Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Ungu, Ratu Rock Ella Bakal Bersatu Dalam Satu Konsert

Gabungan dua legenda rock dari Malaysia dan Indonesia itu pasti mengujakan peminat setia mereka

Muzik Dikemaskini 4 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 31 Mar 2024 4:09PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Konsert Ungu di Kuantan Bersama Artis Tanah Air 2024 yang dinanti-nantikan bakal dihangatkan dengan kemunculan artis undangan utama iaitu Ratu Rock Malaysia, Ella Aminuddin.  

Bakal menemui peminat muzik pada 4 Mei depan, konsert itu pada awalnya dijadualkan diadakan di Pantai Teluk Chempedak. Namun, kini lokasinya berpindah ke Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang dan ia bakal berlangsung bermula jam 5 petang.

Pihak penganjur, Showpro Entertainment dalam satu kenyataan memaklumkan, pemilihan Ella dibuat kerana ingin melihat dua legenda rock itu beraksi bersama di atas satu pentas.  

“Memilih Ella sebagai artis undangan utama bukanlah satu keputusan yang sukar, bahkan keputusan ini adalah keinginan besar kami untuk menggabungkan legenda Rock Malaysia sendiri bersama lagenda kumpulan muzik Rock Indonesia iaitu Ungu di atas pentas yang sama. 

“Kebetulan, ini adalah konsert di Pantai Timur buat julung kalinya untuk kedua-dua nama besar itu.

“Jadi, kami ingin mencatat satu pengalaman muzik yang bersejarah dan bermakna di Kuantan.

“Kami mahu mereka anggap penganjuran konsert ini sebagai satu penghormatan dan penghargaan kepada peminat Ungu dan Ella di Pantai Timur.

“Moga, semua yang hadir dapat menikmati pengalaman konsert yang istimewa, lebih-lebih lagi ia dianjurkan pada bulan Syawal,” ujar Pengarah Urusan Showpro Entertainment, Datuk Sivakumaran Nair.

Sebelum ini, pihak Showpro Entertainment dengan berlapang dada menunda Pesta Muzik Kuantan (nama asal) ke tarikh baru iaitu 4 Mei 2024 demi menghormati bulan Ramadan.

Malah, pihak penganjur turut menukar judul konsert ini kepada Konsert Ungu di Kuantan Bersama Artis Tanah Air 2024.

“Selaku penganjur, Showpro Entertainment bertanggungjawab dan peka dengan semua situasi yang berlaku di dalam negara.

“Kami dengan rendah hati mengambil keputusan menunda Konsert Ungu di Kuantan Bersama Artis Tanah Air 2024 yang dijadual 24 Februari lalu kepada 4 Mei 2024 demi menghormati kehadiran bulan Ramadan pada Mac depan.

Konsert yang bakal berlangsung di di Stadium Darul Makmur Kuantan turut menampilkan Ara Johari, Naim Daniel, Eda Ezrin, Aswad Jalil, Achik Asrain dan Den Manjo.  

Selain tiket serendah RM58 (Sejauh Mungkin), anda juga boleh mendapatkan tiket pada harga RM88.00  (Demi Waktu), RM98.00 (Cinta Dalam Hati), RM118.00 (Kekasih Gelapku & Seperti Yang Dulu), RM128.00  (Gegar), RM388.00 (VIP B, Free Seating) RM448.00  (VIP A, Free Seating)  dan RM628.00 (VIP, Numbered Seating). Pembelian tiket boleh boleh dibuat menerusi https://www.ticket2u.com.my/  - Getaran, 31 Mac 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Agong, Permaisuri Berbuka Puasa Di Padang MBK1 Bersama Rakyat

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Lelaki Serang Imam Ketika Solat Subuh Ditahan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Banjir: Jumlah Mangsa Menurun, Rekod Terkini 58,055, Terengganu Kekal Terburuk

4

Muzik 1 tahun yang lalu

Siri Jelajah Suria FM Kembali Dengan Menampilkan 33 Artis Popular Selepas 2 Tahun Pandemik 

Sorotan

1

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

2

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

3

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

4

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

5

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

6

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Uqasha Dan Kamal Adli Timang Cahaya Mata Pertama

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Filem & TV 11 jam yang lalu

4 Juta Dijangka Tonton Episod Akhir Lelaki Itu Malam Ini

Drama ini juga telah berjaya mendapat capaian sebanyak 1.13 billion di media sosial.

oleh Wartawan Hiburan Getaran