web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Tak Perlu Panggil Saya Adik Syafiq Kyle, Saya Juga Punya Nama' – Syazwan Razak

Baru sahaja menapak dalam industri lakonan, Syazwan Razak akui dirinya sering dibayangi oleh abangnya iaitu Syafiq Kyle dan sering kali dipanggil dengan panggilan ‘adik Syafiq Kyle’.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Sep 2022 8:37PM

Syazwan Razak - Gambar Twitter Syazwan Razak

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon baru yang juga adik kepada aktor terkenal, Syafiq Kyle iaitu Syazwan Razak mengakui dia tidak selesa tatkala dipanggil dengan panggilan ‘adik Syafiq Kyle’.

Ini kerana menurutnya, dia enggan dikenali sebagai seorang yang cuba menumpang populariti abang sendiri.

“Sejujurnya saya tak selesa bila dipanggil sebagai adik Syafiq Kyle. Kadang-kadang saya rasa macam nak cakap, ‘Bang saya ada nama, nama saya Syazwan. Kalau abang tak nak panggil Syazwan, panggil Wan pun tak apa.’ Tapi saya fikir balik, kalau saya cakap macam tu, nanti orang ingat saya ’kekwat’ pula,” katanya yang ditemui di tayangan perdana filem Rasuk.

Syazwan di majlis tayangan perdana filem 'Rasuk'
Syazwan di majlis tayangan perdana filem 'Rasuk'

Katanya lagi, sebagai adik kepada aktor yang cukup dikenali ramai, ada juga yang beranggapan bahawa dia mendapat tawaran lakonan kerana pengaruh abangnya.

“Ada juga orang cakap kau boleh la berlakon sebab kau adik Syafiq Kyle. Mereka kata saya gunakan kabel. Tetapi itulah, saya tak boleh nak tutup mulut orang. 

“Abang saya sendiri memberi nasihat bahawa untuk menjadi pelakon, saya perlu bermula dari bawah dan tak mengharapkan dia. 

“Kerana perjalanannya sebagai pelakon juga tidak mudah. Dia juga bermula sebagai ‘extra’. Dia juga meminta saya untuk menjaga nama baiknya dan nama baik saya sendiri,” katanya. 

Syazwan bersama keluarga
Syazwan bersama keluarga

Bercerita mengenai filem Rasuk yang dibintanginya, Syazwan meluahkan rasa syukur serta berdebar kerana ini adalah filem pertamanya dan juga pertama kali dia berlakon. 

“Sewaktu diminta untuk hadir ke sesi uji bakat, saya agak terkejut kerana saya bukanlah siapa-siapa pada ketika itu. Tambahan pula ini adalah uji bakat untuk filem. Tetapi pengarah uji bakat meyakinkan saya untuk hadir jadi saya fikir kenapa harus saya lepaskan peluang ini?” kongsinya. 

Membawakan watak negatif, Syazwan akui dia sudah bersedia untuk dikecam oleh penonton filem ini apabila ditayangkan kelak. 

Mungkin untuk pelakon baru yang lain, mereka lebih suka watak hero atau watak baik, tetapi saya sukakan watak antagonis dan negatif kerana saya mahu orang ingat lakonan saya. Untuk watak ini saya rela dibenci dan dikecam. Tetapi saya harap penonton hanya bencikan watak saya, bukan diri saya yang sebenar,” katanya. 

Para pelakon 'Rasuk'
Para pelakon 'Rasuk'

Filem Rasuk yang diarahkan oleh James Lee dan dibintangi Alif Satar, Ikmal Amry, Elisya Sandha, Raja Atiq, Ayie Ilham, Alicia Amin dan ramai lagi ini akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 29 September 2022. – Getaran, 23 September 2022

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

4 Pelakon Sado Dan Kacak Ini Dikaitkan Dengan Kes Pukul Kekasih

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

Pelakon Filem Paku Tanah Jawa, Masayu Anastasia Kagumi Maya Karin 

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

Sorotan

1

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

2

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

3

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

4

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

5

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

6

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel