web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Video Mengaji Azwan Ali Raih Perhatian, Berniat Sertai Kumpulan Tabligh

Pengacara sensasi, Azwan Ali tidak menyangka videonya mengalunkan surah Al-Fatihah menjadi tular dan mendapat pujian daripada warganet.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Mar 2023 7:13PM

Tangkapan layar video TikTok Utusan

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pengacara sensasi, Azwan Ali tidak menyangka videonya mengalunkan surah Al-Fatihah menjadi tular dan mendapat pujian daripada warganet.

Menurut Azwan Ali atau lebih mesra disapa sebagai Diva AA, video berkenaan diambil sempena program khas Ramadan oleh sebuah majalah dalam talian yang memanggil sejumlah selebriti membacakan tiga surah daripada al-Quran. 

Merasakan ia sebuah inisiatif murni, Diva AA tidak teragak-agak untuk menyertainya apatah lagi dia memang seorang yang gemar membaca Al-Quran sejak kecil hasil bimbingan arwah bapanya.

“Sebenarnya ia sebuah inisiatif daripada majalah URTV dan majalah Al Islam untuk panggil beberapa artis mengaji tiga surah daripada al-Quran dengan dipantau oleh seorang ustaz. Sebelum saya, Ayu Damit yang rakam dahulu. 

“Sebenarnya perasaan bercampur-baur juga sebab ini bukannya program hiburan tetapi ia program yang boleh memberikan manfaat. Lagipula, ini merupakan ayat al-Quran yang kita tidak boleh salah membacanya. Namun, ustaz yang mendengar bacaan saya mengatakan bacaan saya betul, jadi saya teruskan. 

“Saya memang suka membaca Al-Quran dengan cara saya iaitu dengan lenggok bertaranum. Sejak dari kecil sudah mengaji Al-Quran kerana dibimbing oleh arwah bapa yang merupakan seorang ustaz. 

“Ramai anak murid yang belajar mengaji dengannya. Walaupun dia sudah tiada namun bacaannya tetap diingati lagi pula ia menenangkan fikiran,” katanya ketika dihubungi Getaran sebentar tadi.

Bukan itu sahaja, bagi Azwan, Ramadan adalah bulan mulia yang harus diraikan dengan ibadah dan bukannya kontroversi panas. Oleh sebab itu, dia memutuskan untuk menutup semua akaun laman media sosial rasminya bagi memberi fokus kepada ibadat dan akhirat.

“Saya ini memang selalu panas dengan kontroversi, orang kata mulut tak ada ada insurans. Saya sedar bila saya mengaji begini orang akan terpegun. Itulah hakikatnya manusia.

“Saya rasa program mengaji sebegini patut diteruskan oleh banyak lagi media. Ajak artis-artis mengaji saya yakin ramai yang sudi. Ia lebih baik berbanding kontroversi suami isteri yang saling membuka aib, cerita dalam kain. Ini sudah bulan Ramadan, cukup-cukuplah. 

“Sempena bulan Ramadan ini, semua akaun media sosial saya iaitu Facebook, Instagram, dan Twitter akan dibekukan. Saya ambil kesempatan ini untuk tutup media sosial sementara bagi mengurangkan hal dunia. Kalau dulu semua benda saya akan komen dan bersuara di laman sosial, kini tidak lagi,” tambahnya lagi. 

Pada masa yang sama, Azwan Ali turut mengesahkan ura-ura bahawa pengacara itu sedang dalam usaha mendekatkan diri kepada Tuhan dan ingin mendekati golongan tabligh seperti yang pernah digembar-gemburkan.

“Memang saya bercadang untuk menyertai kumpulan tabligh. Saya suka tengok apa yang Nabil Ahmad dan Anuar Zain lakukan, mereka mendekatkan diri dengan Tuhan dan buat perkara baik. Saya sendiri sudah bercakap dengan Nabil untuk menyertai kumpulan tersebut namun masih belum berkesempatan. Namun, memang itulah hajat dan niat saya,” katanya. 

Terdahulu, video Azwan Ali membacakan ayat Al-Quran berdurasi kurang seminit menjadi tular di laman sosial. Rata-rata memuji usaha pengacara itu dan mendoakan agar Azwan kekal istiqamah membaca Al-Quran. - Getaran, 24 Mac 2023 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Ops Mulia: 164 Individu Ditahan, Al-Quran Dan Bahan Ayat Suci Bernilai RM3.1 Juta Dirampas

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pindaan Akta Pencetakan Teks Al-Quran Tambah Baik Faedah Melalui Kawalan

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Bacaan Al Fatihah Bergema Di Stadium, Maghribi Tujukan Kemenangan Untuk Mangsa Gempa Bumi

4

Luar Negara 3 tahun yang lalu

OIC Gesa Tindakan Lanjut Dunia Perangi Islamofobia, Alu-Alukan Mesyuarat Kuala Lumpur

Sorotan

1

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

2

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

3

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

4

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

5

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

6

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel