web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kolaborasi PATOU X Onitsuka Tiger Sempena Ulangtahun

Kolaborasi dua nama besar dalam industri fesyen ini menampilkan koleksi yang bakal menerangi jalanan di Paris serta bandar-bandar utama dalam musim ini

Gaya Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Dec 2024 12:34PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tahun ini jenama fesyen Jepun, Onitsuka Tiger meraikan ulang tahunnya yang ke-75. Kali ini, jenama yang menggabungkan fesyen dan sukan, serta warisan bersama daya inovasi tampil dengan kolaborasi Istimewa. 

Sambil mengimbau kembali sejarah perjalanannya sejak 1949, Onitsuka Tiger bekerjasama dengan Maison Patou dari Paris, yang turut menyambut ulang tahun ke-110 tahun ini.

Kolaborasi dua nama besar dalam industri fesyen ini menampilkan koleksi yang bakal menerangi jalanan di Paris serta bandar-bandar utama dalam musim ini. Ia memperlihatkan gabungan keseronokan, kenakalan dan sofistikated. Tiga model kasut diberi tumpuan untuk menghidupkan jalanan di kota cinta itu. 

Model pertama adalah MEXICO 66, iaitu ikon yang diolah semula. Sebahagian daripada Onitsuka Tiger Stripes dihiasi dengan fabrik grosgrain, yang menjadi sentuhan istimewa Patou. 

Padanan rona hitam dan merah jambu eksklusif diberikan kepada model ini, dengan merah jambu unik Patou tampil menonjol. 

Lambang harimau juga ditafsirkan semula – bebas dan berani; yang dijadikan sebagai salah satu aksesori kasut, mudah dipasang dan ditanggalkan bagi menepati kepelbagaian gaya pilihan.    

MEXICO RINKAN pula menjadi model kedua, dengan penampilan yang santai dan kasual. Rona kuning air lembut dipadankan dengan merah jambu terang, yang memberikan sentuhan berani. 

Tab hitam di belakang adalah penghormatan kepada tanda pengenalan Patou, dengan grosgrain yang menambahkan lagi perincian menyeronokkan di samping kemasan yang halus.      

Yang terakhir, MEXICO 66™ BALLERINA yang bergaya dan sporty, diilhamkan oleh dunia tarian. Model ini tidak ketinggalan menampilkan grosgrain pada sebahagian daripada Onitsuka Tiger Stripes ikonik, sekali gus memberikan penampilan yang lebih menarik. 

Hitam dan merah jambu Patou mendominasi rekaan ini dengan tali pengikat berganda yang melengkapkan lagi siluet keseluruhannya.   

Kolaborasi ini turut disertakan dengan beberapa himpunan helaian seperti hoodie, kemeja-T dan aksesori, menampilkan warna utama Patou iaitu merah jambu dan fabrik grosgrain ikoniknya lalu diolah bersama intipati Onitsuka Tiger. 

Koleksi ini menawarkan padanan ‘uniseks’ dan memaparkan logo kolaborasi, menggabungkan elemen tersendiri pada kedua-dua jenama. 

Sleepover at L'appartement PATOU Tiger

Untuk meraikan kolaborasi ini, satu acara pengalaman mengasyikkan, Sleepover at L'appartement PATOU Tiger turut dianjurkan di butik utama global Onitsuka Tiger di Regent Street, London. 

Diinspirasikan daripada kolaborasi ini, acara itu akan membawa pengunjung ke dunia maya di mana dua remaja dari Paris dan Tokyo berkongsi pangsapuri kecil, lalu menggabungkan budaya masing-masing di bawah satu bumbung. 

Bayangkan dua orang rakan dari dua kota berbeza berkongsi sebuah pangsapuri yang seterusnya mencetuskan kombinasi budaya Jepun dan Perancis yang menawan.    

Jadi, jika anda bakal ke London untuk percutian hujung tahun ini, boleh rebut kesempatan yang ada dengan singgah ke ‘pangsapuri’ ini. Tiada bayaran dikenakan untuk lawatan yang tersedia sehingga 22 Disember hadapan. 

Namun, tempahan awal diperlukan, (berdasarkan siapa cepat dia dapat) di laman sesawang https://onitsukatiger.superbexperience.com. 

Jadi, tunggu apa lagi? Cepatlah buat tempahan. - Getaran, 7 Disember 2024

Foto : Onitsuka Tiger

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

2

Gaya 5 hari yang lalu

Ramai Mahu Betulkan Kelopak Mata Demi Cantik, Tidak Sedar Ia Mungkin Petanda Penyakit

3

Gaya 3 minggu yang lalu

Minuman Sedia Diminum Semakin Jadi Sebahagian Rutin Harian

4

Gaya 1 bulan yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

oleh Rahayu MN