web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Alicia Amin Warisi Resepi Rendang Tok Daripada Arwah Nenek, Wajib Masak Setiap Kali Raya

Alicia Amin menjadi satu-satunya individu yang berjaya mewarisi resepi Rendang Tok daripada arwah neneknya dan setiap kali raya menjelma, dia harus menyediakan juadah istimewa tersebut buat keluarganya.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 May 2023 10:11AM

Menurut Alicia Amin, sudah menjadi tugasnya setiap kali menjelang Syawal, dia perlu memasak Rendang Tok resepi turun-temurun daripada arwah neneknya - Gambar Instagram Alicia Amin dan Astro

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Rendang Tok sememangnya antara juadah paling enak untuk dimakan di hari raya. Namun tidak semua orang mampu menghasilkan Rendang Tok dengan baik. Malah proses untuk memasak resepi yang berasal dari Perak ini juga sangat lama sehingga berjam-jam. 

Namun hidangan ini adalah menu wajib buat keluarga pelakon dan peragawati terkenal tanah air iaitu Alicia Amin.

Menurut Alicia, sudah menjadi tugasnya setiap kali menjelang Syawal, dia perlu memasak Rendang Tok resepi turun-temurun daripada arwah neneknya. 

"Sewaktu saya belajar di Australia dulu, saya juga belajar masak masakan Melayu kerana di sana makanan Melayu sangat mahal. Nasi Lemak sahaja berharga AUD20 (RM59). Jadi saya kena belajar masak sendiri. 

"Bila saya balik Malaysia, ayah saya tanya, tak nak ke belajar resepi daripada nenek sebelum dia meninggal. Jadi saya sempat belajar resepi Rendang Tok daripada arwah. 

"Sejak dari itu, setiap kali raya sayalah yang kena masak Rendang Tok sebab saya seorang sahaja yang tahu resepi itu," kongsinya kepada Getaran.

Puas hati! Alicia Amin bersama Rendang Tok yang dimasaknya  - Gambar Instagram Alicia Amin
Puas hati! Alicia Amin bersama Rendang Tok yang dimasaknya - Gambar Instagram Alicia Amin

Melihatkan personalitinya yang moden ditambah dengan kerjayanya sebagai seorang peragawati, pasti ramai yang tidak menyangka bahawa Alicia seorang yang suka memasak. 

Kata Alicia, memasak merupakan 'survival skil' untuk sesiapa sahaja tidak kira lelaki mahupun wanita. 

"Kalau anda banyak duit, nak beli makanan luar suka hati anda. Tetapi untuk 'survival' saya rasa kita perlu belajar sikit. Nak kata saya suka sangat memasak pun tak. Saya juga suka beli makanan luar. 

"Tetapi jika berlalu situasi seperti pandemik, sekurang-kurangnya kita tahu cara untuk memasak dan berjimat," ujarnya. 

Beralih ke soal kerjaya, drama bersiri lakonan Alicia berjudul ‘Persepsi’ akan ditayangkan tidak lama lagi di platform penstriman Sooka. 

Alicia juga bakal menjalani penggambaran untuk sebuah karya terbaru pada Mei ini yang masih belum boleh dikongsikan tajuknnya. - Getaran, 1 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

2 Resipi Mudah Untuk Dicuba Di Hujung Minggu

2

Selera 3 tahun yang lalu

Nak Tukar Selera? - Ayuh Cuba 2 Resipi Mudah Berasaskan Sup Oden Untuk Tukar Selera

3

Semasa 3 tahun yang lalu

‘Terima Kasih Gordon Ramsay, Datang Malaysia Nanti Saya Bagi Sambal’

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Khairy Jadi Cef Pula? Netizen Puji Versatil, Minta Banyak Video Masak

Sorotan

1

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

2

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

3

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

4

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

5

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

6

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel