Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Dari Runway Ke Tabligh, Syaqireen Buktikan Model Juga Boleh Berdakwah!

Bergelar peragawan, pemain bola dan pempengaruh dakwah di media sosial, Syaqireen Hasnoddin merobek stereotaip dunia fesyen dan peragaan.

Kisah Kita Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jul 2022 2:02PM

Peragawan dan pemain bola sepak, Muhammad As'syaqireen Hasnoddin - Gambar Instagram @qrn.din

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Empunya nama Muhammad As'syaqireen Hasnoddin (29) memang tidak asing lagi di persada fesyen dan pentas peragaan tempatan.

Berketinggian 188 meter, peragawan tinggi lampai asal Kuala Lumpur ini turut bergelar seorang pemain bola sepak profesional mewakili TNB FC.

Tidak tenggelam dengan kemilau glamor dunia peragaan, dia yang lebih senang disapa sebagai Syaqireen, memilih jalan yang sangat kontras dengan aktif berdakwah secara dalam talian.

Siapa sangka seorang peragawan yang melewati pentas peragaan, menghiasi kempen-kempen fesyen antarabangsa dan tempatan sepertinya, juga mampu menyertai jemaah tabligh?

Ikuti temubual eksklusif kami bersama Syaqireen, melawan stereotaip seorang peragawan dalam perjalanan jihadnya menyampaikan kebaikan ajaran Ilahi, seperti di bawah:

1 – Ceritakan sedikit sebanyak tentang diri kamu?

Muhammad As'syaqireen Hasnoddin nama diberi. Namun di dalam bidang permodelan, saya lebih dikenali dengan nama pentas, Qireen Koo.

Di bangku sekolah dahulu, kenalan memanggil saya sebagai Syaqireen Sheikh kerana saya selalu menjadi imam di surau sekolah. 

2 – Bagaimana bermula sebagai seorang peragawan? 

Pada awalnya, saya tidak mengetahui sama sekali tentang industri permodelan. Mujur saya mempunyai bapa saudara yang bekerja di dalam industri ini.

Dialah yang memperkenalkan saya kepada dunia peragaan dan banyak memberi sokongan untuk saya menceburi bidang ini.

Sejurus memenangi pertandingan peragaan pertama, pencungkil bakat dari Andrew Models menawarkan saya untuk berjalan di pentas peragaan Kuala Lumpur Fashion Week 2016 (KLFW).

Saya juga pernah memenangi pertandingan Face of Zalora dan dilamar menjadi peragawan untuk agensi peragaan asal Singapura, Upfront Models.

Selain itu, saya pernah terpilih sebagai wajah kempen KLFW 2016, 2018 dan edisi terbaharu 2022. 

3 – Kamu juga sudah beransur-ansur ke arah kerohanian dengan menyebarkan dakwah di media sosial. Ceritakan kepada kami kisah penghijrahan kamu?

Sebenarnya, pekerjaan pertama kita sebagai hamba Allah di atas muka bumi ini ialah berdakwah. Mengajak manusia kembali ke jalan Allah. Menjemput mereka berbuat amal dan kebajikan.

Hatta, orang yang minum arak ataupun berbuat maksiat sekali pun, berhak menyampaikan ajaran Allah. Tiada diskriminasi dalam menyampaikan dakwah.

Pabila saya menyedari tentang hakikat ini, barulah saya mengetahui apa jua pekerjaan, hanyalah keperluan manusia semata-mata.

Kamu mahu menjadi seorang peragawan? Untuk apa? Apa tujuannya? Supaya boleh menjadi cerminan Islam yang terbaik. 

Kamu harus tahu tentang hukum syarak sebagai seorang peragawan. Tentang apa yang boleh dan apa yang tidak boleh. 

Ramai sahaja kenalan peragawan saya yang menjaga hukum dan batasan. Misalnya, tawaran peragaan yang tidak menutup aurat atau harus bersentuhan berlainan jantina, mereka tolak. 

Harus tanam dalam hati, rezeki itu Tuhan yang beri, bukan manusia.

4 - Kamu juga seorang pemain bola sepenuh masa. Kongsikan bagaimana kamu mengimbangi masa antara bidang peragaan, sukan bola sepak dan berdakwah?

Sedari kecil saya memang bercita-cita untuk menjadi seorang pemain bola. 

Apabila sudah bergelar pemain bola profesional, saya akan memaklumkan kepada pihak pengurusan tentang sebarang kerja permodelan atau urusan tabligh saya itu terlebih dahulu.

Alhamdulillah, Allah permudahkan segalanya untuk kelancaran dan kelonggaran yang diberikan pihak pengurusan bagi membenarkan saya melakukannya.

Jika kita serahkan jiwa dan raga kita ke jalan Allah, percayalah kehidupan kita akan seimbang. Ia takdir yang telah disusun dengan secantik-cantiknya oleh Allah.

Dengan izin Allah, urusan saya dipermudahkan. 

5 – Sedikit nasihat kepada pembaca di luar sana tentang kehidupan.

Saya hanya mahu mengingatkan kita sebagai manusia tidak akan mengetahui dan tidak akan pernah sama sekali dapat menjangka tarikh kematian kita.

Mungkin hari ini atau mungkin hari esok, bila-bila masa sahaja Allah boleh ‘menjemput’ kita. Apa yang harus kita lakukan? Kita harus bersyukur dengan sebanyak-banyaknya.

Bersyukur dengan nikmat yang telah diberikan. Dari celik mata di hari kelahiran, sampailah menutup mata di hari kematian. Allah sudah banyak memakbulkan.

Sebenarnya, ibadah yang kita lakukan di dunia ini tidaklah setimpal mana untuk membalas segala kebaikan dan kenikmatan yang diturunkan Allah kepada umat-Nya.

Jika kita bersyukur dengan apa yang kita perolehi, nescaya rezeki akan datang melimpah-ruah. 

Agama ini akan membuatkan satu orang yang jahat, menjadi satu orang yang baik. Seorang yang sombong, menjadi seorang yang pemurah senyuman, jika ditanamkan agama di dalam dirinya.

Apa segala yang saya bicarakan ini dan sampaikan di media sosial itu hanyalah untuk renungan dan peringatan buat diri sendiri. 

Terserah kamu, ambillah yang baik dan tinggallah yang cela. 

Saya selalu memperingati diri agar selalu merendah diri. Sampai bila-bila pun kita harus sedar yang kita ini hanyalah hamba yang Maha Esa. – Getaran, 31 Julai 2022

Gambar: Instagram @qrn.din

Isu Pada

'Time Bomb' Isaac Voo

30 Jul 2022

Berita Berkaitan

1

TARA 5 bulan yang lalu

6 Syarat Lain Tentang Jihad Yang Anda Perlu Tahu

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Video Mengaji Azwan Ali Raih Perhatian, Berniat Sertai Kumpulan Tabligh

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Fesyen Ala ‘Drakula’ Atau Aina Abdul Di Konsert Saujana 25, Ini Penjelasan Sebenar Dr Idzu!

4

Selebriti 1 tahun yang lalu

Membesar Sebagai Kristian, Ini Doa Kevin Zahri Sebelum Hijrah, Menitik Air Mata Netizen Mendengarnya 

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Kisah Kita 1 hari yang lalu

Sekolah, PIBG Kerjasama Wujudkan Tandas Pintar Bagi Keselesaan Murid