web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ceritera Gaya Cheongsam Tahun Harimau 2022

Memadukan elemen tradisional dan moden, mempersembahkan koleksi Tahun Baru Cina 2022 oleh Khoon Hooi!

Gaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jan 2022 8:36AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selamat datang ke Mahligai Lee.

Di rumah agam ini, anda akan disambut oleh Puan Lee. Bergaul mesra dengan tetamunya di halaman yang luas, bersedia untuk menyambut Tahun Baru Cina! 

Sebagai salah seorang tokoh termasyhur di Kuala Lumpur, dia tidak hanya dikenali kerana gayanya yang sempurna, malah sifat dermawannya yang terkenal.

 MeiXing (Kiri), Luqiu (Kanan)
MeiXing (Kiri), Luqiu (Kanan)

Saat matahari pagi bersinar terang menembusi jendela, Puan Lee menyarung ‘MeiXing’, cheongsam kuning terang mewah yang dibingkai dengan lengan gelembung (puffy sleeves) dramatik dan garis leher berjajar mutiara dan berlian.

Aksesorinya? Sepasang anting-anting jed untuk tampilan kontras dan sepatu putih runcing untuk kemasan akhir yang elegan. 

Selang beberapa jam, dia menyalin sepasang set selesa, ‘Luqiu’ - cheongsam kain baldu dan sifon, dipadankan dengan seluar sepadan. 

Penampilan Puan Lee dihiasi pula dengan bulu oren terang di bahagian kelim (hem), menambah lagi daya tarikan dalam setiap pergerakan. 

Qianru (Kiri), Bingqing (Kanan)
Qianru (Kiri), Bingqing (Kanan)

Saat senja menjelma, dia muncul kembali di puncak tangga dengan busana malam yang mempesona, cheongsam tenun ‘Qianru’ dengan jubah berlipat ikatan leher. Menyantuni unsur tradisional dan moden, metalik cheongsam ini berkilauan indah di bawah sinaran rembulan. 

Pada sebelah malamnya, dia berganti pula ke persalinan malam, ‘Bingqing’. Cheongsam tanpa lengan yang dihiasi dengan mutiara corak geometri di bahagian hadapan dan belakang korset. Sedia melayani tamu yang tak henti-henti berkunjung tiba dalam gaya penuh stail dan elegan.

Begitulah ceritera gaya cheongsam tahun harimau 2022 oleh Khoon Hooi! 

Layari Khoon Hooi untuk melihat koleksi penuh dan aksesori. - Getaran, 11 Januari 2022


 

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 hari yang lalu

Dari Ladang Ke Jalanan, Levi’s® Bawa Misi Sky High Farm Goods

2

Gaya 3 hari yang lalu

Gen Z Mampu Bercuti Di Hotel Mewah? Kajian Marriott Dedah Realiti Yang Ramai Tak Sedar

3

Gaya 6 hari yang lalu

Mengapa Budaya Kerja Syarikat Penerbangan Turut Mempengaruhi Pengalaman Penumpang?

4

Gaya 1 minggu yang lalu

Ramai Mahu Betulkan Kelopak Mata Demi Cantik, Tidak Sedar Ia Mungkin Petanda Penyakit

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Dari Ladang Ke Jalanan, Levi’s® Bawa Misi Sky High Farm Goods

oleh Rahayu MN