Berita Terkini

13 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Kopi Enak, Hidangan Lazat Memikat Selera

Pembekal terkemuka dan pemanggang kopi istimewa ini berhasrat membawa budaya kopi tersendiri sambil menekankan impak global.

Gaya Hidup Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Apr 2022 9:29AM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jenama kopi istimewa yang pernah memenangi beberapa anugerah, The Coffee Academïcs (TCA) kini telah tiba di Malaysia dengan pembukaan sulung di Pavilion, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kafe berkeluasan 2,013 kaki persegi itu menjanjikan pengalaman kopi dan kulinari yang memikat selera terutamanya buat si pencinta kopi. 

“Kami amat teruja menjadikan Pavilion Kuala Lumpur sebagai lokasi pertama di Malaysia dan yang ke-40 di rantau ini.

"Sebagai pembekal terkemuka dan pemanggang kopi istimewa, kami berhasrat untuk membawa budaya kopi istimewa ini ke tahap baharu dengan memberikan pengalaman tersendiri kepada warga tempatan sambil mengambil berat tentang impak global.

Jennifer Liu
Jennifer Liu

“Di TCA, kami hanya menyajikan kopi gred istimewa, yang diperoleh secara langsung dari ladang di seluruh dunia. Mantera kami – ‘setiap hirupan kopi TCA adalah hadiah kepada satu harapan”ujar Pengasas & Pengerusi The Coffee Academïcs, Jennifer Liu.

Menu kopi utama TCA terdiri daripada koleksi Geisha Private, Kopi Pour Over, seleksi single original dan kopi berasaskan Espresso. Semuanya dihidangkan bersama bahan sampingan berkualiti yang mampu mencipta saat-saat indah ketika menikmati setiap hirupan.

Manuka (kiri) dan Jawa
Manuka (kiri) dan Jawa

Antara yang mesti dicuba ialah ‘Manuka’ (latte yang dicampur dengan madu semulajadi dari New Zealand), ‘Jawa’ (latte macchiato bersama gula jawa dari Indonesia yang diserlahkan dengan perisa kelapa dan pandan) dan ‘Okinawa’ (cappuccino dengan gula tebu perang dari Okinawa. 

Jika anda bukan penggemar kopi, janganlah kecewa, TCA tidak mengabaikan anda. Ada juga pelbagai  pilihan ramuan teh yang menyegarkan lagi menenangkan menanti anda. Pasti ia berupaya memikat selera anda.

Sebagai peneman kepada setiap cawan kopi, anda juga boleh memanjakan  lidah dengan barisan hidangan yang lazat menyelerakan.

Percayalah anda tidak akan menyesal biarpun terpaksa membayar RM50 untuk makan tengahari atau minum petang di sini.

Setiap hidangan diinspirasikan daripada citarasa global dengan sentuhan citarasa tempatan.

Jangan pandang sebelah mata dengan hidangan crispy fish fillet tacos, umami pasta, tiger prawns and lemon herbs spaghetti dan savoury pancakes.

Kesemua hidangan ini membuatkan anda hanyut seketika dengan kemewahan rasa, cukup sempurna, penuh nikmat.

Untuk anda si barista di rumah, jangan lupa untuk bawa pulang TCA, yang hadir dalam pelbagai produk tersedia antaranya biji kopi panggang tempatan sehinggalah kepada beg titisan, kapsul kopi istimewa, alat membancuh dan pilihan hadiah untuk yang tersayang.

Ditubuhkan pada 2012, TCA amat dikenali dengan hidangan kopi terbaik, dengan perolehan purata 85.75 mata, dan dihasilkan daripada biji kopi dari lebih 50 ladang berbeza.

TCA menggunakan kaedah yang rumit dan teliti untuk mendapatkan bahan sumbernya dan pemanggangan dalaman, lalu menghasilkan pengalaman kopi yang luar biasa serta berkualiti tinggi pada setiap cawan kopi.

Dengan fokus utama terhadap pengalaman pelanggan, TCA konsisten dalam memilih serta menyediakan ruang deria unik untuk penggemar kopi, dan kafe pertamanya di Malaysia nyata tidak terkecuali. 

Daripada reka bentuk dalaman kepada persembahan hidangan kopinya, kafe ini tampil dengan daya tarikan serta intipati kehidupan di bandaraya Kuala Lumpur yang menonjolkan ruang estetik berbeza daripada yang lain.

