web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bacaan Al Fatihah Bergema Di Stadium, Maghribi Tujukan Kemenangan Untuk Mangsa Gempa Bumi

Video & Galeri Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Sep 2023 8:19PM

Maghribi menujukan kemenangan menentang Burkino Faso kepada semua rakyat yang terkesan dengan tragedi gempa bumi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tragedi gempa bumi yang melanda Maghribi baru-baru ini bukan sahaja meninggalkan kesan amat mendalam kepada penduduk negara itu, bahkan juga tetangga sekitar.

Gempa bumi berukuran 6.8 skala Richter itu menggegarkan barat daya Marrakesh, yang merupakan lokasi tumpuan pelancong.

Setakat Sabtu, bencana berkenaan sudah meragut lebih 2,000 nyawa dan ia disifatkan gempa bumi paling dahsyat pernah melanda Maghribi setakat ini.

Susulan kejadian, pihak berkuasa negara itu mengisytiharkan tempoh berkabung selama tiga hari, sebagai mengenang peristiwa pahit tersebut dan semua mangsa yang terkorban.

Dalam pada itu, insiden terbabit tidak menghalang Maghribi mengadakan perlawanan persahabatan bola sepak dengan Burkina Faso.

@getaranmy Peminat Morocco membacakan surah Al Fatihah buat mangsa gempa bumi sebelum perlawanan bermula. #GetaranMY #Semasa #TERKINI ♬ original sound - Getaran

Apa yang menarik, semua penonton sepakat membacakan Sural Al Fatihah untuk dihadiahkan kepada semua mangsa sebelum perlawanan bermula.

Perlawanan yang berlangsung awal pagi waktu Malaysia itu berakhir dengan Morocco menewaskan Burkina Faso 1-0. - Getaran, 13 September 20231

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa