web statsweb stats

Berita Terkini

5 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sebut Diri Sendiri Ikon Fesyen, Vida Tampil Ala ‘Mat Kilau’ Di #KLFW2022

DSV membuat penampilan fesyen yang cukup unik pada persembahan Behati 2022.

Gaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Aug 2022 2:47PM

Vida tampil dengan rekaan Behati pada pentas peragaan #KLFW2022 untuk koleksi Behati Peranakan 2022. - Gambar oleh Sairien Nafis

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Datuk Seri Vida (DSV) sekali lagi menjadi buah mulut ramai apabila tampil dalam sepersalinan ekstravaganza rekaan Behati di hari akhir Kuala Lumpur Fashion Week 2022 (#KLFW2022).

DSV yang muncul di slot persembahan jenama itu, disambut gamat khalayak penonton semasa melewati pentas peragaan #KLFW2022 untuk koleksi Behati Peranakan 2022.

“Busana ini sangat unik. Apa yang boleh kamu lihat di sini? Ia ialah satu persalinan kaum Peranakan dengan gabungan unsur Melayu. 

This is what? This is tengkolok Mat Kilau!” tawanya sambil menunjukkan perhiasan kepala yang digayakan selepas majlis persembahan tamat.

DSV turut terpilih sebagai muse untuk koleksi rekaan Kel Wen ini iaitu pereka fesyen yang sama mereka cipta semua busana di dalam video muzik ‘Ku Ikhlaskan’. 

Vida menampilkan rekaan Behati pada hari akhir Kuala Lumpur Fashion Week 2022. - Gambar oleh Sairien Nafis
Vida menampilkan rekaan Behati pada hari akhir Kuala Lumpur Fashion Week 2022. - Gambar oleh Sairien Nafis

Apabila ditanya tentang perasaannya pertama kali berjalan di atas pentas peragaan, DSV menjawab:

“Lihat mekap saya dan cara saya berjalan tadi!

“Walaupun saya tidak pernah berjalan di pentas peragaan seperti itu, saya berjaya mengawal diri saya. I managed to behave myself.

“Kadang-kadang saya ‘terkucil’ juga kerana saya tidak boleh menjadi seorang yang bukan diri saya sendiri, begitulah DS Vida,” tawanya lagi.

Menamakan Nasha Aziz sebagai figura fesyen tempatan, DSV juga tanpa segan silu menyebut namanya sendiri sebagai ikon fesyen 2022.

“Saya rasa ikon fesyen tempatan yang lama ialah Nasha Aziz. Masa sekarang ini...siapa ya? Saya tidak tahu sangat.

“Mungkin saya sendiri? Saya sendiri lah! Saya sendirilah ikon fesyen untuk tahun 2022! I am DS Vida!” tawanya besar menutup wawancara. - Getaran, 22 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Gaya 10 bulan yang lalu

Levi’s® Cetus Sensasi Di KLFW 2025, Ketengahkan Bakat-bakat Muda Penuh Visi 

2

Gaya 1 tahun yang lalu

Kolaborasi Magnum Bersama SHALS Dan Tact Hangatkan KLFW 2024

3

Gaya 1 tahun yang lalu

Kopi Dan Fesyen Terus Bersatu Di KLFW 2024

4

Gaya 1 tahun yang lalu

‘Jangan Lacur Budaya Kita’ - FM Group Anjur Pertandingan Reka Fesyen ICFW

Sorotan

1

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

2

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

3

‘Adakah Saya Angkuh Jika Dengar Suara Majoriti Bangsa Johor?’ - Onn Hafiz

4

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

5

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

6

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis