web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengeluar Kopi Tertua Di Pulau Pinang Bersedia Untuk Berkembang Ke Seluruh Negara

Antara perubahan dibuat ialah membangunkan produk untuk pengguna akhir seperti minuman paket tiga dalam satu dan membuka kedai kopi Sin Boon Kee Factory sendiri iaitu SBK Coffee Concept Store pada 2020.

Selera Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jan 2023 9:00AM

Kilang kopi Sin Boon Kee (SBK) iaitu kilang penghasil kopi tertua di Pulau Pinang dan masih mengekalkan citarasa asli dan kelazatannya. Kilang kopi SBK yang terletak di Jelutong dibina pada tahun 1944 - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Pengeluar kopi tertua di Pulau Pinang, Sin Boon Kee Factory, yang telah menghidangkan kopi berkualiti dan beraroma kepada rakyat Pulau Pinang selama 79 tahun, bersedia untuk mengembangkan operasinya ke seluruh Malaysia dengan lebih banyak variasi produk.

Jonathan Chan Heng Liang, 31, waris generasi keempat, berkata kilang itu diasaskan oleh moyangnya Chan Kok Tong pada 1944 dengan tujuan hanya untuk menyediakan kepada kopitiam tempatan di negeri ini tetapi beliau (Jonathan) mempunyai impian yang besar untuk syarikat.

“Saya menyertai syarikat tujuh tahun lepas dan bermula dengan mempelajari setiap proses di kilang, yang mengambil masa dua tahun. Selepas saya memahaminya, saya mula memperkenalkan produk baharu dan ayah saya sangat menyokong dan menggalakkannya.

“Saya mahu mengembangkan lagi syarikat ini, justeru, antara perubahan yang saya buat ialah membangunkan produk untuk pengguna akhir seperti minuman paket tiga dalam satu dan membuka kedai kopi kami sendiri iaitu SBK Coffee Concept Store pada 2020,” katanya kepada Bernama.

Mengenai kapasiti pengeluaran, Jonathan berkata syarikat mampu menghasilkan sehingga 1,000 kg serbuk kopi sehari dengan 10 tenaga kerja pada masa ini di kilang, menambah bahawa Sin Boon Kee Factory masih menggunakan modal insan untuk menghasilkan kopi yang paling beraroma dan berkualiti.

Beliau berkata semua produk ini kemudiannya akan dihantar kepada pelanggannya yang terdiri daripada 1,000 kopitiam/kedai kopi di seluruh negara.

“Kami kilang kecil tetapi kami telah membekalkan di peringkat tempatan selama lebih 79 tahun. Kami merancang untuk berpindah ke kilang baharu juga di Pulau Pinang pada tahun depan supaya kami dapat meningkatkan kapasiti kami untuk menampung operasi kami yang meningkat termasuk mewujudkan lebih banyak cawangan SBK Coffee Concept Store,” katanya.

Beliau berkata terdapat beberapa kedai dalam perancangan, termasuk dua di Pulau Pinang serta tiga hingga lima kios di Kuala Lumpur.

Jonathan berkata keputusan untuk mempunyai kedai kopinya sendiri dibuat selepas produk terbaharunya, Royal Black Coffee, yang daripada empat jenis biji kopi, telah ditolak oleh pengusaha kopitiam berikutan harganya yang lebih mahal.

“Rasanya sedikit berbeza daripada ‘kopi o’ tradisional walaupun ia kelihatan sama dan harganya agak mahal, justeru pengusaha kopitiam tidak dapat menjualnya. Kami mempunyai kira-kira 800 pelanggan kopitiam di Pulau Pinang dan lebih 700 menolaknya.

“Biasanya, kopi yang kami bekalkan kepada kopitiam berharga sekitar RM15 sekilogram, tetapi Royal Black Coffee berharga sekitar RM40 sekilogram. Ini yang menyebabkan kami membuat keputusan untuk membuka kedai kami sendiri untuk menjual kopi, yang berharga RM5.90 secawan,” katanya.

Ini ternyata keputusan yang baik, katanya, berikutan SBK Coffee Concept Store di Jalan Jelutong pada masa ini berjaya menarik lebih 5,000 ahli kad kesetiaan setakat ini.

Sementara itu, bapanya Chan They Lin, 57, yang merupakan waris generasi ketiga, berkata beliau amat gembira apabila Jonathan memutuskan untuk mengambil alih perniagaan keluarga selepas menamatkan pengajian dari Help University di Kuala Lumpur dan sekali gus meneruskan legasi keluarga. 

“Saya mendapat pengetahuan mengenai perniagaan daripada bapa saya dan kami cenderung untuk menjalankan perniagaan dengan cara yang lebih konservatif.

“Anak saya, sebaliknya, bersedia untuk mengambil risiko dan mencuba kaedah baharu. Lazimnya, kami hanya beroperasi menggunakan dana dalaman tetapi selepas anak saya mengambil alih, kami mula mendapatkan modal kerja daripada bank untuk mengembangkan lagi perniagaan,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Gaya 1 tahun yang lalu

Kopi Dan Fesyen Terus Bersatu Di KLFW 2024

2

TARA 2 tahun yang lalu

Bekerja Dari Kafe, 8 Pilihan Kafe Yang Boleh Dicuba di Pavilion Bukit Jalil

3

Luar Negara 3 tahun yang lalu

Import Kopi Korea Selatan Cecah 45.1 Peratus Pada 2022

4

TARA 3 tahun yang lalu

Kopi Malaysia, Lebih Gurih Dan Lemak

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Dari Ladang Ke Jalanan, Levi’s® Bawa Misi Sky High Farm Goods

oleh Rahayu MN