web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Siri Jelajah Suria FM Kembali Dengan Menampilkan 33 Artis Popular Selepas 2 Tahun Pandemik 

Suria FM bersama barisan penyampai dan artis popular bakal menjelajah ke seluruh negara bermula 6 Ogos ini.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Aug 2022 2:00PM

Gambar ihsan Suria Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Siri Jelajah Suria kini kembali dengan sentuhan yang berbeza, stesen radio Suria FM dengan bangganya mengumumkan pentas ‘Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak ELL’ bakal diadakan sepanjang Ogos ini di seluruh negara.

Berkonsepkan sentuhan ‘90-an’, jelajah Suria akan membuka tirai pada hari Sabtu ini, 6 Ogos di Kuantan City Mall, Kuantan Pahang, diikuti Aman Central Alor Setar, Kedah pada 13 Ogos, seterusnya di Paradigm Mall, Johor Bahru pada 20 Ogos dan di IOI Mall 2, Putrajaya pada 27 Ogos. 

Barisan DJ ternama Suria FM. - Gambar ihsan Suria Malaysia
Barisan DJ ternama Suria FM. - Gambar ihsan Suria Malaysia

Acara yang akan bermula pada jam 1.45 minit petang itu dijangka akan berakhir pada jam 6 petang membariskan lebih 33 artis popular menampilkan gabungan artis legenda 90an dan juga artis baru masa kini. 

Antaranya Ziana Zain, Ella, Dayang Nurfaizah, Zamani Slam, Amir Uk’s, Alim Kris, Liza Hanim, Amelina, Muss (Mus May), Safura, Hatta Junction, Kumpulan Boboy, Poey Stings, Renggo (Arrow), Rahmad Mega, Man Bai, Wan (Lestary), Siti Nordiana, Haqiem Rusli, Amir Masdi, Nuha Bahrin, Naufal Azrin, Ara Johari, Afieq Shazwan, Dolla, Tajul, Wany Hasrita, Yonnyboii, Insomniacks, Floor 88, Nabila Razali, Fieya Julia, Iman Troye dan ramai lagi! 

Pentas siri Jelajah 90 Suria kali ini juga akan turut menjadi medan buat artis baru mempromosikan lagu mereka antaranya Farah Rose, Wawa Shazwa, Ahmad Syafiq, Farra Ahmad, Hakim Khan, Aiman Zaidi dan Syeera Aziz. 

Turut memeriahkan pentas jelajah ialah penyampai Suria FM yang terdiri daripada Ajak, Suraya Borhan, Feeya Iskandar (Cik Piah), Sharifah Shahira (Rara), Tyzo, Anna Aljuffrey (Anna J)  dan DJ Lin. 

Gambar ihsan Suria Malaysia
Gambar ihsan Suria Malaysia

Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau DJ Lin berkata, setelah hampir 2 tahun tidak menemui peminat sejak berlakunya pandemik Covid-19 di tanah air, kini Suria FM kembali turun padang untuk menghiburkan pendengar setia sebagai tanda terima kasih di atas sokongan padu yang mereka berikan selama ini.

Ujarnya, tema siri Jelajah kali ini sejajar dengan konsep radio Suria FM yang sentiasa memainkan lagu lagu hit 90-an selain bertujuan mengembalikan nostalgia lagu yang pernah menjadi fenomena. 

“Banyak tarikan menarik yang menanti pengunjung antaranya sesi cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah istimewa seperti 4 buah motosikal, 4 buah basikal lipat (folding bike), barangan elektrik, pakej percutian yang keseluruhannya dianggarkan bernilai lebih dari RM100 ribu ringgit dengan hanya membeli barangan eksklusif Suria seperti Combo Sejati, Combo Jalan Pulang, Combo Baldu biru dan banyak lagi dengan harga promosi di booth Kedai Suria pada hari Jelajah berlangsung” tambah DJ Lin. 

Jelajah kali ini turut membawakan aktiviti pentas yang lebih menarik dengan menampilkan kumpulan busker sebagai persembahan pembukaan juga sesi bersama pengasas produk Kak ELL yang turut menawarkan pelbagai hadiah istimewa.

"Kami mengharapkan siri ‘Jelajah 90 Suria’ mendapat sambutan baik dari semua pihak dan orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan acara. Ianya adalah percuma” akhiri DJ Lin. 

Maklumat lanjut, layari laman sesawang Suria jelajah.suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia. – Getaran, 5 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Tiada Lagi Segmen Suria Cinta, DJ Lin Beri Tumpuan Pada Bidang Pengurusan

2

Muzik 2 tahun yang lalu

Ungu, Ratu Rock Ella Bakal Bersatu Dalam Satu Konsert

3

Muzik 2 tahun yang lalu

Suria FM Duduki Tangga Ke-30 Dalam Carta Penstriman Digital Triton 

4

Muzik 2 tahun yang lalu

Dendam Manis Liza Hanim Terbalas Selepas 27 Tahun

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang