Berita Terkini

23 jam yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Membesar Sebagai Kristian, Ini Doa Kevin Zahri Sebelum Hijrah, Menitik Air Mata Netizen Mendengarnya 

Menerusi video terbaru, Kevin berkongsi secara terperinci proses penghijrahannya dan pengalamannya bergelar mualaf.

Selebriti Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jan 2023 4:00PM

Kevin Zahri - Gambar TikTok dan Instagram Kevin Zahri

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pempengaruh dan jurulatih kecergasan, Kevin Zahri mencuri tumpuan apabila videonya yang menceritakan kisah hijrah daripada agama Kristian ke Islam dikongsikan ramai pengguna media sosial.

Sebelum ini Kevin pernah mendedahkan status agama selepas diasak bertubi-tubi soalan daripada warganet. Kini menerusi video terbaru, Kevin berkongsi secara terperinci proses penghijrahannya dan pengalamannya bergelar mualaf.

“Saya membesar sebagai Kristian, ayah saya seorang Islam manakala ibu saya seorang Kristian dari German. Ibu yang banyak mengajar saya tentang agama. Sehinggalah ayah saya berpindah ke Malaysia pada tahun 1991 yang ketika saya berumur 12 tahun. 

“Dia mula mendapat hidayah dan membimbing kami tentang agama Islam dengan bantuan ustaz. Saya tidak menerima Islam secara langsung pada hari pertama. Saya ambil masa untuk mengenal Islam,” dedahnya dalam video yang dimuat naik di TikTok.

Dalam tempoh setahun, Kevin banyak mempelajari tentang agama Islam dan membuat perbandingan dengan agama Kristian. Sehinggalah ketika dia berusia 13 tahun, Kevin akhirnya  memeluk agama Islam.

“Malam sebelum berhijrah, saya berdoa kepada Tuhan dan berkata, Tuhan, malam ini adalah malam terakhir saya berdoa kepada kamu sebagai Kristian. Esok saya akan berdoa kepada Allah sebagai seorang Muslim.

“Di mata saya, ia tetap Tuhan yang sama. Semestinya, ada perbezaan dari segi sejarah tapi dalam fikiran saya, Islam adalah agama yang menunjukkan kemaraan para rasul yang telah dihantar ke dunia ini. 

“Bermula dengan Adam, Musa, Isa dan Nabi Muhammad. Saya rasa macam ia sebuah windows edisi baru dan inilah mesej terkini daripada Tuhan. Oleh itu, saya membuat keputusan untuk menjadi seorang Muslim,” dedahnya.

Kevin Zahri - Gambar TikTok Kevin Zahri
Kevin Zahri - Gambar TikTok Kevin Zahri

Walaupun video sudah dimuat naik bulan lalu, namun ia masih dikongsi dan mendapat maklum balas yang pelbagai daripada pengguna media sosial.

“Perkongsian yang menarik, teruskan berkongsi bang!,” tulis satu komen.

“Menitik air mata saya, indah cerita ini,” kata komen yang lain.

“Ini pertama kali saya dengar kisah hijrah coach,” kata seorang pengguna.

Foto: TikTok Kevin Zahri

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Derita Palestin Bawa Hikmah, Syiar Islam Berkembang Megah

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Konsep DNAA Diamalkan Dalam Undang-Undang Prosedur Jenayah, Syariah

3

Luar Negara 7 bulan yang lalu

Perancis Akan Haramkan Pakaian Abaya Di Sekolah

4

Semasa 7 bulan yang lalu

‘Memang Anwar PM, Tapi Beliau Juga Seorang Islam’ - Khairy 

Sorotan

1

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

2

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

3

Stoking Tertera Kalimah Allah: Mahkamah Tinggi Batal Hukuman, Sabitan Terhadap Juruteknik 

4

Penumpang Terkandas Di Lapangan Terbang Selepas Letusan Gunung Berapi Menyebabkan Pembatalan Penerbangan

5

Kerajaan Setuju Salur Peruntukan Kepada Pembangkang - Fadillah

6

Belanjawan Pertahanan Beri Impak Penganjuran DSA, NATSEC Asia Untuk Kekal Relevan

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 8 jam yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

Selebriti 4 jam yang lalu

Aiman, Zahirah Bakal Timang Anak Perempuan

Berita gembira itu dikongsi menerusi video yang dimuat naik di akaun Instagram

oleh Wartawan Getaran

Selebriti 23 jam yang lalu

Daud Kim Menipu?

oleh Fida Ruzki

Muzik 12 jam yang lalu

Alamak Raya Lagi! Terus Mendunia, Tular Sana-Sini 

oleh Rahayu MN