web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Skarf Edisi Terhad Dan Gubahan Bunga Buah Tangan Raya RR, BloomThis

Kolaborasi padanan fesyen dan gubahan bunga mewah ini menerapkan elemen tradisi dengan keanggunan, jalinan antara seni busana moden dan gubahan bunga

Gaya Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Mar 2025 9:25PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sempena meraikan kehadiran Syawal kali ini, BloomThis tampil dengan kerjasama rentas industri dengan jenama fesyen RR by Rizman Ruzaini yang menerapkan elemen keanggunan moden dalam koleksi terkininya.

Dengan nama 'Pesona Raya', koleksi ini menerapkan elemen tradisi dengan keanggunan, jalinan antara seni busana moden dan gubahan bunga. Diinspirasikan oleh rekaan-rekaan sofistikated jenama Rizman Ruzaini, setiap gubahan dihasilkan dengan teliti untuk menzahirkan nilai eksklusif dan elegan.

Koleksi RR by Rizman Ruzaini x BloomThis ini menampilkan empat gubahan bunga yang menawan dan dipersembahkan dalam kotak bunga eksklusif edisi terhad RR by Rizman Ruzaini. 

Koleksi indah yang terdiri daripada gubahan Ameera Matthiola & Rose sehingga kepada kotak bunga Amani Phalaenopsis & Rose ini dijual pada harga antara RM269 dan RM359. 

Sehelai skarf edisi terhad juga tersedia untuk peminat kedua-dua jenama, namun dijual pada harga berasingan. 

Selari dengan tawaran-tawaran istimewa BloomThis yang terdahulu, setiap pesanan didatangkan dengan penghantaran percuma pada hari yang sama, serta kad mesej diperibadikan dan cetakan gambar 3R percuma, menjadikan setiap hadiah istimewa dan khusus untuk si penerima. 

Koleksi RR by Rizman Ruzaini x BloomThis kali ini bukanlah sekadar cenderahati, tetapi ia adalah karya seni yang boleh dijadikan koleksi peribadi. 

Dengan bunga premium dan gubahan yang sempurna, koleksi ini memartabatkan penerapan elemen mewah dalam pemberian cenderahati menerusi kerjasama antara jenama fesyen dan pakar gubahan bunga. 

Justeru, abadikan detik-detik istimewa anda dengan sentuhan keanggunan BloomThis bagi menjadikan setiap pemberian terpahat dalam ingatan.

Kotak Bunga Ameera Matthiola & Rose RR By Rizman Ruzaini 

Daripada gubahan bunga sehinggalah kepada kedudukannya di dalam kotak bunga RR by Rizman Ruzaini yang menawan, gubahan Ameera Matthiola dan Rose menaikkan seri dan perincian karya seni dalam gubahan bunga. 

Diinspirasikan oleh seni kraf yang anggun, kotak bunga elegan ini mengandungi bunga ros cappuccino yang subur, matthiola ungu dan hidrangea putih yang dihiasi dengan scabiosa dan dancing lady orchid.

Kotak bunga Arissa Hydrangea & Phalaenopsis RR By Rizman Ruzaini 

Gubahan Arissa Hydrangea dan Phalaenopsis menjalinkan citra keanggunan dan kemewahan. 

Dipersembahkan di dalam kotak bunga RR by Rizman Ruzaini, hidrangea merah jambu pekat menjadi sorotan utama jambangan ini, diserikan dengan orkid ungu, anturium hijau dan bunga mawar dalam simfoni tekstur dan warna yang memukau.

Aira Rose & Gerbera RR By Rizman Ruzaini Flower Box

Dipersembahkan di dalam kotak eksklusif RR by Rizman Ruzaini, gubahan Aira Rose dan Gerbera ialah jambangan bunga yang bakal mencuri perhatian pada musim perayaan. 

Seri kehangatan ros merah jambu dan gerbera oren muda, disulami dengan matthiola ungu dan hidrangea merah jambu gelap menghasilkan jambangan bunga yang menakjubkan. 

Amani Phalaenopsis & Rose RR By Rizman Ruzaini Flower Box

Gubahan Amani Phalaenopsis & Rose menzahirkan kemewahan jambangan bunga yang tiada tandingannya. 

Bunga mawar merah dan merah jambu yang segar, dipadankan dengan indah bersama orkid, dan diserlahkan dengan keanggunan kekwa dan eustoma. 

Tampil bersama kotak bunga eksklusif RR by Rizman Ruzaini, gubahan ini memastikan kemewahan yang ditampilkan menyentuh jiwa-jiwa yang melihatnya.

Skarf RR By Rizman Ruzaini x BloomThis 

Sentuhan pelengkap yang menyempurnakan segala-galanya,Skarf RR by Rizman Ruzaini x BloomThis. 

Direka untuk melengkapkan pakaian Raya di samping menyerlahkan sentuhan keanggunan pada gaya harian anda, skarf edisi terhad ini menjadi tanda mata musim perayaan yang akan menjadi kenangan indah. 

Maklumat lanjut tentang koleksi ini boleh didapati di https://bloomthis.co/collections/rr-by-rizman-ruzaini. - Getaran, 28 Mac 2025

Foto : BloomThis

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

2

Gaya 5 hari yang lalu

Ramai Mahu Betulkan Kelopak Mata Demi Cantik, Tidak Sedar Ia Mungkin Petanda Penyakit

3

Gaya 3 minggu yang lalu

Minuman Sedia Diminum Semakin Jadi Sebahagian Rutin Harian

4

Gaya 1 bulan yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

oleh Rahayu MN