web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sempurnakan Sambutan Krismas, Tahun Baharu Dengan Trove Treatmas

Gembirakan yang tersayang dengan kotak hadiah istimewa dan hidangan memikat selera

Gaya Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Dec 2024 8:32PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Betapa cepatnya masa berlalu, dalam diam tak diam, sambutan Krimas hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Ini bermakna, tahun baru juga semakin hampir. 

Bagi yang masih tidak dapat ‘berenggang’ dengan kerja-kerja pejabat, mencari hadiah untuk si dia mungkin agak mencabar. Maklumlah, dengan masa tidak mengizinkan, pasti ada yang panik. 

Apa hadiah yang hendak dibeli? Di mana harus dibeli dan apakah hadiah yang paling menarik tahun ini? Ini antara soalan yang akan berlegar-legar di fikiran. 

Tak perlu bebankan fikiran lagi. Tahun ini apa kata anda dapatkan hadiah istimewa daripada TROVE. Hadiah mewah yang dinamakan sebagai TROVE Advent Calendar 2024 ini tersedia dalam sebuah kotak yang mengandungi dua belas ‘khazanah’ terpilih.

Tampil dengan rekaan cantik dan eksklusif, kotak hadiah ini layak dihadiahkan untuk insan istimewa dalam hidup anda. Terdapat wangian, barangan penjagaan diri dan rangkaian penjagaan kulit yang pernah memenangi anugerah. 

Dijual pada harga RM580, kotak hadiah yang sebenarnya bernilai RM2,268 ini menawarkan kegembiraan mewah dan setiap penerima pasti pulang dengan hatinya berbunga-bunga. 

Pengalaman Menjamu Selera Mengasyikkan

Jika impikan sesi makan-makan yang bakal diingati oleh semua, TROVE buat julung-julung kalinya berkolaborasi dengan bōl Kuala Lumpur mempersembahkan pengalaman kulinari yang mengasyikkan. 

Terletak di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur, restoran yang tersenarai dalam Michelin Guide ini menampilkan pokok Krismas setinggi 15 kaki yang dihias indah dengan ornamen-ornamen Krismas daripada TROVE. 

Perpaduan dua jenama mewah ini menghasilkan gabungan identiti tersendiri. Daripada hiasan dalaman, meja, kutleri, pinggan mangkuk dan pemilihan menu, ia dihasilkan dengan penuh teliti agar ciri-ciri mewah dan eksklusifnya terserlah. 

Dengan kata lain, TROVE dan bōl bersatu untuk mempersembahkan Krismas di atas pinggan yang sempurna dan penuh magis.

Menghidangkan menu pembuka selera, menu utama dan pemanis mulut yang direka khas, set Treatsmas Trove ini terdiri daripada enam hidangan ini diolah secara peribadi oleh Chef Kian untuk Treatsmas TROVE yang sebenar. 

Setiap hidangan adalah bintang tersendiri, di mana setiap satu daripadanya mempunyai ramuan tersembunyi, menjanjikan pengalaman menjamu selera yang penuh dengan kejutan.

Bermula Dari 16 November hingga 31 Disember, semua pengunjung yang menjamu selera di bōl Kuala Lumpur akan menerima ‘TROVE Treats’ secara percuma yang bernilai RM150. 

Pengunjung yang membuat tempahan pada malam Krismas dan hari Krismas juga akan menerima tambahan barangan kaca Ichendorf bernilai RM100.

Untuk menu penuh dan tempahan, sila WhatsApp +60102838869. - Getaran, 16 Disember 2024

Foto : TROVE

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

2

Gaya 5 hari yang lalu

Ramai Mahu Betulkan Kelopak Mata Demi Cantik, Tidak Sedar Ia Mungkin Petanda Penyakit

3

Gaya 3 minggu yang lalu

Minuman Sedia Diminum Semakin Jadi Sebahagian Rutin Harian

4

Gaya 1 bulan yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

oleh Rahayu MN