Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Berani! Alicia Amin Lakukan Protes Di KL Fashion Week

Dikenali sebagai seorang yang lantang bersuara, peragawati terkenal Alicia Amin tampil di perkarangan pintu masuk pusat beli belah Pavilion untuk membuat protes tentang hak peragawati dan peragawan yang tidak menerima bayaran.

Gaya Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Aug 2022 11:28AM

Alicia membuat protest di KL Fashion Week.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Peragawati dan pelakon terkenal, Alicia Amin telah mengambil langkah berani dengan melakukan protes di perkarangan pintu masuk Minggu Fesyen Kuala Lumpur atau Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) yang berlangsung di pusat beli belah Pavilion.

Alicia telah berdiri sambil memegang sepanduk yang tertera tulisan ‘All models this year to be paid within the day. Those still watching for Andrews’s payment from previous years, come speak to me’ yang bermaksud semua model pada tahun ini akan dibayar dalam tempoh sehari. Kepada mereka yang masih menantikan bayaran daripada Andrew untuk tahun-tahun yang sebelumnya, sila beritahu saya.

Sewaktu sedang membuat protes itu, kelihatan penganjur KLFW iaitu Andrew telah bertemu Alicia yang berkata sesuatu kepadanya.

Kemudian pasukan keselamatan dilihat tiba di tempat kejadian dan mengarahkan Alicia untuk beredar.

Foto-Foto dan video Alicia yang sedang melakukan protes itu kini tular di media sosial termasuklah Twitter dan TikTok.

Biarpun telah melakukan protes di siang hari, Alicia dilihat berjalan di pertunjukan fesyen Afiq M yang berlangsung pada jam 7 malam.

Menurut Alicia dia mempunyai hubungan yang baik dengan para pereka fesyen tempatan dan berbesar hati jika dirinya diundang untuk melakukan pertunjukan fesyen buat mereka.

“Untuk menjelas beberapa kekeliruan, pereka fesyen boleh memilih model selain dari model yang dipilih oleh pihak KLFW.

“Saya mempunyai hubungan yang baik dengan para pereka fesyen tempatan dan buat mereka yang sering mengundang saya untuk berjalan di pertunjukan fesyen mereka, saya sangat berbesar hati.

“Saya telah menjadi peragawati selama 12 tahun. Saya lelah dengan semua ini. Saya berjuang seorang diri kerana saya tidak mahu merisikokan kerjaya dan reputasi orang lain.

“Saya boleh melakukan protes dan tidak bersetuju dengan pihak penganjur tetapi pada masa yang sama, saya juga masih menyokong pereka fesyen yang telah membantu membina kerjaya saya kerana dua entiti ini adalah berbeza,” tulisnya dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Instastory.

Sebelum ini portal Getaran dan The Vibes telah melaporkan berita tentang para model yang tidak menerima bayaran daripada pihak Andrew selepas membuat pertunjukan fesyen di KLFW.

Artikel berkenaan mendapat perhatian para penggiat fesyen terutamanya model-model yang tidak mendapat bayaran. - Getaran, 19 Ogos 2022.

Foto : Instagram Alicia Amin

Berita Berkaitan

1

Selebriti 11 bulan yang lalu

Alicia Amin Warisi Resepi Rendang Tok Daripada Arwah Nenek, Wajib Masak Setiap Kali Raya

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

'Tak Perlu Panggil Saya Adik Syafiq Kyle, Saya Juga Punya Nama' – Syazwan Razak

3

TARA 1 tahun yang lalu

Debut Arunsayfull Di Pentas KLFW Penuh Gah Nan Mewah

4

TARA 1 tahun yang lalu

Isu Tak Bayar Model: ‘Kamu Teruja Sertai, Kamu Harus Lakukan Percuma!’ - Andrew Tan

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Refleksi 1 hari yang lalu

Ketahui 4 Manfaat Membersihkan Rumah

oleh Rahayu MN

Gaya 1 hari yang lalu

BNM Keluarkan Syiling Peringatan Sempena 50 Tahun Lembaga Pertubuhan Peladang

Ia datang dalam bentuk set 2 dalam 1 iaitu syiling yang diperbuat dengan perak sterling berwarna dan emas Nordic Brilliant Uncirculated.

oleh Fida Ruzki