Berita Terkini

8 jam yang lalu: Anwar puji sikap Hun Sen yang hormati kaum Muslim 9 jam yang lalu: Anwar bakal umum pelaburan penting baharu semasa lawatan ke China 9 jam yang lalu: Bazar Ramadan Rahmah di 38 lokasi seluruh negara 9 jam yang lalu: Karate sasaran lubuk emas negara di Sukan SEA - CDM 9 jam yang lalu: Malaysia-Turkiye boleh terokai kerjasama baharu industri aeroangkasa - Ahmad Zahid

IKUTI KAMI


Koleksi Raya Rizman Ruzaini 2023 Direka Untuk Semua Golongan Daripada B40 Sehingga ‘Kayangan’

Hampir 100 rekaan dikeluarkan oleh rumah fesyen terkenal negara, Rizman Ruzaini untuk koleksi lebaran tahun ini termasuk pakaian tradisonal, hijab, kasut dan beg untuk digayakan sempena Aidilfitri nanti.

TARA Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 11 Mar 2023 2:00PM

Memilih slogan, 'Raikan Raya Bersama Rizman Ruzaini', untuk tahun ini, hampir 100 helaian dilancarkan dengan rekaan bervariasi bagi meraikan setiap pemakainya pada Aidilfitri nanti - Gambar ihsan Rizman Ruzaini

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Saban tahun, peminat fesyen tempatan pasti menantikan koleksi raya daripada pereka fesyen duo terkenal negara iaitu Rizman Ruzaini.

Seperti yang sedia maklum, Rizman Ruzaini sering tampil dengan koleksi ‘Ready-To-Wear’ dan juga ‘Made-To-Measure’ setiap kali tibanya lebaran.

Memilih slogan, 'Raikan Raya Bersama Rizman Ruzaini', untuk tahun ini, hampir 100 helaian dilancarkan dengan rekaan bervariasi bagi meraikan setiap pemakainya pada Aidilfitri nanti.

Tersedia dari harga RM149 hingga RM8,000 ringgit, jelas Rizman, selepas hampir 20 tahun berada dalam bidang ini fokusnya kini hanya satu iaitu untuk memastikan setiap golongan di negara ini berpeluang untuk menggayakan jenama kebanggaan mereka ini.

Duo fesyen ternama negara, Rizman Ruzaini
Duo fesyen ternama negara, Rizman Ruzaini

“Di Rizman Ruzaini kami mewujudkan dua 'segmentation' yang melibatkan jenama Rizman Ruzaini iaitu untuk golongan yang memilih harga yang lebih mewah, manakala RR pula untuk mereka yang mahu membeli jenama ini tanpa perlu memikirkan soal harga.

“Tetapi untuk tahun ini, kempen kami tertumpu kepada semua golongan melalui satu slogan Raikan Raya Bersama Rizman Ruzaini. Dari serendah-rendah harga yang kami letakkan, saya yakin semua pelanggan di luar sana yang teringin menyarungkan rekaan eksklusif Rizman Ruzaini mampu untuk berbuat demikian untuk kali ini,” katanya.

Selain daripada melancarkan koleksi pakaian yang merangkumi Baju Kurung dan Baju Melayu, Rizman Ruzaini turut hadir dengan rekaan hijab, kasut dan pelbagai variasi tas tangan pelbagai saiz untuk disuaipadankan dengan baju raya.

Bercerita mengenai konsep rekaan sempena Aidilfitri tahun ini, kata Rizman Ruzaini mereka cuba untuk merealisasikan semua permintaan pelanggan mereka dari segenap lapisan masyarakat tetapi masih mengekalkan DNA Rizman Ruzaini yang ‘classy’, ‘timeless’ dan ‘sleek’.

“Kami keluarkan koleksi baju kurung polos yang disertakan dengan kerongsang percuma. Juga setiap rekaan hadir dengan hijab yang sepadan. Kita juga keluarkan rekaan menggunakan kain cetak dengan motif songket, pua kumbu. Dan salah satu corak menggunakan ‘hand painting’ yang menunjukkan suasana beraya di kampung. 

“Boleh dikatakan tahun ini kami ‘tapau’ habis semuanya daripada baju dewasa, kanak-kanak, beg, kasut, hijab, sampin dan sebagainya,” ujar Rizman Ruzaini.

