web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Guna Spesifikasi Jabatan Pertahanan AS, Luminox Mil-Spec 3350 Idaman Pencinta Aktiviti Lasak

Dijual bermula dengah harga RM 4,260, produk ini berasaskan standard ketenteraan yang pastinya tahan lasak dan berkualiti tinggi

Gaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Oct 2023 12:09PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bila berbicara mengenai jam tangan, individu yang memiliki pekerjaan atau gemar melakukan aktiviti lasak pasti memerlukan jam berkualiti tinggi dan berdaya tahan.

Luminox Mil-Spec 3350 menawarkan harga bermula RM4,260
Luminox Mil-Spec 3350 menawarkan harga bermula RM4,260

Baru-baru ini, sebuah jenama jam tangan dari Switzerland telah memperkenalkan siri jam tangan terbaharu mereka yang menggunakan material tahan lasak.

Dikenali sebagai Luminox Mil-Spec 3350 Series, rekaan jam ini mengambil kira rujukan dibuat dengan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) bagi memastikan ia memenuhi spesifikasi tentera yang dikehendaki.

Didatangkan dengan harga bermula RM4,260, pasti ramai yang penasaran untuk mengetahui apakah ciri-ciri canggih yang ada pada jam berkenaan.

Luminox Mil-Spec 3350 mempunyai ciri rintangan air, kekukuhan dan kualiti yang menepati piawaian Jabatan Pertahanan US beserta kerangka Carbonox
Luminox Mil-Spec 3350 mempunyai ciri rintangan air, kekukuhan dan kualiti yang menepati piawaian Jabatan Pertahanan US beserta kerangka Carbonox

Model Luminox Mil-Spec ini memiliki rintangan air, kekukuhan dan kualiti yang menepati piawaian Jabatan Pertahanan AS untuk kegunaan di darat, udara atau di dalam air. Ia bermakna jam ini amat sesuai untuk kegunaan anggota Navy SEAL dan pasukan elit lain.

Seperti model keluaran Luminox sebelum ini, Mil-Spec 3350 turut didatangkan dengan kerangka Carbonox yang menjadikan jam berkenaan kuat, keras dan ringan. Ia mempunyai tahap keupayaan kalis air sedalam 300 meter dan sesuai untuk digunakan ketika terlibat dengan aktiviti selam skuba atau snorkeling di laut lepas (open water).

Mempunyai dua pilihan warna sahaja iaitu hitam dan hitam camouflage
Mempunyai dua pilihan warna sahaja iaitu hitam dan hitam camouflage

Menawarkan tali getah atau nilon, Luminox Mil Spec 3359 hanya mempunyai dua pilihan warna iaitu hitam dan hitam camouflage yang dimaklumi ramai sebagai warna asas pasukan tentera.

Untuk memberi tahap ketahanan di peringkat maksimum, Luminox Mil-Spec 3350 menggunakan keluli khas supaya ia tidak mudah berkarat apabila memasuki kawasan berair masin.

 Mil-Spec 3350 dilengkapi dengan sistem pergerakan Quartz  (litar elektronik)
Mil-Spec 3350 dilengkapi dengan sistem pergerakan Quartz  (litar elektronik)

Luminox Mil-Spec 3350 juga dilengkapi dengan sistem pergerakan Quartz  (litar elektronik ) iaitu gerakan menggunakan bateri bagi memastikan bacaan masa yang tepat.

Sesuai spesifikasi, ia juga dilengkapi sistem pencahayaan khas Luminox Light Technology yang mampu bertahan sehingga 84 bulan atau tujuh tahun. Sistem itu turut diguna pakai ke atas ketiga-tiga jarum dan di sekeliling permukaan jam.

 Jam ini sangat sesuai untuk aktiviti lasak 
Jam ini sangat sesuai untuk aktiviti lasak 

Secara keseluruhan jam ini sangat sesuai digunakan oleh peminat aktiviti lasak atau ekstrem seperti mendaki gunung, selam skuba dan seumpamanya. 

Jam ini boleh didapati di Parkson 1 Utama, Parkson Pavilion KL, SOGO KL, SOGO Central i-City Shah Alam serta setiap pengedar jam tangan bertauliah. - Getaran, 9 Oktober 2023

Sumber Foto: Luminox.com

Berita Berkaitan

1

Gaya 4 hari yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

2

Gaya 5 hari yang lalu

Piala Dunia 2026: Penginapan, Kembara Dan Peluang Mendapatkan Tiket Percuma

3

Gaya 6 hari yang lalu

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

Gaya 2 minggu yang lalu

Pos Malaysia, Perhilitan Perkenal Setem Khas Burung Bayan Malaysia

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia