web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Formasi Fesyen Jalanan Lelaki

Skop 'streetwear' agak luas dan jika anda mahu mencuba menggayakannya, kami ada tiga tip untuk anda.

Gaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jul 2024 2:18PM

Gambar: AFP

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Mana mungkin kita boleh ketepikan perihal streetwear dalam dunia fesyen hari ini. Jika dahulu fesyen jalanan terlihat sebagai satu penggayaan yang biasa, namun hari ini gaya jalanan bagai memberi satu impak besar dalam arena seni fesyen lelaki. Konsepnya lebih santai, mudah, tetapi masih menarik!

Berikut kami tampilkan 3 panduan untuk anda tampak cool dan stylo dalam penggayaan gaya jalanan:

1 – Oversized

Gambar: Instagram @BudakBaek
Gambar: Instagram @BudakBaek

Kebiasaannya ramai lelaki suka mengenakan kemeja-T ketat untuk memperlihatkan susuk badan yang lebih berotot. Namun, tidak pada penggayaan fesyen jalanan.

Streetwear is baggy & shapeless!

Ia bagaikan pilihan gaya bebas yang tiada had untuk bergaya. Tidak kira sama ada kemeja, bomber jacket mahupun sweater, rekaan jenis oversized ini mampu membuat gaya jalanan anda lebih menyerlah. Cool and urban.

Untuk tampil lebih menarik, gayakannya dengan beberapa lapisan helaian lain. Apa kata anda cuba kenakan kemeja oversized bersama kemeja-T jenis labuh. Padankan juga bersama seluar pendek paras lutut. Usah butang kemeja itu. Biarkan ia longgar dan santai.

2 – Sweatpants / Seluar Panjang Sukan

Gambar: Champion.com
Gambar: Champion.com

Jika berbicara tentang seluar jenis sweatpants ini pula, rata-rata kaum lelaki pasti menyukainya. Bukan hanya pada mereka yang terlibat dalam aktiviti sukan, malah kini ia disarung sebagai fashion statement!

Jenis fabriknya memberi keselesaan mutlak kepada si pemakai, lantas menjadikan gaya si pemakai lebih santai. Manakan tidak, hingga hari ini penggayaan streetwear menjadikan sweatpants sebagai elemen penting dalam intipati berfesyen.

Padankan sahaja dengan helaian kemeja-T putih yang sedikit longgar (baggy) bersama-sama dengan sneakers rona putih. Lebih kemas dan bersih.

3 – Topi & Blazer

Gambar: Instagram @gentsco
Gambar: Instagram @gentsco

Dua item ini harus disatukan bagi menghasilkan satu kelainan dalam gaya streetwear. Baseball cap sudah menjadi menjadi streetwear essential atau topi wajib untuk gaya jalanan ini. Rata-rata penggemar fesyen, khususnya anak muda menjadikan baseball cap sebagai aksesori utama dalam berfesyen.

Namun, apa yang menariknya apabila topi besbol ini dipadankan pula dengan sehelai blazer, ia seolah-olah menaikkan aura formaliti atau rasmi, tetapi masih mengekalkan unsur kasual dalam gaya. Pemerhati fesyen barat menyifatkan gaya ini sebagai satu kesinambungan unsur hip hop dan gaya rasmi antara dunia fesyen dan korporat.

Gayakan dengan seluar jeans, mahupun chinos dan sudah pasti sepasang sneakers! Sudah sampai masanya anda bermain dengan kreativiti. Gayakan baseball cap ini bersama tailored jacket atau blazer! – Getaran, 8 Julai, 2024

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 tahun yang lalu

Kolaborasi Magnum Bersama SHALS Dan Tact Hangatkan KLFW 2024

2

Gaya 1 tahun yang lalu

Kopi Dan Fesyen Terus Bersatu Di KLFW 2024

3

Gaya 2 tahun yang lalu

‘Jangan Lacur Budaya Kita’ - FM Group Anjur Pertandingan Reka Fesyen ICFW

4

Gaya 2 tahun yang lalu

Kek Secret Recipe Diterjemah Menjadi Busana Melayu Tradisional

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

oleh Rahayu MN