Aspek ketelitian terhadap setiap perincian jelas terpancar pada senarai alunan muzik, himpunan bahan bacaan, hiasan dalaman ringkas namun bergaya eklektik, mesin kopi terkini dan peralatan untuk memburu kopi. 

Dek itulah, TCA berjaya meraih pelbagai anugerah membanggakan seperti Restoran Paling Diminati di Hong Kong 2019, Pingat Perak 2020 bagi Anugerah Kopi Antarabangsa RASV Australia, Kedai Kopi Terbaik 2020 bagi Anugerah Hong Kong Dining dan tangga pertama di Asia dan ketiga di seluruh dunia untuk ‘House Blend’ dari 2012 hingga 2015.

Selain kopi berkualiti tinggi, penggemar kopi Malaysia tidak perlu ragu dengan tahap keselamatan produk daripada TCA.

Dianugerahkan dengan pengesyoran Lima Bintang daripada Majlis Pengguna di Hong Kong, TCA muncul salah satu daripada dua syarikat di mana setiap produknya yang melepasi semua parameter ujian dan tanpa akrilamid - bahan karsinogen genetik dan neurotoksik.

Selain itu, disebabkan kualiti dan standard perolehan yang ketat, tiada kesan racun perosak dan bahan berbahaya ditemui dalam mana-mana produk TCA, ini berikutan kopinya diperoleh secara langsung dari ladang yang mempunyai reputasi tinggi dan kerjasama rakan kongsi jangka panjang. 

Barangan bawa pulang TCA juga boleh dikompos, yang mana ia boleh terbiodegradasi dalam tempoh 12 minggu selepas dilupuskan.

Pasukan pemanggang kopi TCA yang turut memenangi beberapa anugerah antarabangsa, bekerja keras untuk memastikan setiap kopi yang didagangkan secara langsung dari ladang berskala kecil yang unik atau kopi bergred lelong.

Daripada memanggang kepada pembungkusan, setiap titisan kopi menyerlahkan tafsiran TCA mengenai bru kopi yang sempurna.

“Kisah yang tidak didendangkan mengenai petani kopi dan asal usul kopinya kini dihidupkan semula pada setiap cawan kopi yang anda beli.

"70% daripada ‘House Blend’ kami yang paling popular membantu semula komuniti petani-petani kopi menerusi beberapa aktiviti badan amal dan perusahaan sosial di seluruh dunia,” katanya.

Kami bekerjasama dengan organisasi ternama yang menjamin semua ladang biji kopi kami mematuhi piawaian ekologi, sosial dan ekonomi antarabangsa.

Kerjasama secara rapat dengan rakan kongsi yang turut mengangkat falsafah kelestarian seperti kami dapat menjalin rangkaian dengan pembuat-perubahan bagi membolehkan kami menyampaikan nilai sebenar pada komuniti yang lebih kecil dan kurang bernasib baik dalam industri kopi,” tambah Jennifer.

Dengan kapasiti 80 tempat duduk pada satu masa, TCA beroperasi dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Untuk maklumat lanjut dan berita terkini, sila layari laman sesawang rasmi TCA atau ikuti akaun sosial mereka di sini. - Getaran, 2 April 2022

Gambar : The Coffee Academïcs

Isu Pada

Dunia Seni Zulhairul Ikram

02 Apr 2022

Berita Berkaitan

1

TARA 8 bulan yang lalu

Bekerja Dari Kafe, 8 Pilihan Kafe Yang Boleh Dicuba di Pavilion Bukit Jalil

2

Refleksi 11 bulan yang lalu

Dulu Guru Bahasa Inggeris, Kini Barista

3

Selera 1 tahun yang lalu

Pengeluar Kopi Tertua Di Pulau Pinang Bersedia Untuk Berkembang Ke Seluruh Negara

4

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Import Kopi Korea Selatan Cecah 45.1 Peratus Pada 2022

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

3 Rakyat Malaysia Kayuh Basikal Tiba Di Madinah

Gaya 1 hari yang lalu

Diskaun Sana-sini, Peluang Tambah Koleksi Baju Raya Ke Rumah Terbuka

Syawal adalah masa terbaik untuk menambah koleksi baju raya memandangkan banyak potongan harga yang ditawarkan.

oleh Rahayu MN

Refleksi 8 jam yang lalu

Ketahui 4 Manfaat Membersihkan Rumah

Selain baik untuk kesihatan fizikal kerana ia adalah satu bentuk senaman, aktiviti mengemas rumah mampu mewujudkan persekitaran yang bersih dan rapi, sekali gus...

oleh Rahayu MN