web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


LUSH Malaysia Lancarkan Rangka Kerja Kempen Dan Kebajikan Baharu, Lebih Berani Dan Bermakna

Dengan kerjasama NGO terpilih, Lush Malaysia membuka babak baharu yang berani dalam kempen serta pengukuhan komitmen jangka panjang jenama ini terhadap aspek kelestarian dan etika dalam perniagaan

Gaya Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jan 2026 4:35PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LUSH Malaysia, jenama kosmetik segar buatan tangan yang terkenal dengan prinsip beretika, hari ini mengumumkan pelancaran rangka kerja kempen dan kebajikan yang diperbaharui, yang akan bermula pada penghujung Mac 2026.

Inisiatif baharu ini mencerminkan komitmen LUSH Malaysia untuk mencipta perubahan yang nyata dan lestari, dengan menyepadukan inovasi produk secara langsung bersama usaha serta misi rakan-rakan badan bukan kerajaan (NGO) tempatan.

Melalui pendekatan ini, LUSH Malaysia akan memperkenalkan satu siri produk berteraskan makna yang dilancarkan secara berperingkat. 

Setiap produk dibangunkan menerusi kerjasama rapat dengan NGO terpilih, dan mengetengahkan sebuah organisasi sebagai fokus utama. 

Usaha ini bukan sahaja meningkatkan kesedaran terhadap isu sosial dan alam sekitar yang kritikal, malah menandakan babak baharu yang lebih berani dalam pendekatan LUSH Malaysia untuk menggerakkan kempen melalui tindakan sebenar.

Sebagai sebuah jenama yang berteraskan nilai, LUSH Malaysia akan memanfaatkan platformnya untuk menyorot pelbagai isu penting di seluruh negara, daripada pemuliharaan alam sekitar dan perlindungan hidupan liar, hingga pemerkasaan komuniti dan keadilan alam sekitar. Ia sekali gus menggerakkan sokongan awam serta menjana dana bagi NGO yang menerajui usaha di peringkat akar umbi.

Pengumuman ini dibuat sempena LUSH Charity Pot Showcase, sebuah acara penghargaan yang meraikan NGO-NGO yang telah bekerjasama dengan LUSH sejak pelancaran inisiatif Charity Pot di Malaysia pada tahun 2022. 

Bertempat di LUSH NU Sentral baru-baru ini, acara ini menghimpunkan para penggerak perubahan untuk menampilkan pencapaian alam sekitar, sosial dan komuniti yang telah direalisasikan bersama, sejajar dengan aspirasi LUSH untuk menjadikan dunia lebih hijau dan lestari daripada sebelumnya.

“Impak yang kita raikan hari ini terhasil daripada kerjasama jangka panjang bersama rakan NGO kami. Daripada pemuliharaan alam sekitar hingga pemerkasaan komuniti, setiap inisiatif mencerminkan komitmen LUSH Malaysia terhadap tindakan yang melangkaui advokasi semata-mata,” kata Pengarah LUSH Malaysia, Dr Harvinder Harchand.

Dr Harvinder Harchand
Dr Harvinder Harchand

Acara ini turut mengimbas legasi Charity Pot, inisiatif kebajikan jangka panjang LUSH yang telah menyokong organisasi akar umbi sejak tahun 2007. 

Dinamakan sempena krim tangan dan badan ikoniknya, 100 peratus hasil jualan produk Charity Pot (tidak termasuk cukai) disalurkan kepada organisasi kecil yang memperjuangkan hak haiwan, hak asasi manusia dan keadilan alam sekitar.

Walaupun inisiatif Charity Pot LUSH Malaysia berakhir pada penghujung 2025, impaknya terus dirasai oleh komuniti dan ekosistem di seluruh negara. Kesan inilah yang diraikan menerusi acara ini, termasuk usaha pemuliharaan marin, pemulihan hutan bakau dan perlindungan hidupan liar.

Sejak 2022, LUSH Malaysia telah bekerjasama dengan pelbagai rangkaian NGO seperti Coralku, Turtle Conservation Society (TCS), MareCet, Pulihara, Kumpulan Aktivis Sahabat Alam (KUASA), Malaysian Writers Society, Kelab AIESEC Universiti Taylor, Marine Ecology Research Centre (MERC) dan Tengah Island Conservation (TIC). 

Setiap kerjasama ini menangani keperluan khusus, menterjemahkan kesedaran kepada tindakan bermakna di lapangan.

Komitmen alam sekitar LUSH Malaysia sejak 2018 telah menghasilkan impak yang ketara dan boleh diukur. 

Program pembersihan pantai di seluruh negara contohnya telah berjaya mengutip lebih 12,533 kilogram sisa, memulihkan kawasan pesisir dan sungai termasuk di Johor, Negeri Sembilan, Sabah, Langkawi, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Terengganu.

Untuk maklumat lanjut mengenai LUSH, nilai teras dan inisiatif beretika yang dilaksanakan, sila layari https://lush.my. - Getaran, 26 Januari 2026

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

2

Gaya 5 hari yang lalu

Ramai Mahu Betulkan Kelopak Mata Demi Cantik, Tidak Sedar Ia Mungkin Petanda Penyakit

3

Gaya 4 minggu yang lalu

Minuman Sedia Diminum Semakin Jadi Sebahagian Rutin Harian

4

Gaya 1 bulan yang lalu

Skin Turnover Protocol, Pendekatan Baharu Untuk Kulit Sihat Dan Menawan

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

oleh Rahayu MN