web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Goodyear X Skechers: Tahan Lama dan Selesa

Menampilkan teknologi tapak kasut ‘Goodyear Performance Outsoles’ untuk daya tarikan, kestabilan dan ketahanan kasut yang optimum.

Gaya Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 May 2021 8:45AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jenama sukan terkemuka, Skechers mempertingkatkan teknologi untuk kasutnya melalui kolaborasi terbaharu bersama The Goodyear Tyre & Rubber Company. 

Kasut-kasut Skechers pelbagai gaya untuk kategori lelaki, wanita dan kanak-kanak ini bakal dilengkapi teknologi tapak kasut ‘Goodyear Performance Outsoles’ yang memberikan daya tarikan, kestabilan dan ketahanan yang optimum.

Kolaborasi antara dua jenama antarabangsa ini dirancang bagi menjadikan kasut-kasut keluaran Skechers lebih tahan lama dengan daya cengkaman dan tarikan yang baik untuk setiap permukaan atau keadaan cuaca. Kestabilan tapak kasut juga dipertingkatkan. 

Skechers Men Goodyear D'Lites 4
Skechers Men Goodyear D'Lites 4

Presiden Skechers, Michael Greenberg berkata, “Melalui usaha ini, kasut-kasut Skechers terpilih akan menampilkan teknologi ‘Goodyear Performance Outsoles’ yang menawarkan kelebihan tambahan. Sama ada dari segi peningkatan kestabilan semasa berlari atau daya tarikan yang baik di permukaan licin. Ia tahan untuk pemakaian yang lama.”

“Kerjasama ini adalah contoh dua jenama yang dipercayai, bergabung bagi menghasilkan satu produk berteknologi tinggi yang benar-benar memberi manfaat kepada pencinta sukan dan pengguna-pengguna kami,” tambahnya.

Pengarah Perlesenan Produk Goodyear, Christian Jurado pula berkata, “Goodyear menggunakan cara yang inovatif dalam menyediakan tayar berprestasi tinggi untuk pengguna kami. Sekarang kami gunakan pula kepintaran yang sama bagi membolehkan anda menyarung kasut sukan yang berprestasi tinggi,” ujarnya.

Skechers Women Goodyear Ultra Flex Prime
Skechers Women Goodyear Ultra Flex Prime

Bahagian luarnya ditampilkan dalam pelbagai gaya untuk pemakaian sehari-hari atau sukan. Model kasut Skechers terpilih juga boleh dicuci dengan mesin khas untuk penjagaan dan perawatan yang mudah. 

Paling istimewa, Skechers menyatukan ‘Goodyear Performance Outsoles’ dengan salah satu sepatu ikoniknya – Skechers D’Lites 4. Ia menawarkan reka bentuk tebal (chunky) dengan tapak kasut yang sempurna untuk sesi kasual atau menari. 

Koleksi Skechers D’Lites 4 dengan teknologi ‘Goodyear Performance Outsoles’ ini tersedia di butik Skechers terpilih di seluruh negara, sementara untuk koleksi Jogger Global, Elite Flex Prime dan Ultra Flex Prime dijangka tersedia tidak lama lagi.

Layari Skechers Malaysia untuk maklumat lanjut. – Getaran, 25 Mei 2021

Skechers Boys Goodyear Fuse
Skechers Boys Goodyear Fuse
Skechers Girls Goodyear Fuse
Skechers Girls Goodyear Fuse

Semua gambar: Skechers Malaysia



 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Bawa 'Kata Hati' Ke Layar Perak, Pengarah Mahu Cipta Semula Magis Romantik Komedi

2

Agong Zahir Nasihat Kepada KP SPRM, Laksana Amanah Penuh Integriti

3

JPJ Selangor Tahan Van, Sita Kenderaan Disyaki Terlibat Aktiviti Teksi Sapu Di KLIA

4

Ibu Muda Mangsa Kesalahan Seksual Perlu Kembali Sambung Pelajaran - Fadhlina

5

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

6

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek