web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Buletin Gaya Hidup Untuk Pencuri Perhatian!

Getaran berkongsi perkembangan dunia fesyen dan kecantikan untuk minggu ini.

Gaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jul 2022 2:00PM

Pengasas dUCK Vivy Yusof

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sudah buat rencana perbelanjaan bulan ini? Apa komitmen yang harus dilunaskan, berapa banyak perbelanjaan yang diperlukan untuk menyambut Hari Raya Haji nanti, berapa bajet untuk sesi jalan-jalan di hujung minggu dan tidak dilupakan berapa wang yang mahu dibelanjakan supaya sentiasa in-intrend?

Tapi jangan boros! Ukur baju di badan sendiri! Berita gaya hidup berikut mungkin menarik perhatian anda!

 

Lush Malaysia lancar #NakedSwapChallenge

Lush Malaysia melancarkan kempen tahunan #NakedSwapChallenge untuk menarik kesedaran tentang penggunaan plastik yang berlebihan dalam pembungkusan produk bermula 1 Julai 2022. Kempen ini bertepatan dengan pergerakan ‘No Plastic July’, yang mempromosikan konsep ‘Lush Naked’.

Ini bermakna, pembungkusan produk akan dilucutkan dan setiap produk akan diperagakan dalam keadaan terdedah di kedai Lush. Ini membolehkan barangan popular seperti ‘bath bombs’, ‘bubble bars’ dan ‘bath soaps’ memenuhi ruangan kedai dengan wangian yang menyegarkan.

Kempen ini mula diperkenalkan di Milan pada 2018 - Gambar ihsan Lush Malaysia
Kempen ini mula diperkenalkan di Milan pada 2018 - Gambar ihsan Lush Malaysia

Kempen ini mula diperkenalkan di Milan, Itali pada 2018 dengan harapan akan menarik perhatian dan memberi inspirasi kepada pelanggan untuk membuat keputusan yang lebih bijak ketika membeli-belah.

“Kami kembali kepada asas permulaan Lush. Kami menanggalkan pembungkusan dan kami meletakkan lebih ramai kakitangan yang berpengetahuan tinggi di kedai untuk mengembalikan seni perbualan dan perkhidmatan khusus,” ujar pengasas bersama Lush, Mark Constantine.

Dengan aplikasi #LushLabs pelanggan boleh mengimbas produk terus dari rak membolehkan pelanggan melihat maklumat ramuan terperinci - Gambar ihsan Lush Malaysia
Dengan aplikasi #LushLabs pelanggan boleh mengimbas produk terus dari rak membolehkan pelanggan melihat maklumat ramuan terperinci - Gambar ihsan Lush Malaysia

Selain daripada amalan itu, dengan aplikasi #LushLabs yang baharu dilancarkan, pelanggan juga boleh mengimbas produk terus dari rak menggunakan fungsi yang dipanggil ‘Lush Lens’. Ia membolehkan pelanggan melihat maklumat ramuan terperinci, membatalkan keperluan untuk pelabelan plastik di belakang barangan kosmetik. Aplikasi ini juga menawarkan demonstrasi cara penggunaan untuk produk dalam telefon pelanggan.

Produk Lush dalam rangkaian Naked mengandungi bahan pemuliharaan sendiri atau tidak mengandungi air, semua produk Naked direka untuk mewujudkan persekitaran yang bakteria, yis dan acuan tidak boleh berkembang. Lush menyediakan semua hasil dalam keadaan segar, sama seperti pasar yang menjual sayur di pagi hari, supaya ia tidak kekal di rak untuk jangka masa yang panjang.

Rangkaian Naked hanya boleh didapati di kedai Lush yang berdekatan - Gambar ihsan Lush Malaysia
Rangkaian Naked hanya boleh didapati di kedai Lush yang berdekatan - Gambar ihsan Lush Malaysia

Rangkaian Naked hanya boleh didapati di kedai Lush yang berdekatan kerana servis penghantaran tidak disediakan kerana faktor cuaca Malaysia yang panas.

 

Warnakan harimu dengan koleksi Foamies

Skechers melancarkan rangkaian Foamies baharunya yang terdiri daripada siri sandal dan gaya slip-on popular untuk menawarkan keselesaan muktamad dalam gaya berwarna-warni.

Direka untuk sesiapa sahaja yang mencari sepasang kasut kasual yang ringan dan bergaya untuk dipakai walau ke mana jua. Lebih-lebih lagi untuk percutian pantai atau pelayaran! Pilihan warna koleksi ini menceriakan suasana, malah kelihatan hebat apabila dipotretkan!

