web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Solar Time Lancar Jam Tangan Edisi Khas BONIA Everbloom, Rai Ulang Tahun Ke-44

Jam tangan edisi khas BONIA Everbloom hanya boleh didapati secara eksklusif di butik Solar Time terpilih dan kedai dalam talian rasmi

Gaya Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jul 2025 3:31PM

Bella Astillah dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di majlis pelancaran jam tangan edisi khas BONIA Everbloom

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sempena ulang tahun ke-44, Solar Time dengan bangganya melancarkan identiti jenama baharu yang meraikan lebih empat dekad ketukangan halus dan inovasi. 

Transformasi ini melambangkan komitmen jenama terhadap keanggunan abadi, ketepatan, dan gaya kontemporari.

Majlis pelancaran rasmi telah berlangsung di butik Solar Time yang telah dinaik taraf di IOI City Mall, Putrajaya minggu lalu. 

Butik ini kini menampilkan rekaan avant-garde yang mencerminkan identiti jenama yang diperbaharui dengan ruang moden yang menggabungkan warisan dan rekaan masa kini.

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran selebriti tanah air, Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. 

Sebagai sebahagian daripada pelancaran ini, Solar Time turut memperkenalkan logo baharu, dengan tipografi moden dan berani, sebagai simbol kepada semangat progresif dan usaha berterusan jenama dalam mengejar kecemerlangan.

Untuk memperingati detik bersejarah ini, Solar Time turut melancarkan jam tangan edisi khas BONIA Everbloom BNB10837 2525SE, eksklusif di butik Solar Time terpilih dan kedai dalam talian rasmi. 

Kelopak bunga Semanggi yang diletakkan pada kedudukan nombor 4 menambah makna simbolik, mewakili harapan, keharmonian dan tuah. Satu penghormatan elegan kepada 44 tahun legasi Solar Time.

Bagi meningkatkan nilai kenangannya, bahagian belakang jam ini diukir dengan tulisan ‘Special Edition Everbloom’.

Dengan kerangka berbentuk tonneau bersalut emas ros, dail seramik merah wain yang mewah, serta tali silikon sepadan, jam ini memancarkan estetik yang anggun dan mewah.

Dijual pada harga RM498, ia adalah pilihan sempurna bagi mereka yang menghargai gaya dan simbolik masa.

Solar Time kekal komited dalam menyediakan pengalaman membeli-belah yang diperibadikan, berkualiti dan berinspirasi, sejajar dengan misinya untuk terus bergerak seiring masa. - Getaran, 24 Julai 2025

Foto : Solar Time

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

2

Gaya 5 hari yang lalu

Ramai Mahu Betulkan Kelopak Mata Demi Cantik, Tidak Sedar Ia Mungkin Petanda Penyakit

3

Gaya 3 minggu yang lalu

Minuman Sedia Diminum Semakin Jadi Sebahagian Rutin Harian

4

Gaya 1 bulan yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

oleh Rahayu MN