web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pendakwah Perlu Jaga Adab, Jangan Takbur - Mohd Na’im

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Dec 2023 1:56PM

Dr Mohd Na’im Mokhtar - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Golongan agamawan di negara ini perlu lebih cermat dan memelihara adab masing-masing ketika berdakwah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, mereka juga dituntut untuk sentiasa tawaduk dalam menyebarkan risalah agama, agar tidak terjebak dengan sikap takbur. 

Menurut beliau, golongan pendakwah perlu menghayati nilai-nilai hikmah demi memelihara kemaslahatan perpaduan masyarakat yang berakhlak, bersatu padu dan sejahtera. 

“Sebarang ucapan dan ceramah yang berbaur sentimen perpecahan dan kebencian sesama sendiri adalah perlu dihentikan.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berasa sungguh kesal dengan kegopohan seorang pendakwah yang telah mengeluarkan bahasa kasar hingga membuat tohmahan bahawa pemimpin negara sebagai sesat serta jahil ketika membincangkan iktibar dari kisah Ashabul Kahfi (pemuda al-Kahfi) di dalam al-Quran kepada para penjawat awam baru-baru ini,” katanya hari ini.

Walaupun tidak menyebut sebarang nama, Mohd Na’im dipercayai merujuk kepada pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus, yang baru-baru ini melabel Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai jahil, sesat dan keliru apabila memetik kisah Ashabul Kahfi.

Ustaz Azhar Idrus - gambar media sosial
Ustaz Azhar Idrus - gambar media sosial

Dalam ucapannya pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri minggu lalu, Anwar merujuk Ashabul Kahfi sebagai pengikut agama Nasrani.

Susulan ucapan, Azhar atau lebih dikenali UAI mendakwa Perdana Menteri sebagai jahil, keliru dan sesat kerana mengeluarkan kenyataan bahawa Ashabul Kahfi adalah penganut agama Kristian.

Mengulas isu berkenaan, Mohd Na’im berkata, tuduhan dilemparkan UAI itu amat ekstrem dan keterlaluan.

“Hakikatnya, pemimpin negara tersebut tidak pun menyatakan para pemuda Ashabul Kahfi itu sebagai golongan tidak beriman, sebaliknya beliau telah mempertegaskan keimanan Ashabul Kahfi dalam ucapannya.

“Dalam ucapan tersebut, pemimpin negara telah mengajak para penjawat awam mengambil iktibar dari kisah tersebut dan mengajak seluruh rakyat agar menjadi warganegara yang berprinsip selaras dengan dasar kebenaran dan keadilan dalam kehidupan berpandukan keteguhan keyakinan pemuda Al Kahfi itu,” katanya.

Tegas beliau, huraian Perdana Menteri terhadap kontes peristiwa itu juga adalah tepat sebagaimana rujukan sumber-sumber tafsir dan tulisan ilmiah, yang merumuskan kisah Ashabul Kahfi berlaku di zaman pemerintahan kaum Nasrani atau Kristian.

“la juga selari seperti penjelasan yang dibuat Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dalam isu pemuda Al-Kahfi yang boleh dirujuk kepada Irsyad Al-Hadith Siri ke-50: Kisah dan Bilangan Ashabul Kahfi, pada April 2016 dan Bayan Linnas Siri ke-286: Adakah Ashab al-Kahfi Beragama Kristian?, Disember 2023.

“Umat Islam perlu sentiasa merujuk isu-isu dan permasalahan keagamaan kepada pihak berkuasa agama Islam seperti Pejabat/Jabatan Mufti Negeri-Negeri dan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri yang berautoriti dalam perkara berkaitan,” katanya. - Getaran, 23 Disember 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

PM Arah Lawatan Menteri, Timbalan Ke Luar Negara Dihentikan Sementara

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Menteri Tak Pernah Promosi Kumpulan Di Media Sosial, Awas ‘Scammer’! - JPM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Lebih 22,800 Jemaah Haji Malaysia Sudah Berada Di Makkah, Madinah - Menteri 

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Bangkit Dari Kealpaan, Kecuaian, Kelemahan Jika Mahu Perubahan Sebenar - PM

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 1 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

Semasa 20 jam yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad