web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Konsep DNAA Diamalkan Dalam Undang-Undang Prosedur Jenayah, Syariah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Sep 2023 7:19AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar hari menegaskan bahawa konsep Dilepaskan Tanpa Dibebaskan (DNAA) adalah konsep yang diamalkan dalam undang-undang prosedur jenayah.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, Mohd Na'im berkata, konsep ini menetapkan bahawa Orang Kena Tuduh (OKT) dilepaskan buat sementara waktu atas permohonan pihak pendakwaan dan OKT boleh didakwa semua atas pertuduhan berkenaan pada masa hadapan.

Kenyataan itu merujuk kepada isu Dilepaskan Tanpa Dibebaskan (DNAA) yang dibangkitkan oleh sesetengah pihak yang mengatakan ia tiada dalam Islam.

"Kenyataan yang dikeluarkan tersebut adalah tidak tepat serta boleh dipertikaikan," katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Na'im berkata, dalam konteks mahkamah syariah, DNAA ini diperuntukkan secara nyata di dalam seksyen 103 Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 560) yang mempunyai beberapa peruntukan.

"Antara peruntukan itu adalah Seksyen 103, pendakwa bolehlah berhenti daripada mendakwa selanjutnya pada mana-mana peringkat, iaitu sebelum penghakiman diberikan.

"Pendakwa juga boleh, jika difikirkan patut, memberitahu mahkamah bahawa dia tidak bercadang untuk mendakwa tertuduh selanjutnya atas pertuduhan itu, dan sesudah itu semua prosiding atas pertuduhan itu terhadap tertuduh bolehlah digantung dengan kebenaran mahkamah.

"Jika digantung sedemikian, tertuduh hendaklah dilepaskan daripada pertuduhan itu. Pelepasan mahkamah tidaklah terjumlah kepada suatu pembebasan melainkan jika mahkamah mengarahkan sedemikian," katanya.

Mohd Na'im berkata, undang-undang berkaitan hukum jenayah Islam dilaksanakan di mahkamah syariah di Malaysia, setakat bidangkuasa yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang bertulis yang lain.

"Undang-undang ini terdiri daripada undang-undang substantif iaitu berkaitan dengan kesalahan-kesalahan dan juga undang-undang prosedural iaitu berkaitan dengan tatacara," katanya.

Selain itu, beliau berkata, badan perundangan negeri mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang ini dan ianya berkuatkuasa hanya ke atas orang-orang Islam yang melakukan kesalahan di negeri berkenaan.

Justeru, Mohd Na'im berkata, pandangan yang mengatakan bahawa konsep DNAA yang diperuntukkan dalam undang-undang prosedur/tatacara jenayah syariah di Malaysia tidak selaras dengan hukum jenayah Islam adalah tidak tepat.

Beliau berkata, undang-undang prosedur/tatacara adalah berhubung rapat dengan prinsip maslahah yang perlu mengambilkira keadaan dan pendekatan semasa pelaksanaan sesuatu undang-undang supaya ianya menepati objektif syarak dalam pentadbiran keadilan. - Getaran, 15 September 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Menteri Tak Pernah Promosi Kumpulan Di Media Sosial, Awas ‘Scammer’! - JPM

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Lebih 22,800 Jemaah Haji Malaysia Sudah Berada Di Makkah, Madinah - Menteri 

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Penubuhan Institusi Pendidikan Islam Perlu Ikut Prosedur – Tengku Mahkota Pahang

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Мahkamah Tetapkan 27 Jun Keputusan Badan Peguam Berhubung Kes DNAA Ahmad Zahid

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 13 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Saingan Bermula, Proses Penamaan Calon Mengambil Tempat

oleh Sophia Ahmad

Singapura 1 hari yang lalu

Singapura: Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon Bersara Feb 2017, Hakim Sushil Nair Jadi Pengganti

oleh Sophia Ahmad