web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Azarine Produk Kosmetik Mampu Milik Indonesia Untuk Naikkan Seri Wajah

Produk penjagaan kulit premium untuk meningkatkan seri wajah ini bermula RM15 hingga RM25

Gaya Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 09 May 2024 2:06PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Azarine Cosmetic, jenama produk kosmetik dan penjagaan kulit dari Indonesia akhirnya membuat penampilan sulungnya di Malaysia

Dengan kerjasama Kara Marketing (M) Sdn Bhd sebagai pengedar tunggal, Azarine yang terkenal dengan produk yang berkualiti tinggi, kini tersedia untuk pelanggan di Malaysia dengan pelbagai pilihan produk penjagaan wajah untuk menangani sebarang masalah kulit.

Ditubuhkan pada tahun 2002, Azarine menggunakan bahan semula jadi yang digabungkan dengan inovasi moden untuk menangani masalah kulit dengan berkesan sambil menyuburkan kulit untuk kesihatan jangka pendek dan panjang. 

Dengan lebih 30 produk yang merangkumi kategori seperti pembersih, penyegar, serum & rawatan, pelindung matahari, pelembap dan penyelesaian pencerahan aktif, Azarine berhasrat untuk menyembuhkan dan mengekalkan kesihatan kulit yang akan menyumbang kepada kesejahteraan yang menyeluruh. 

Pengarah Pemasaran Azarine Cosmetic, Marcella Vanessa Tjahyonto, menekankan komitmen jenama tersebut untuk menyediakan penyelesaian penjagaan kulit yang utama dan mampu milik yang disesuaikan untuk keperluan kulit yang berbeza bagi rakyat Malaysia, pada harga yang bermula dari RM15 hingga RM25. 

“Kami sangat teruja untuk memperkenalkan Azarine ke Malaysia dan membawa produk penyelesaian penjagaan kulit premium ini kepada pengguna di sini.

“Memandangkan rakyat Indonesia dan Malaysia berkongsi jenis dan kebimbangan kulit yang sama dalam iklim serupa, kami yakin rakyat Malaysia akan mendapat manfaat daripada penggunaan produk Azarine dan membuatnya sebagai teman seumur hidup,” ujar Marcella.

Pelancaran Azarine di Malaysia
Pelancaran Azarine di Malaysia

Dalam masa yang sama, Marcella juga menekan bahawa produk keluaran mereka ini biarpun dijual pada harga yang mampu milik, namun pihaknya sentiasa komited membuat penambahbaikan saintifik bagi penumbuhan dan penggunaan herba dalam produk Azarine. 

“Kami mahu rakyat Malaysia untuk memperoleh teman penjagaan kulit seumur hidup yang sentiasa bersedia untuk meningkatkan kesihatan kulit mereka.

“Dengan penyelidikan dan pembangunan berterusan yang bertujuan untuk menaik taraf produk, Azarine berharap dapat menyampaikan produk yang berguna dan mudah untuk gaya hidup moden. Kami telah berusaha untuk mengekalkan dedikasi ini dengan memastikan pelanggan kami dapat menikmati produk penjagaan kulit berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan,” katanya.

Baru-baru ini, jenama ini juga telah memperkenalkan pelakon popular Korea, Lee Min Ho sebagai duta jenama ini di Malaysia.

Siri Pelindung Matahari Dan Siri Pencerahan

Ada dalam kalangan rakyat Malaysia yang tidak begitu mementingkan kesan serius akibat pendedahan matahari pada kulit yang merupakan punca utama masalah kulit seperti kedutan, pigmentasi, jeragat, dan tekstur kulit kasar. 

Untuk menangani kebimbangan ini dalam iklim tropika Malaysia, Azarine telah memperkenalkan barisan produk terbaharunya, seperti Siri Pelindung Matahari dan Siri Pencerahan. Dengan lebih 10,000,000 unit terjual di seluruh dunia, Siri Pelindung Matahari Azarine bersedia untuk menjadi produk kegemaran dalam kalangan rakyat Malaysia yang mendambakan perlindungan matahari yang berkesan. 

Siri Pelindung Matahari Azarine menyediakan perlindungan penting terhadap sinaran UV yang berbahaya dengan formula ringannya yang memastikan liputan yang mencukupi untuk muka dan leher apabila disapukan dengan menggunakan jari telunjuk dan jari tengah. 

Diformulasikan dengan SPF tinggi serta perlindungan cahaya biru yang maksimum, siri ini menawarkan perlindungan yang berkesan terhadap kerosakan akibat pendedahan matahari, tanpa kandungan komedogenik dan tidak akan meninggalkan sebarang lapisan putih. Bagi mereka yang ingin mencerahkan dan menyekatakan tona kulit pula, Siri Pencerahan adalah penyelesaian yang ideal.

Produk Azarine Cosmetic boleh didapati di semua cawangan Watsons di Malaysia dan juga dalam talian di Karta Supermall.

Untuk maklumat lanjut tentang Azarine dan rangkaian produk penjagaan kulitnya, sila layari laman web rasmi Azarine atau Instagram @azarinecosmetic.my. - Getaran, 9 Mei 2024

Foto : Azarine Cosmetic

Berita Berkaitan

1

Gaya 2 hari yang lalu

Pasar Besties Bazaar Memupuk Kebahagiaan, Tangani Masalah Kesihatan Mental

2

Gaya 1 minggu yang lalu

Cara Terbaik Untuk Simpan Kasut Agar Tidak Mudah Rosak

3

Gaya 1 minggu yang lalu

Hadiah Untuk Ratu Hati Sempena Sambutan Hari Ibu

4

Gaya 2 minggu yang lalu

Cuaca Panas, Lebih Baik Sarung Pakaian Fabrik Linen

Sorotan

1

Sharul Aimy Lakar Sejarah, Raih Pingat Sulung Negara Pada Kejohanan Asia

2

2 Gol Penang FC Batal, Akur Seri 0-0 Dengan Terengganu

3

Belum Sempat Sampai Rumah Dari KLIA, Suami Sarjan Faridah Terima Berita Pemergian Isteri

4

Selangor Tewaskan KDA FC 1-0, Bergema 'Siu' Di MBPJ

5

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

6

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

Disyorkan untuk anda

Refleksi 1 hari yang lalu

Tak Perlu Saling Berbalah, Hukum Boikot Adalah Harus

oleh Rahayu MN

Gaya 17 jam yang lalu

7 Tip Rendahkan Kolesterol Jahat, Tak Susah Pun Untuk Dilakukan

Kata kunci di sini ialah, ubah gaya hidup jika mahu tubuh badan yang sihat sejahtera! 

oleh Rahayu MN

Selera 1 hari yang lalu

The Exchange TRX Persembahkan TRX Eats, Acara Makan-Makan dan Hiburan Hujung Minggu 

Berlangsung sepanjang Mei ini, acara tersebut turut memberi peluang pengunjung memenangi pelbagai baucer dan hadiah.

oleh Rahayu MN