Berita Terkini

1 jam yang lalu: OECD turunkan unjuran pertumbuhan global, beri amaran kemelesetan di Eropah 1 jam yang lalu: Shafee nafi Najib terima layanan istimewa 2 jam yang lalu: NGO gesa kerajaan Laos bantu selamatkan rakyat Malaysia jadi mangsa sindiket penipuan 2 jam yang lalu: Air pasang besar: Orang ramai dinasihat elak pantai sekitar Kuala Langat 2 jam yang lalu: Mahkamah Persekutuan tolak permohonan kebenaran merayu penduduk Orang Asli

IKUTI KAMI


Isu Tak Bayar Model: ‘Kamu Teruja Sertai, Kamu Harus Lakukan Percuma!’ - Andrew Tan

Mematahkan 10 tahun spekulasi, pengasas #KLFW tampil memberikan penjelasan tentang kontroversi pembayaran peragawan.

TARA Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 07 Aug 2022 9:25AM

Andrew Tan, Pengasas #KLFW

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sedar tidak sedar, sudah 10 tahun Kuala Lumpur Fashion Week (#KLFW) dianjurkan untuk memberi pengiktirafan kepada semua yang terlibat dalam dunia fesyen tempatan.

Tahun ini juga tidak terkecuali dan bermula 17 hingga 21 Ogos ini, Kuala Lumpur Fashion Week 2022 (#KLFW2022) pula bakal menghangatkan ibu kota Kuala Lumpur bagi meraikan  ulang tahun ke-10 persada peragaan fesyen yang berprestij ini.

Namun, seperti rencah di dalam industri, di sebalik gemerlapan itu, #KLFW tidak lepas daripada sisi gelapnya. Pelbagai isu berbangkit yang sama didengar termasuk isu pembayaran peragawan yang masih hangat diperkatakan.

Saban tahun, isu tentang peragawan yang tidak dibayar atau tidak mendapat bayaran sudah lama bermain sejak awal penubuhan wadah peragaan yang satu ini.

Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi. Begitulah reaksi yang sering diluahkan mantan peragawan dan peragawati yang pernah melewati pentas #KLFW di media sosial.

Sudahlah dipinggirkan, ada pula yang mendakwa tidak mendapat pembayaran yang sepatutnya. Seraya itu, kami mendapatkan pengasas #KLFW, Andrew Tan bagi menjawab spekulasi ini.

“Sepanjang 10 tahun saya jalankan #KLFW, tiada satu pun media yang berani bertanya tentang ini. Saya senang dan berbesar hati mahu memberikan penjelasan.

“Mari saya beritahu kebenaran. Model-model itu tidak boleh mendakwa kami tidak membayar perkhidmatan mereka. Sesetengah bayaran mungkin lambat tetapi kami tetap akan membayar.

“Kadang-kala, disebabkan suatu situasi yang tidak dijangka, ia mungkin membuatkan kami terlepas pandang. Jadi, silakan tampil ke hadapan.

“Mereka mungkin tidak faham dengan situasi yang tidak dijangka ini dan sukar untuk saya memperjelaskan kepada mereka.

“Mereka tidak tahu pun perkara-perkara yang terjadi di sebalik tirai glamor itu tadi, apabila penaja-penaja kami ‘melambatkan’ pembayaran mereka.

“Sebagai profesional kami cuba untuk menangani situasi ini dengan tenang dan tidak perlu menjaja sana-sini tentang hal-hal di belakang tabir mengenai isu pembayaran ini.

“Namun, pada penghujung hari, mereka lebih teruja untuk menjadi sebahagian daripada pementasan dan acara peragaan ini,” katanya.

Tentang isu-isu mengenai #KLFW yang dibangkitkan peragawan di media sosial, Andrew memberitahu, adakah mereka sedar ia bakal memberi imej yang buruk terutama hubungan di antara kami dan juga mereka dengan industri fesyen tempatan dan penaja-penaja utama?

“Kami menghormati dan tidak pernah berputus asa dengan rakan kongsi dan sekalian penaja, sekiranya mereka mengambil sedikit masa untuk membayar kami.

“Saya sendiri tidak pernah berkata apa-apa tentang ‘cerita dalam kain’ ini di luar sana. Lebih-lebih lagi menyebarkannya di media sosial!

“Jika saya berkelakuan sebegitu, mencanang sepuas-puasnya di media sosial, pada penghujung hari, apa yang saya dapat?

“Saya lebih gemar mengambil jalan kompromi iaitu berbincang dengan penaja-penaja itu. Mereka akan lebih memahami dan akan menyelesaikan bayaran tersebut secepat mungkin.

“Beranilah untuk tampil ke hadapan dan jelaskan situasi. Saya telah bertapak di dalam industri ini sudah lama,” jelasnya tak berhenti kalimah.

Seperti melempar batu, sembunyi tangan, Andrew mengatakan, dia sedar bukan hanya isu pembayaran sahaja yang sering ‘dilontarkan’ di media sosial, bahkan isu-isu lain juga turut dihebohkan.

“Buat para model, sila tampil ke hadapan. Jangan hanya ‘cakap-cakap’ di belakang. People love to talk, people love to spread. People just want to say what they want to say.

It’s just not about money. Kadang-kala, ada sahaja isu-isu yang ingin dilontarkan. Isu mengapa dia (peragawan) tidak terpilih ... Pilih kasih… Itu dan ini. Macam-macam.

“Saya percaya, kamu boleh katakan apa yang kamu mahu katakan, tetapi tolong tampil ke hadapan. Jika kami berhutang, katakanlah. Mari berjumpa dan kita berbincang.

“Kita boleh selesaikan masalah ini bersama-sama. Dan sejujurnya, jika saya mengetahui terdapat pembayaran yang tertangguh, saya pasti akan semak.

“Jika kami berhutang, saya pasti akan mencari jalan untuk menyelesaikan pembayaran tersebut dengan  apa cara sekalipun,” jelas Andrew lagi.

Sebelum menutup tinta, Andrew sempat berpesan, memang benar setiap orang  mempunyai kebebasan bersuara tetapi sebelum menyebarkannya, lebih baik bersemuka dengan pihaknya terlebih dahulu.

“Maaf berkata, generasi muda sekarang hanya tahu bercakap. Model hanya tahu bercakap. They are excited being on the show.

“Kadang-kadang, saya terfikir: “Kamu sangat teruja menyertai (#KLFW), kamu harus melakukannya secara percuma!’

“Ia bukan sahaja bakal melonjakkan kerjaya peragaan kamu, malah kamu juga akan lebih dikenali oleh industri dan penggemar fesyen.

“Namun, untuk menjadi adil, tiada pekerjaan di dunia ini yang percuma. Ia melibatkan tenaga, usaha dan masa.

“Mereka (peragawan baru) mungkin tidak dibayar setara dengan model-model berpengalaman. Dan saya rasa itu adil,” akhiri Andrew menutup wawancara. - Getaran, 7 Ogos 2022

Isu Pada

Cantik Di Mata, Memikat Selera

06 Aug 2022

Berita Berkaitan

1

TARA 4 minggu yang lalu

Debut Arunsayfull Di Pentas KLFW Penuh Gah Nan Mewah

2

Gaya 1 bulan yang lalu

Berani! Alicia Amin Lakukan Protes Di KL Fashion Week

3

Kisah Kita 1 bulan yang lalu

Dari Runway Ke Tabligh, Syaqireen Buktikan Model Juga Boleh Berdakwah!

4

Gaya 2 bulan yang lalu

Uji Bakat Pencarian Model Neonate Dapat Sambutan Ramai Termasuk TikTokers, Pelakon Dan OKU Berkerusi Roda

Sorotan

1

Shafee Nafi Najib Terima Layanan Istimewa

2

Ulama Yusuf Al-Qaradawi Meninggal Dunia

3

2 Beranak Maut Kemalangan Motosikal Selepas Langgar Ayam Hutan

Disyorkan untuk anda

TARA 1 hari yang lalu

Sushi Nasi Lemak, Makanan Jepun Selera Malaysia

TARA 1 hari yang lalu

Saya Lawan Kerana Ia Tuduhan Yang Palsu - Shakira Jawab Isu Dakwaan Penipuan Cukai Bernilai Jutaan Ringgit

Shakira juga memberitahu bahawa dia mempunyai hutang sifar kerana dia sudah pun membayar kesemua yang didakwa sebagai hutangnya itu.

oleh Wartawan Hiburan Getaran

TARA 1 hari yang lalu

Kenapa Air Halal Bukan Hanya Untuk Orang Islam? Ketahui Sebabnya!

Ramai tidak jelas sebenarnya ialah pensijilan halal melangkaui ketiadaan alkohol dan daging khinzir dalam penggunaan harian, ia juga meliputi aspek lain yang be...

oleh Rahayu MN

TARA 1 hari yang lalu

Anda Punya Hasrat Membeli Tesla? Baca Dulu Kisah Mario Zaleya Bila Keretanya Kehabisan Bateri

oleh Izwan Ramlan