Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Maruah Tercalar, Penganjur Konsert Doa Buat Zamani Tampil Buat Penjelasan

Menurut Aalan, konsert yang berlangsung pada 30 September lalu tidak mendapat sambutan dengan hanya 1/3 daripada jumlah keseluruhan tiket terjual.

Muzik Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Nov 2022 7:55PM

Aalan mengakui kecewa dengan kenyataan isteri Zamani. - Gambar oleh Helmi Anuar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penganjur bersama untuk konsert Doa Buat Zamani iaitu Saiful Azlan atau lebih dikenali sebagai Aalan Ahmad mengakui kecewa dengan kenyataan isteri Zamani, Nur Juliana Abd Rani yang menuduhnya tidak memberikan bayaran selepas selesainya konsert berkenaan pada 30 September lalu.

Lebih mengeruhkan keadaan apabila Zamani dikatakan hanya akan mendapat bayaran sebanyak RM4,635 sahaja.

Menyedari namanya sedang menjadi bualan dan hinaan pelbagai pihak, Aalan tampil untuk memberikan penjelasan kepada  pihak media.

Menurut Aalan, konsert Doa Buat Zamani ini dianjurnya bersama Zamani dengan bantuan Ecolane Ventures.  

Malah, vokalis kumpulan Slam yang juga turut bergerak sebagai penyanyi solo itu  juga telah pun dimaklumkan tentang kos serta pembahagian wang hasil penjualan tiket.

“Penganjur konsert ini adalah kami berdua. Jadi tiada isu penganjur bawa lari duit. Sejujurnya konsert ini tidak mendapat sambutan. Hanya 367 tiket sahaja yang berjaya dijual iaitu 1/3 daripada kapasiti dewan.

“Jumlah keseluruhan jualan tiket ialah RM116,120 termasuk jumlah tiket yang dibeli oleh Tuanku Permaisuri yang bernilai RM9000. Pembahagian jumlah keuntungan pula adalah 70 peratus untuk Zamani dan 30 peratus untuk saya.

“Memang pada hari konsert, kelihatan ramai penonton. Ini kerana kami telah memberikan tiket yang tidak terjual secara percuma kepada pihak seperti polis, tentera, pesilat dan sebagainya.

“Konsert ini juga akan dijual untuk ditayangkan di televisyen. Sebab itu kita perlu penuhkan dewan supaya ia nampak cantik dalam TV,” katanya.

Ditanya kenapa dia tidak menangguhkan atau membatalkan konsert berkenaan biarpun tidak mendapat sambutan, kata Aalan perkara ini membabitkan ramai pihak.

“Kita telah menjemput beberapa artis jemputan. Dewan juga kita telah bayar. Kalau kita tangguh, kita akan lagi rugi. Tambahan pula kita akan cuba jual konsert ini untuk siaran TV. Maknanya duit itu akan terus ada untuk Zamani. Bukan setakat ini sahaja,” ujarnya.

Kongsi Aalan lagi, tiada sebaran isu jika konsert ini gagal, pembedahan Zamani tidak akan dapat dilakukan kerana kos untuk pembedahan telah pun cukup.

“Duit yang Datuk Aznil kumpul akan digunakan untuk pembedahan. Hasil dari konsert ini adalah untuk kegunaan selepas pembedahan.

“Hasil dari kutipan tiket itu kita telah tolak kos keseluruhan termasuk membayar dewan (Zepp KL), permit (DBKL) pemuzik, artis jemputan, pengurusan majlis, promosi dan lain-lain. Kalau diikutkan, kos untuk menganjurkan konsert memerlukan sekurang-kurangnya sekitar RM200,000.

“Pada mulanya kita ada ‘funder’ untuk menampung perbelanjaan konsert ini. Tetapi selepas saya berbincang dengan Zamani, dia kata tak apa kita buat sendiri. Semuanya kita keluarkan modal sendiri.

“Kami cuba cari penaja, tetapi susah untuk dapat penaja dalam keadaan sekarang ini. Kami juga ada mohon dana kreatif, tetapi ditolak. Jadi kami jalankan konsert ini dengan apa yang kami ada,” kongsinya.

Selepas tercetusnya kontroversi ini, Aalan mengakui dia berasa sangat kecewa dengan tindakan Nur Juliana kerana sudah menganggap Zamani seperti abangnya sendiri.

“Saya kenal Zamani sejak umur saja 17 tahun lagi. Tujuan saya anjurkan konsert ini adalah untuk membantunya sebab saya tengok tiada siapa yang nak bantu dia. Mana kawan-kawan dia? Apa yang mereka buat untuk bantu dia? Bila saya tolong, ini balasan yang saya terima.

“Saya rasa sesiapa pun akan kecewa jika dilakukan sebegini rupa. Buat kenyataan tanpa usul periksa,” katanya.

Jelas Aalan lagi, memandangkan untung bersih hanya sekitar RM4,000 dia telah menyerahkan semua duit itu kepada Zamani.

“Kalau ikut pembahagian keuntungan adalah 70 peratus untuk Zamani dan 30 peratus untuk saya. Tetapi jika untung bersih hanya sekitar RM4000 sahaja, tergamak ke saya nak ambil dari Zamani?

“Baik saya bagi semua duit itu untuk dia. Konsert ini adalah untuk dia bukan untuk saya.

“Perkara ini sebenarnya boleh diselesaikan secara dalaman. Tak perlu war-warkan kepada orang ramai. Maruah saya sudah tercalar,” luahnya.

Menurut Aalan lagi, selepas isteri Zamani membuat kenyataan seperti itu, dia cuba menghubungi Zamani untuk berbincang, tetapi usahanya gagal.

“Sudah tiga hari saya cuba hubungi Zamani. Tapi panggilan saya tidak berjawab. Kalau saya tipu dia, saya yang lari atau dia yang lari?

“Saya cuba untuk selesaikan masalah ini tanpa melibatkan pihak media kerana saya tidak mahu perkara ini berpanjangan.

“Saya sudah lama berada di dalam industri ini. Bila perkara seperti ini terjadi, ia memberi kesan kepada nama saya serta syarikat saya. Orang akan fikir dua kali untuk berurusan dengan saya,” katanya. - Getaran, 3 November 2022

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 tahun yang lalu

Zamani Dan Rapper Ariff Peter Berkolaborasi Bawakan Lagu Tema Filem ‘Coast Guard Malaysia: Ops Helang’

2

TARA 1 tahun yang lalu

Isu Tak Bayar Model: ‘Kamu Teruja Sertai, Kamu Harus Lakukan Percuma!’ - Andrew Tan

3

Muzik 1 tahun yang lalu

Siri Jelajah Suria FM Kembali Dengan Menampilkan 33 Artis Popular Selepas 2 Tahun Pandemik 

4

Selebriti 2 tahun yang lalu

Jaga Tidur, Persiapan Rapi Zamani Untuk Konsert Bersama Jamal

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Lagu Raya Bukan Sekadar Sedap Didengar, Tapi Perlu Ada 'Jiwa'