web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pindaan Akta Pencetakan Teks Al-Quran Tambah Baik Faedah Melalui Kawalan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Feb 2024 8:12AM

Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Nik Yusaimi Yussof. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Pindaan Akta Pencetakan Teks Al-Quran akan menambah baik faedah kepada pihak industri dan masyarakat melalui kawalan terhadap pencetakan, pengimportan, penjualan, penerbitan dan pengedaran teks dan bahan Al-Quran di negara ini.

Setiausaha Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan, Kementerian Dalam Negeri (KDN), Nik Yusaimi Yussof berkata, Akta Pencetakan Teks Al-Qur'an 1986 (Pindaan) 2023 yang berkuat kuasa 1 September lalu bertujuan memelihara kemuliaan ayat Al-Quran, disambut baik industri penerbitan dan pencetakan Al-Quran.

"Masyarakat sering terkeliru dengan memilih Al-Quran yang mempunyai teks tulisan Al-Quran Romanise, selain Bahasa Arab yang dianggap mudah untuk dibaca.

"Walau bagaimanapun, Al-Quran Romanise ini tidak diperakukan kerana dikhuatiri mengakibatkan kesalahan sebutan dan bacaan yang membawa maksud tidak tepat sebagaimana ayat tersebut diturunkan," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Nik Yusaimi berkata, terdapat lima inti pati utama pindaan Akta tersebut antaranya tulisan Braille dikawal di bawah Akta supaya menepati penulisannya dan bebas daripada kesalahan serta kadar denda dan tempoh hukuman dinaikkan kepada RM50,000 atau lima tahun penjara.

Beliau berkata, teks dan bahan Al-Quran yang perlu diperakukan oleh KDN adalah Al-Quran yang mengandungi satu juzuk atau lebih.

Katanya, ciri-ciri Al-Quran yang diperakukan KDN adalah penulisan yang dibenarkan oleh LPPPQ (Rasm Uthmani), bebas dari kesalahan, mempunyai cap perakuan LPPPQ dan pelekat hologram KDN.

"KDN dan pihak industri akan bekerjasama dengan lebih erat dalam menjaga kemuliaan dan kesucian Al-Quran. Pihak industri merupakan rakan strategik KDN dalam usaha menggalakkan masyarakat memiliki Al-Quran yang diperakukan KDN dan menjayakan misi 'Ke Arah Sifar Al-Quran Tiada Perakuan KDN'," katanya.

Pihak industri adalah terdiri daripada penerbit Al-Quran dan pemegang Lesen Mesin Cetak Al-Quran (LMCQ) dan sehingga kini terdapat 965 jenis perakuan Al-Quran dan 45 pemegang LMCQ di Malaysia.

Nik Yusaimi berkata, KDN turut menyeru supaya orang ramai memberikan kerjasama untuk menyalurkan maklumat berkaitan teks atau bahan Al-Quran yang tiada perakuan KDN serta bercanggah dengan Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986 (Pindaan) 2023.

Orang ramai boleh hubungi KDN di talian 03-8000 8000/ 8889 3145, e-mel [email protected] atau melalui laman web www.moha.gov.my. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Ops Mulia: 164 Individu Ditahan, Al-Quran Dan Bahan Ayat Suci Bernilai RM3.1 Juta Dirampas

2

Luar Negara 3 tahun yang lalu

OIC Gesa Tindakan Lanjut Dunia Perangi Islamofobia, Alu-Alukan Mesyuarat Kuala Lumpur

3

Luar Negara 3 tahun yang lalu

Sweden Mahu Ketatkan Peraturan Kemasukan Susulan Insiden Bakar Al-Quran

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Kerajaan Mahu Peranan JAKIM Diperluaskan

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Insiden Polis Tembak Di Durian Tunggal: AGC Arah Inkues Kematian 3 Lelaki

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Network School: Imigresen Jejak 18 Warga Asing, ‘Hilang’ Daripada Rekod Rasmi 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

‘Tak Perlu Letak Jawatan, PM Miliki Kuasa Mutlak Jika Ada Keraguan’ - Zahid Hamidi

oleh Sophia Ahmad