web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Skechers Edisi Transformers, Penuh Bergaya Dan Memukau Mata

Hasbro ini bersama Skechers telah melancarkan koleksi barangan eksklusif ini bersempena filem Transformers: Rise of the Beasts.

TARA Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jun 2023 6:00PM

Hasbro bekerjasama dengan Skechers dan melancarkan koleksi barangan eksklusif 'Skechers x Transformers' bersempena pelancaran filem Transformers: Rise of the Beasts. - Gambar Skechers

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Filem peperangan robot popular Transformers: Rise of the Beasts baru-baru ini telah mendapat sambutan yang hangat seluruh dunia dengan kehadiran elemen atau karakter baharunya iaitu robot haiwan.

Jika diimbas kembali, setiap kali filem ini ditayangkan, pasti banyak jenama atau produk yang ingin mengadakan kerjasama dalam mengeluarkan barangan edisi terhad Transformers.

Siri Transformers kini kembali lebih mendebarkan dengan karakter terbaharunya, robot haiwan. - Gambar Skechers
Siri Transformers kini kembali lebih mendebarkan dengan karakter terbaharunya, robot haiwan. - Gambar Skechers

Kali ini produk yang dikeluarkan oleh syarikat permainan Hasbro ini telah bekerjasama dengan Skechers dan melancarkan koleksi barangan eksklusif 'Skechers x Transformers' bersempena pelancaran filem Transformers: Rise of the Beasts.

Koleksi itu akan merangkumi kasut, pakaian dan aksesori yang diilhamkan oleh warna-warna robot Transformer seperti Arcee, Bumblebee, Mirage, Optimus Prime dan Optimus Primal. Fuh! Penuh bergaya, warna yang mantul dan sangat eksklusif!

Selain itu, rangkaian kasut yang dicipta menggunakan warna-warna Transformers ini turut dipraktikkan dalam koleksi kasut Foamies, Stamina V2 dan Stamina V3.

Warna-warna Transformers ini turut diterapkan dalam koleksi kasut Stamina V2 ini. - Gambar Skechers
Warna-warna Transformers ini turut diterapkan dalam koleksi kasut Stamina V2 ini. - Gambar Skechers

Ditambah lagi dengan koleksi pakaian untuk orang dewasa serta kanak-kanak seperti kemeja-t, jaket dan seluar pendek lengkap dengan beg serta topi, set ini pasti menyempurnakan penampilan anda dengan gayanya.

Kerjasama bersama Skechers dilihat berjaya menarik perhatian ramai pengguna memandangkan terdapat sesetangah pengikut filem ini taksub dengan karakter robot Transformers. Bahkan peminatnya tidak kira usia tua mahupun muda. Pengikut robot Transformers ini boleh dikatakan keberadaannya hampir seluruh negara.

Oleh itu, jalinan kerjasama Skechers ini turut dilihat sebagai satu bentuk usaha untuk menarik profil pelanggan yang lebih muda dan golongan kanak-kanak. 

Warna kuning robot Transformers Bumblebee turut diterapka dalam koleksi kasut Stamina V3 ini. - Gambar Skechers
Warna kuning robot Transformers Bumblebee turut diterapka dalam koleksi kasut Stamina V3 ini. - Gambar Skechers

Dalam masa sama, jenama kasut global itu baru-baru ini mengumumkan penampilan duta terbarunya dari dunia K-pop iaitu Cha Eun-Woo. 

Cha akan muncul dalam beberapa kempen promosi termasuk Skechers Hands Free Slip-in, Skechers Sport Court, Skechers Foamies, Skechers Workout Walker dan Skechers Apparel. 

Jadi apa tunggu lagi, cepat dapatkan koleksi Skechers Transformers ini. Tengok dalam iklan pun sudah mencairkan hati, tak rugi rasanya untuk memiliki barangan seperti ini. - Getaran, 17 Jun 2023 

Isu Pada

Ahirine Ahirudin: Namanya Semakin Panas!

17 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Gaya 4 tahun yang lalu

Buletin Gaya Hidup Untuk Pencuri Perhatian!

2

Gaya 4 tahun yang lalu

Buletin Gaya: Apa Menarik Minggu Ini?

3

Gaya 5 tahun yang lalu

Goodyear X Skechers: Tahan Lama dan Selesa

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa