Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


6 Syarat Lain Tentang Jihad Yang Anda Perlu Tahu

Secara umum, syarat berjihad adalah baligh, berakal, lelaki, sempurna fizikal dan niat yang ikhlas namun ia perlu seiring dengan enam syarat yang lain

TARA Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 29 Oct 2023 3:59PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setiap hari, kita dihidangkan dengan berita mengenai kesengsaraan penduduk Palestin yang dizalimi rejim Zionis. Turut menerima liputan meluas ialah jihad pejuang Hamas dan sayap pertubuhan itu yang dikenali sebagai Briged Al Qassam.

Seiring dengan perkembangan semasa itu, Getaran berkongsi enam syarat jihad dan perincian mengenainya.

Islam membahagikan jihad kepada dua kategori iaitu jihad mempertahankan diri (jihad al-daf’) dan jihad menyerang (jihad al-hujum). 

Syaratnya pula adalah baligh, berakal, lelaki, sempurna fizikal dan niat yang ikhlas. Bagaimanapun, ia perlu diikuti dengan enam syarat lain di bawah supaya perjuangan kita diberkati Allah SWT.

Matlamat Yang Jelas (Wudhuh Al-Hadaf)

Adalah penting bagi seseorang atau sebuah pasukan itu untuk mengenali apakah matlamat sebenar perjuangan supaya dapat membezakan jenis jihad dilakukan, sama ada untuk mempertahankan diri atau menyerang. 

Perlu diingat, jihad bukan semata-mata kerana ingin tergolong sebagai syuhada, menunjukkan keberanian membunuh musuh atau seumpamanya. Asas pensyari’atan jihad adalah bertujuan untuk meninggikan syiar agama Allah. Hadis Abu Musa al-Asy’ari berkata:

قَالَ أَعْرَابِيٌّ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: الرَّجُلُ يُقَاتِلُ لِلْمَغْنَمِ، وَالرَّجُلُ يُقَاتِلُ لِيُذْكَرَ، وَيُقَاتِلُ لِيُرَى مَكَانُهُ، مَنْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ؟ فَقَالَ: «مَنْ قَاتَلَ، لِتَكُونَ كَلِمَةُ اللَّهِ هِيَ العُلْيَا، فَهُوَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ

“Seorang A’rabi telah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang orang yang perang kerana ingin mendapatkan harta rampasan perang, dan orang yang berperang kerana mahu namanya dikenang, dan orang yang berperang kerana ingin diangkat kedudukannya. Siapakah antara mereka yang berperang pada jalan Allah? Jawab baginda: Siapa yang berperang semata-mata untuk menegakkan kalimatullah (agama Allah), maka itulah fisabilillah.” (Sahih al-Bukhari, no. 3126)

Keizinan Pemerintah (Izn Al-Hakim)

Perlu dijelaskan bahawa perjuangan jihad tidak merujuk kepada individu, sebaliknya pekerjaan yang perlu dilakukan secara berjemaah. Dalam situasi peperangan ini, tanggungjawab melaksanakan jihad bergantung kepada pemerintah.

 Ini kerana mereka mempunyai kuasa dan kelengkapan untuk berperang dari segi kepakaran, strategi perang, pasukan tentera, logistik persenjataan dan banyak lagi. Maka dengan itu, tanggungjawab tersebut terletak di tangan pemerintah, berdasarkan hadis Abu Hurairah bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:

إِنَّمَا الْإِمَامُ جُنَّةٌ يُقَاتَلُ مِنْ وَرَائِهِ، وَيُتَّقَى بِه

“Sesungguhnya pemerintah itu adalah perisai, (orang-orang) akan berperang daripada belakangnya, dan berlindung (daripada musuh) dengan (kekuasaan)nya.” (Hadis riwayat Muslim, no. 1841)

Keizinan Kedua Ibu Bapa (Izn Al-Waalidayn)

Dalam konteks peperangan ini juga, sungguhpun individu tersebut sudah berupaya untuk berperang, keizinan daripada ibu bapa adalah sangat penting jika mahu berjihad. Perkara ini merujuk kepada kewajipan seorang muslim untuk mengerjakan fardu ain iaitu menjaga kebajikan kedua ibu bapanya. Jihad adalah fardu kifayah, jadi jangan sesekali terkeliru dengan tanggungjawab yang perlu didahulukan sebelum berjihad. 

