web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Banjir: Jumlah Mangsa Menurun, Rekod Terkini 58,055, Terengganu Kekal Terburuk

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Dec 2022 8:24PM

Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir dari lima negeri di Semenanjung menyaksikan penurunan kepada 58,055, melibatkan 16,544 keluarga yang masih berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Jumlah tersebut ialah data terbaru Pusat Kawalan Bencana Malaysia yang dikemaskini petang tadi. 

Jumlah mangsa yang dipindahkan pagi tadi adalah jauh lebih tinggi iaitu 66,197.

Tinjauan di laman sesawang mendapati, Terengganu masih lagi menjadi negeri paling teruk terjejas dengan 31,979 mangsa masih ditempatkan di 270 PPS di seluruh negeri.

Berdasarkan maklumat tersebut, kelapan-lapan daerah di Terengganu terjejas akibat banjir dengan Besut mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 6,884 setakat jam 4 petang tadi.

Turut terjejas adalah daerah Kemaman membabitkan 6,540 mangsa, Dungun (6,020), Hulu Terengganu (4,421), Kuala Nerus (3,763), Kuala Terengganu (2,582), Marang (323) dan Setiu (1,446).

Jumlah mangsa yang dipindahkan ke PPS tersebut adalah 8,480 keluarga.

Di Kelantan pula, sembilan daerah masih terjejas ketika ini melibatkan kan jumlah keseluruhan 25,980 yang mendapatkan perlindungan di 108 PPS seluruh negeri.

Daripada jumlah tersebut, daerah Pasir Mas paling teruk terjejas apabila seramai 13,510 mangsa dipindahkan di 32 PPS.

Selain Pasir Mas, turut terjejas adalah daerah Bachok dengan 1,437 mangsa dipindahkan, Jeli (22), Kota Bharu (199), Kuala Krai (891), Machang (53), Pasir Puteh (4,828), Tanah Merah (297) dan Tumpat (4,743).

Juga mengalami nasib sama adalah daerah Segamat di Johor dengan 46 mangsa dipindahkan ke dua PPS yang diaktifkan setakat ini.

Selain itu, dua lagi PPS diaktifkan, masing-masing di Kuantan, Pahang dan Bagan Datuk, Perak.

Kuantan merekodkan 23 mangsa manakala Bagan Datuk 26 mangsa.

Korban banjir pula masih tidak berubah dengan lima orang meninggal dunia setakat ini, membabitkan daerah Pasir Mas dan Tumpat di Kelantan serta Besut di Terengganu.

Kesemua korban itu terdiri daripada dua kanak-kanak lelaki dan perempuan, serta tiga wanita dewasa. - Getaran, 22 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Lesen Perniagaan Network School Dibatalkan, Operasi Ditamatkan Esok

2

Semasa 1 hari yang lalu

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Semasa 1 hari yang lalu

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

Semasa 1 hari yang lalu

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Tak Perlu Letak Jawatan, PM Miliki Kuasa Mutlak Jika Ada Keraguan’ - Zahid Hamidi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lesen Perniagaan Network School Dibatalkan, Operasi Ditamatkan Esok

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

oleh Sophia Ahmad