luar negara serta rakyat Malaysia, menerusi tawaran menarik yang dijangka memeriahkan landskap kopi tempatan.

Jenama itu menaja 100,000 minuman percuma yang bernilai RM1.2 juta untuk pelancong luar negara melalui tawaran ‘Beli 1 Percuma 1’ bagi siri minuman Aren, yang menggunakan gula aren beraroma karamel dari Borneo, sebagai alternatif yang lebih baik berbanding gula perang atau madu.

Sementara itu, rakyat Malaysia boleh menikmati minuman Americano percuma setiap hari dengan hanya RM29 sebulan melalui pelan ‘Bask Bear Club’,  iaitu bersamaan kira-kira 97 sen secawan, tawaran terbaik di pasaran pada masa ini.

Kerjasama bersama Tourism Malaysia itu diumumkan dalam satu majlis yang turut dihadiri Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding Sdn Bhd, Bryan Loo, berkata Bask Bear Coffee & Toasties merupakan jenama gaya hidup tempatan pertama yang melaksanakan penajaan berskala besar untuk VM2026 yang memberi manfaat kepada pelancong dan rakyat Malaysia.

“Kami mahu menyokong usaha Tourism Malaysia menarik pelancong antarabangsa menikmati destinasi menarik negara. Cara terbaik ialah memperkenalkan siri Gula Aren istimewa kami yang menggunakan bahan dari Borneo. Pelancong dapat menikmati satu minuman percuma dengan setiap pembelian minuman Aren Aerocano, Aren Latte atau Aren Cocoa.

“Pada masa yang sama, kami mahu menghargai rakyat Malaysia yang telah menyokong kami. Dengan Bask Bear Club, orang ramai boleh menikmati minuman Americano percuma setiap hari pada harga RM29 sebulan. Pelanggan juga boleh memilih minuman kopi yang lain dengan tambahan RM3.90 atau RM9.90 untuk toasties setiap hari.

"Kami turut memberikan satu bulan tambahan secara percuma sebagai tawaran pengenalan bagi menyokong pelancongan domestik. Jadi, pelanggan dapat menikmati dua bulan dengan hanya RM29, bersamaan kurang daripada 49 sen untuk setiap cawan kopi,” kata Loo.

Untuk menebus tawaran ‘Beli 1 Percuma 1’ ini, pelancong hanya perlu menunjukkan tangkapan layar banner Bask Bear di laman rasmi VM2026 berserta pasport mereka di mana-mana cawangan Bask Bear Coffee & Toasties.

King Sing dalam ucapannya mengalu-alukan usaha Bask Bear Coffee & Toasties dan menggesa lebih banyak jenama tempatan tampil menyokong kempen VM2026, memandangkan penglibatan sektor swasta amat penting dalam memacu promosi pelancongan negara.

Beliau turut berharap kerjasama bersama Bask Bear Coffee & Toasties ini membantu VM2026 mencapai sasaran 47 juta pelancong antarabangsa dan RM329 bilion dalam perbelanjaan pelancongan. - Getaran, 24 November 2025

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

2

Gaya 5 hari yang lalu

Ramai Mahu Betulkan Kelopak Mata Demi Cantik, Tidak Sedar Ia Mungkin Petanda Penyakit

3

Gaya 3 minggu yang lalu

Minuman Sedia Diminum Semakin Jadi Sebahagian Rutin Harian

4

Gaya 1 bulan yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

oleh Rahayu MN