Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Acme Society: Busana Mewah Gaya ‘Street Style’

Wardrobe tampilkan definisi baharu dalam penggayaan busana lelaki di Mercedes Benz Fashion Week 2022.

Gaya Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Aug 2022 6:19PM

Menurut Fang Heng, koleksi ini direka bagi menepati citarasa serta gaya individual lelaki masa kini. - Gambar dari Wardrobe Malaysia

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Wardrobe menampilkan episod terakhir dari siri koleksi triloginya yang diberi nama Acme Society di Mercedes Benz Fashion Week 2022.

Koleksi ini merupakan pertembungan antara busana mewah lelaki dengan gaya fesyen jalanan bagi menghadirkan jiwa muda, moden dan bertepatan dengan kehendak fesyen generasi milenial.

Penuh sotisfikated, sebanyak 30 persalinan telah dipersembahkan di dalam koleksi ini. Setiap satu daripadanya membawa mesej transformasi ke arah fasa fesyen yang lebih matang.

Sebanyak 30 persalinan telah dipersembahkan di dalam koleksi ini.
Sebanyak 30 persalinan telah dipersembahkan di dalam koleksi ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Wardrobe, Fang Heng berkata koleksi ini direka bagi menepati citarasa serta gaya individual lelaki masa kini.

“Sebagaimana nama koleksi itu sendiri, ia ditujukan khas buat masyarakat yang prolifik dan peka dengan situasi fesyen semasa.

“Koleksi ini juga memperlihatkan kekaburan garisan antara gaya mewah dan gaya jalanan yang lebih kasual.

“Teknik pembuatan, penggunaan warna dan kepelbagaian siluet turut menjadikan koleksi ini amat versatil,” jelas Heng.

Setiap koleksi membawa mesej transformasi ke arah fasa fesyen yang lebih matang.
Setiap koleksi membawa mesej transformasi ke arah fasa fesyen yang lebih matang.

Dibahagikan kepada tiga segmen, koleksi ini hadir dalam rona tanah, kelabu dan corak fesyen yang pelbagai.

Sut direka dalam jenis polos, petak dan jaluran, Acme Society turut disuntik dengan sentuhan fesyen yang vibrant dan berani dengan rona gelap seperti hitam dan merah hati.

Heng berkata pemilihan pakaian luar yang ranggi dan ringan amat bersesuaian dengan cuaca tropika.
Heng berkata pemilihan pakaian luar yang ranggi dan ringan amat bersesuaian dengan cuaca tropika.

Pemilihan pakaian luar yang ranggi dan ringan amat bersesuaian dengan cuaca tropika.

''Pelbagai material dan teknik telah digunakan bagi melahirkan estetika yang 'cutting-edge'.

“Kami gunakan kepakaran kami untuk menghasilkan busana yang berkualiti tinggi dan tidak pernah sama sekali membenarkan faktor-faktor negatif menjadi penghalang untuk kami berkarya,” akhiri Heng. – Getaran, 15 Ogos 2022.

Koleksi ini merupakan pertembungan antara busana mewah lelaki dengan gaya fesyen jalanan dan bertepatan dengan kehendak fesyen generasi milenial.
Koleksi ini merupakan pertembungan antara busana mewah lelaki dengan gaya fesyen jalanan dan bertepatan dengan kehendak fesyen generasi milenial.
Sebanyak 30 persalinan telah dipersembahkan di dalam koleksi ini.
Sebanyak 30 persalinan telah dipersembahkan di dalam koleksi ini.
Antara koleksi yang dipersembahkan pada Mercedes Benz Fashion Week 2022.
Antara koleksi yang dipersembahkan pada Mercedes Benz Fashion Week 2022.

Berita Berkaitan

1

Gaya 4 hari yang lalu

Adidas Originals Raikan 3 Kasut Klasik Dalam Kempen, '1000 Back' 

2

Gaya 1 bulan yang lalu

Tiada Lagi Koleksi Raya Dari Rizman Ruzaini Selepas Ini, Mahu Tumpu Pasaran Antarabangsa 

3

Gaya 1 bulan yang lalu

Koleksi Denim Marks & Spencer Diperkenalkan di Stor 1 Utama

4

Gaya 1 bulan yang lalu

Hobi Mengait Jadi Terapi Diri, Jana Pendapatan

Sorotan

1

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

2

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

3

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

4

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

5

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

6

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

7

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Luna Lights Wonderland Hiasi Stadium Tertutup Gong Badak

oleh Wartawan Getaran