web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rizman Ruzaini Pilihan Naomi Campbell Pada Minggu Fesyen Dubai 2023

Koleksi ‘Spring/Summer 2024’ karya pereka fesyen tersohor Malaysia itu jadi tumpuan di Dubai

Gaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Oct 2023 4:47PM

Pereka fesyen, Rizman Ruzaini bersama supermodel, Naomi Campbell di pentas peragaan Minggu Fesyen Dubai 2023. gambar Instagram Rizman Ruzaini

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tatkala supermodel terkenal dunia, Naomi Campbell tampil di pentas peragaan Minggu Fesyen Dubai semalam, nama Rizman Ruzaini terus terukir di persada fesyen antarabangsa.

Manakan tidak, Naomi memilih untuk memperagakan karya pereka fesyen terkenal Malaysia itu sempena minggu fesyen yang menjadi tumpuan dunia.

Menerusi hantaran di Instagram, Rizman Ruzaini turut berkongsi persiapan dan kisah di sebalik tabir persiapan sempena Minggu Fesyen Dubai 20023.  Bertemakan ‘Spring Summer 2024’, detik itu sudah pasti mencatat sejarah buat pasangan pereka fesyen itu, selain penampilan eksklusif Naomi pada acara berprestij berkenaan.

“Mimpi menjadi kenyataan,” katanya menerusi perkongsian di Instagram.

Susulan itu, ruangan komen Instagram Rizman Ruzaini turut dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada rakan artis dan warga siber, termasuk pengikutnya dari dalam dan luar negara.

Pada masa sama, Rizman Ruzaini berjaya membuktikan hasil karya anak tempatan Malaysia berjaya menembusi pentas peragaan antarabangsa dan menjadi pilihan supermodel terkenal, Naomi Campbell. Yang pastinya, Malaysia Boleh!. – Getaran, 16 Oktober 2023

@getaranmy Wow, bukan calang-calang orang yang memperagakan baju yang direka oleh Rizman Ruzaini ni! ? #getaranmy #trending #rizmanruzaini #naomicampbell #dubaifashionweek ♬ original sound - Getaran

Berita Berkaitan

1

Gaya 2 tahun yang lalu

Rizman Ruzaini Reka Pakaian Seragam Kakitangan Hospital

2

Gaya 2 tahun yang lalu

Tiada Lagi Koleksi Raya Dari Rizman Ruzaini Selepas Ini, Mahu Tumpu Pasaran Antarabangsa 

3

Selebriti 3 tahun yang lalu

Peminat Teruja, Cinta Aedy Ashraf Dan Amelia Henderson Kembali Bertaut, Kali Ini Mahu Lebih Serius

4

TARA 3 tahun yang lalu

Koleksi Raya Rizman Ruzaini 2023 Direka Untuk Semua Golongan Daripada B40 Sehingga ‘Kayangan’

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Gaya 10 jam yang lalu

Dari Ladang Ke Jalanan, Levi’s® Bawa Misi Sky High Farm Goods

oleh Rahayu MN