Keizinan Orang Yang Memberi Hutang (Izn Al-Madin)

Hutang turut menjadi menjadi landasan kepada individu yang berniat untuk berjihad dan kata Ibn Qudamah, penghutang (dalam apa jua bentuk) tidak boleh keluar berperang tanpa keizinan si pemiutang, melainkan jika si penghutang meninggalkan cagaran, penjamin atau apa yang bersamaan dengannya.

Ini kerana dalam situasi peperangan, secara logiknya risiko kehilangan nyawa itu sudah pasti ada. Rasionalnya, jika ia berlaku kepada si penghutang, kehilangan nyawa tersebut turut menyebabkan kehilangan hak orang lain (merujuk kepada si pemiutang)

Persediaan Kekuatan (I’daad Al-Quwwah)

Dalam mana-mana peperangan, persediaan angkatan tentera sudah pasti memainkan peranan yang penting seperti firman Allah SWT:

وَأَعِدُّوا لَهُمْ مَا اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ وَمِنْ رِبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللَّهِ وَعَدُوَّكُمْ

“Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu...”

Surah al-Anfal ayat 60

Bahkan persediaan ketenteraan tersebut perlu seiring dengan peredaran zaman seperti seperti kereta kebal, kapal perang, kapal selam, peluru dan sebagainya. Ini termasuk persediaan untuk anggota tentera itu sendiri yang perlu menjalani latihan peperangan dan kemahiran menggunakan senjata dengan betul. 

Oleh itu, jika anda keluar berperang tanpa sebarang persediaan, ilmu dan hanya berpegang kepada niat sahaja, perbuatan tersebut bertentangan dengan ajaran Islam sendiri. Malah tindakan tersebut tidak dikira syahid jika anda terkorban di medan perang.

Bekalan Jihad (Mu’nah Al-Jihad)

Bekalan jihad yang dimaksudkan itu adalah kebajikan, perbelanjaan atau nafkah kepada tanggungannya sepanjang ketiadaan seseorang yang keluar berperang. 

Imam al-Syafie mengatakan, seseorang yang sempurna untuk berjihad perlu memiliki bekalan yang cukup dan meninggalkan perbelanjaan untuk orang di bawah tanggungannya sepanjang tempoh ketiadaannya. Jika hal ini tidak mencukupi, maka dia tidak boleh menawarkan diri untuk berjihad. (Mukhtasar al-Muzani: 8/376). 

Dengan itu, tidak salah jika kita berniat untuk berjihad mempertahankan negara Islam yang diserang oleh musuh namun perlu difahamkan juga beberapa keadaan seperti enam syarat di atas supaya perjuangan ini sentiasa diredai Allah SWT. - Getaran, 29 Oktober 2023

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan

Isu Pada

Atilia Cinta Sampai Mati 4 Nov

04 Nov 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 4 bulan yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

2

TARA 4 bulan yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

3

TARA 4 bulan yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

TARA 4 bulan yang lalu

6 Saluran Percuma Astro Sempena Tahun Baharu

Sorotan

1

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

2

Piala Thomas: Malaysia Jumpa Jepun Di Suku Akhir

3

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

4

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

5

Sultan Nazrin Dilantik Pengerusi MKI Bagi Tempoh 2 Tahun 

6

Agong, Raja Permaisuri Zahir Penghargaan Kepada Warga Pekerja

7

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19, Covishield Mampu Timbulkan Masalah Darah Beku