Rizman turut mendedahkan bahawa mereka membelanjakan sehingga RM1 juta untuk melancarkan kempen koleksi RR Raya tahun ini.

Bercakap perihal lokasi perlancaran malam ini, Rizman menjelaskan bahawa pemilihan hotel St. Regis dilihat bertepatan dengan koleksi hari raya Rizman Ruzaini untuk tahun ini. 

“Mengenali saya dan Ruzaini sendiri kami memang teliti dalam semua aspek. Jadi pemilihan lokasi ini juga harus selari dengan apa yang ingin kami tampilkan pada koleksi kali ini. Eksklusif dan mewah.

“Memang benar untuk pelancaran kali ini juga peruntukannya adalah RM1 juta. Ia bukan soal duit sebenarnya tetapi ia tentang bagaimana selepas hampir 20 tahun mencabar diri, apa yang ingin kami tonjolkan adalah kematangan jenama ini.

“Kami juga sudah lama tidak anjurkan pertunjukan fesyen sendiri sejak pandemik melanda. Jika ada pun dalam acara yang dianjurkan oleh pihak lain seperti KL Fashion Week dan sebagainya,” tambahnya.

Sementara itu, apa yang mencuri tumpuan pada majlis pelancaran ini juga adalah kehadiran puluhan selebriti yang turut meraikan koleksi terbaharu ini. 

Tampil memukau dengan rekaan Rizman Ruzaini, pastinya nama-nama seperti Marion Caunter, Kavita Sidhu, Daiyan Trisha ternyata mengiyakan bahawa jenama Rizman Ruzaini bukan sahaja disayangi peminatnya tetapi golongan terkenal ini.

“Seperti yang kita tahu, Rizman Ruzaini memang cukup akrab dengan golongan selebriti di negara ini. Bagi kami kehadiran jenama ini pada awalnya juga banyak bergantung kepada sokongan selebriti yang tidak putus-putus memberikan maklum balas yang baik tentang jenama ini.

“Tentunya saya harapkan hubungan antara selebriti dan Rizman Ruzaini akan terus terjalin erat sekali gus menjadi inspirasi kepada kami untuk terus menghasilkan karya lebih mengujakan pada masa depan,” jelasnya.

Istimewanya juga, pertunjukan fesyen Rizman Ruzaini Fall Winter 2023 & Raya 2023 kali ini mendapat sokongan rakan strategik daripada Usanita. – Getaran, 11 Mac 2023

Isu Pada

Dolla Tunjuk Taring

11 Mar 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 3 bulan yang lalu

Kepuasan Beli-Belah Tahap Maksimum Di Butik Rizman Ruzaini Four Seasons Place

2

TARA 5 bulan yang lalu

Tampil Menawan Bak Ratu Di Hari Bahagia Dengan Koleksi Busana Pengantin ‘RTW’ Rizman Ruzaini 22/23

3

TARA 7 bulan yang lalu

Rizman Ruzaini Membina Empayar Fesyen

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Agong, Pemimpin Zahir Ucapan Aidiladha

Sorotan

1

Benar Kata PM, KWSP Hanya Patut Dikeluarkan Selepas Bersara – MTUC

2

Sudah Tiba Masa Perkasa Pengurusan Air

3

Dakwa Difitnah, Guan Eng Saman Muhyiddin

Disyorkan untuk anda

TARA 1 hari yang lalu

Istanbul Bersedia Persembahkan Festival Bunga Tulip Yang Diadakan Pada Setiap April

oleh Rahayu MN

TARA 1 hari yang lalu

Bazar Ramadan Rahmah Tawar Pelbagai Juadah Bawah RM5

TARA 1 hari yang lalu

Kahfbro Lancar Larian Komuniti Untuk Mempromosikan Gaya Hidup Sihat

Bertujuan untuk mempromosi pendekatan secara dalam komuniti yang lebih meluas melalui banyak aktiviti dan acara gaya hidup sihat. 

oleh Rahayu MN

TARA 1 hari yang lalu

Lakukan 5 Amalan Ini Untuk Kumpul Pahala Berganda Di Bulan Ramadan

oleh Rahayu MN