Koleksi ini menepati ciri-ciri ‘DNA’ Skechers yang mementingkan keselesaan dan versatil - Gambar ihsan Skechers
Koleksi ini menepati ciri-ciri ‘DNA’ Skechers yang mementingkan keselesaan dan versatil - Gambar ihsan Skechers

“Menepati ciri-ciri ‘DNA’ Skechers yang mementingkan keselesaan dan versatil, koleksi Foamies terbaharu kami menampilkan pelbagai teknologi kasut terkenal kami.

“Daripada ‘Arch Fit Insole’ yang diperakui pakar podiatrist kami sehinggalah teknologi tapak luar ‘Comfort Pillar’ kami, kasut berjalan kaki yang diperbuat dengan buih berketumpatan dwi untuk memenuhi segmen pengguna yang semakin meningkat yang lebih mengutamakan keselesaan, dalam masa yang sama nampak bergaya,” ujar Pengarah Urusan Skechers Asia Tenggara, Zann Lee.

Gambar ihsan Skechers
Gambar ihsan Skechers

Sesuai untuk hari-hari yang santai, rangkaian Arch Fit baharu untuk lelaki dan wanita serta ArchFit Footsteps untuk wanita menawarkan pelbagai gaya, termasuk sandal, terompah dan sandal thong. Dibina dengan tali tumit boleh laras untuk Foamies gaya ‘slip-on clog’ dan tapak luar yang tahan lama untuk sandal Foamies gaya thong, sandal kasual Arch Fit, Arch Fit Footsteps dan Arch Fit Ascend yang fleksibel.

Gambar ihsan Skechers
Gambar ihsan Skechers

Untuk maklumat lanjut dan belian secara dalam talian, anda boleh melayari www.skechers.com.my.  

 

dUCK Pavilion Kuala Lumpur untuk pengalaman beli-belah menyeronokkan

Peminat jenama fesyen dUCK mesti mengunjungi ‘rumah’ terbaharu dUCK yang berpindah ke Aras 4, Pavilion Kuala Lumpur.

Kedai seluas 1,758 kaki persegi itu memegang tafsiran unik konsep rumah permainan, direka untuk membangkitkan perasaan dimanjakan, suka bermain dan berseronok sambil menikmati gaya hidup yang diilhamkan oleh dUCk.

Pada majlis pelancarannya baru-baru ini, koleksi baharu dUCk, The Mosaic dUCk turut diperkenalkan.

Gambar ihsan dUCK
Gambar ihsan dUCK

“Stor ini cukup istimewa di hati kami kerana ini adalah kedai fizikal pertama dUCk! Enam tahun berlalu dengan pantas, namun ini tidak mungkin berlaku tanpa kerja keras daripada pasukan kami, dan yang paling penting, sokongan dan galakan berterusan ‘dUCkies’ yang kami dikasihi.”

“Kerana itulah, terhasillah stor terbaharu ini, yang membawakan sebuah ‘taman permainan fesyen’ yang menjanjikan pengalaman membeli-belah yang lain daripada yang lain,” ujar Pengasas Bersama The dUCk Group, Vivy Yusof. 

Dengan pembukaan stor terbaharu ini, pelanggan boleh menikmati pengalaman mengasyikkan dan menarik secara visual.

dUCK Pavilion Kuala Lumpur turut menampilkan ‘perpustakaan’ selendang dUCk yang ikonik, pameran Mighty UnderdUCk, pokok Sakura ungu yang berbunga penuh, bahagian pakaian ready-to-wear, dan banyak lagi.

Gambar ihsan dUCK
Gambar ihsan dUCK

Selain itu, stor terbaharu ini juga sedang merintis program terbaharu untuk membolehkan pelanggan memesan semula barang kehabisan stok di kedai, pembelian di kaunter, jadualkan tarikh pengambilan selepas membuat belian atau menggunakan khidmat penghantaran ekspres. - Getaran, 5 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Gaya 4 bulan yang lalu

LUSH Malaysia Lancarkan Rangka Kerja Kempen Dan Kebajikan Baharu, Lebih Berani Dan Bermakna

2

Gaya 6 bulan yang lalu

Temui Haruman Yang Ceritakan Kisah Anda, Hanya Di LUSH 

3

TARA 2 tahun yang lalu

Skechers Edisi Transformers, Penuh Bergaya Dan Memukau Mata

4

Gaya 4 tahun yang lalu

Awas! Omicron Mengganas! Dapatkan 2 Item Penting Ini Demi Kesihatan

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini