Berita Terkini

5 jam yang lalu: Petugas kontrak: KKM belum tetapkan garis masa, perlu pinda akta pencen - Lukanisman 5 jam yang lalu: Kes VLN Zahid: pengurusan kes selanjutnya rayuan pihak pendakwaan pada 12 Mei 5 jam yang lalu: Semua pihak disaran buat semakan ketepatan tarikh hijrah pada jam digital azan 5 jam yang lalu: Ahmad Zahid harap pelantikan Ab Rauf bawa perubahan kepada Melaka 5 jam yang lalu: Penjawat awam Selangor terima bantuan khas Aidilfitri sebulan gaji

IKUTI KAMI


Kopi Malaysia, Lebih Gurih Dan Lemak

Dari jenis kopi yang dibancuh menggunakan teknik ‘cold brew’ sehinggalah penggunaan ‘drip machine’ mahupun yang menggunakan teko moka, semuanya ada di Malaysia sekarang.

TARA Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 01 Oct 2022 8:12PM

Peminat kopi sendiri tidak tahu bagaimana biji kopi yang dipanggang cara tempatan dan apa campuran yang digunakan sehingga menjadikan kopi ini lebih lemak dan gurih. - Gambar Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Peminat kopi di Malaysia ketika ini tidak susah mencari kedai kopi yang semakin banyak tumbuh bak cendawan selepas hujan dengan menawarkan pelbagai jenis kopi untuk dinikmati.

Dari jenis kopi yang dibancuh menggunakan teknik ‘cold brew’ sehinggalah penggunaan ‘drip machine’ mahupun yang menggunakan teko moka, semuanya ada di Malaysia sekarang.

Namun, kehadiran pemanggang biji kopi asing ini sedikit sebanyak telah menenggelamkan dominasi cara biji kopi tempatan diproses yang terpaksa melalui perjalanan pemanggangan yang kompleks dan unik. 

Memanggang kopi cara tradisional yang masih diamalkan Kilang Kopi Chuan Hoe. - Gambar oleh Syeda Imran
Memanggang kopi cara tradisional yang masih diamalkan Kilang Kopi Chuan Hoe. - Gambar oleh Syeda Imran

Malah, peminat kopi sendiri tidak tahu bagaimana biji kopi yang dipanggang cara tempatan dan apa campuran yang digunakan sehingga menjadikan kopi tempatan ini lebih lemak dan gurih.

Sempena Hari Kopi Antarabangsa yang diraikan pada hari ini, Getaran telah berkesempatan untuk menemui pengusaha Kilang Kopi Chuan Hoe yang terletak di Kampung Jawa, Klang. 

Kehadiran kedai kopi dengan konsep pemanggangan kopi-kopi luar negara tidak mematahkan konsep pembuatan kopi yang diwarisi sejak turun temurun yang masih lagi diteruskan.

Kilang kopi tempatan, yang terletak kira-kira 35 kilometer dari Kuala Lumpur dan sudah beroperasi selama 50 tahun itu kini menjadi antara lokasi jelajah bagi peminat kopi dan juga pelancong luar untuk melihat sendiri bagaimana kopi dipanggang cara Malaysia.

Tan Loon Chuan - Gambar Syeda Imran
Tan Loon Chuan - Gambar Syeda Imran

Pemiliknya, Tan Loon Chuan, 64, berkata, kilang kopi itu telah diwarisi selama tiga generasi dan masih meneruskan operasi sama seperti yang dilakukan oleh generasi awal dahulu.

“Dulu saya tak pandai goreng (panggang) punya, saya bapak tanya cuba tengok lu goreng apa macam, lu boleh terus goreng, kalau tak boleh goreng… tutup. Kalau lu boleh mau meniaga, lu meniaga la,” katanya mengimbau ketika dia mula berjinak dengan perusahaan yang diwaris keluarganya itu.

Tanpa menoleh ke belakang, Loon Chuan terus belajar dan mewarisi cara memanggang dan juga campuran kopi yang menjadi kesukaan peminat kopi tempatan sehingga kilang berkenaan menjadi tumpuan ramai.

Bukan hanya pelancong dan juga pengembara, Kilang Kopi Chuan Hoe turut menjadi tumpuan peminat fotografi yang menjadikan konsep pemanggangan dan Loon Chuan sendiri sebagai subjek yang estetik.

Cara memanggang kopi juga masih menggunakan kayu arang bagi menaikkan aroma berbanding penggunaan gas. - Gambar oleh Syeda Imran
Cara memanggang kopi juga masih menggunakan kayu arang bagi menaikkan aroma berbanding penggunaan gas. - Gambar oleh Syeda Imran

Di kilang ini, pengunjung akan diberikan satu pengalaman unik termasuk merasai sendiri ‘kehangatan’ ketika biji-biji kopi dipanggang sehingga terhasilnya serbuk kopi yang boleh diperoleh di kebanyakan kedai-kedai runcit.

Pengunjung akan melihat sendiri bagaimana Loon Chuan dan pembantunya memanggang kopi dan teh sehingga menghasilkan produk ‘signature’ mereka, serbuk kopi tradisional hainan dan serbuk teh Ceylon.

Walaupun cara proses pemanggangan yang dilakukan Loon Chuan berkonsepkan tradisional dan turun temurun, namun biji kopi yang digunakan adalah dari seluruh dunia termasuk Brazil Cerrado, Costa Rica, Columbia Supremo, Ethiopia Sidamo Guji Bensa, Honduras, Java, Sumatra Mandheling, Peru, Papua New Guinea antara lain.

Gula putih dan mentega turut dicampur untuk melemakkan lagi rasa kopi ini. - Gambar oleh Syeda Imran
Gula putih dan mentega turut dicampur untuk melemakkan lagi rasa kopi ini. - Gambar oleh Syeda Imran

Di sini juga pengunjung boleh melihat bagaimana Loon Chuan masih menggunakan cara lama memanggang kopi yang merupakan cara tradisional turun termurun.

Malah, cara memanggang kopi juga masih menggunakan kayu arang bagi menaikkan aroma berbanding penggunaan gas.

“Itu kayu punya bau sama gas punya bau tak serupa, kayu punya lagi baik la. Tapi ada satu kali ‘machine’ rosak, saya guna gas masak, bila angkat balik, taruk air bau macam lain la, tak rasa macam kayu punya rasa,” katanya berkaitan penggunaan gas untuk memanggang.

Pembantu Loon Chuan, Nasir Sarifah menyejukkan biji kopi yang telah dipanggang. - Gambar oleh Syeda Imran
Pembantu Loon Chuan, Nasir Sarifah menyejukkan biji kopi yang telah dipanggang. - Gambar oleh Syeda Imran

Selain melihat proses kopi itu dipanggang dengan cara tempatan, pengunjung juga boleh berborak dengan Loon Chuan untuk mengetahui sejarah bagaimana kilang kopi itu yang masih teguh berdiri sehingga ke sekarang walaupun mempunyai banyak saingan ketika ini.

Menariknya, walaupun sibuk memanggang kopi bersama pembantunya, Loon Chuan sendiri tidak lokek ilmu dan akan menjawab persoalan yang diajukan pengunjung.

Pengunjung boleh melihat sendiri cara mereka memanggang kopi secara tradisional. - Gambar oleh Syeda Imran
Pengunjung boleh melihat sendiri cara mereka memanggang kopi secara tradisional. - Gambar oleh Syeda Imran

“Masa umur 18 tahun, saya sekolah tak pandai, bapak suruh pergi ikut ‘salesman’ keluar jalan-jalan tengok ‘market’ apa macam. Sampai umur 23, bapak cakap, main cukup, belakang pergi goreng kopi, tengok-tengok apa macam saya sendiri goreng. Sebelum tu, panggil orang goreng punya,” katanya.

Bagi mereka yang ingin merasai sendiri kelemakan kopi Cap Wangi dan kopi Cap Kipas Emas yang dihasilkan oleh Kilang Kopi Chuan Hoe termasuk melihat sendiri cara mereka memanggang kopi secara tradisional boleh ke kilang mereka di Kampung Jawa yang dibuka bermula jam 8 pagi hingga 6 petang setiap hari kecuali hari Ahad. – Getaran, 1 Oktober 2022

Kopi Cap Kipas Emas yang dihasilkan oleh Kilang Kopi Chuan Hoe punya rasa yang tersendiri. - Gambar oleh Syeda Imran
Kopi Cap Kipas Emas yang dihasilkan oleh Kilang Kopi Chuan Hoe punya rasa yang tersendiri. - Gambar oleh Syeda Imran

Isu Pada

Takdir Bertemu - Nabila Razali & Keisya Levronka

01 Oct 2022

Berita Berkaitan

1

Selera 2 bulan yang lalu

Pengeluar Kopi Tertua Di Pulau Pinang Bersedia Untuk Berkembang Ke Seluruh Negara

2

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Import Kopi Korea Selatan Cecah 45.1 Peratus Pada 2022

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Isteri Disyaki Tipu Wang Skim Pelaburan, Suami Ditembak

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Banjir Setiap Kali Hujan, Penduduk Taman Sentosa Ria Rayu Penyelesaian

Sorotan

1

PU Syed Puji Suara Aliff Syukri Sedap, Tetapi Minta Jangan Tergedik-Gedik Dan Hormati Bulan Ramadan

2

Polis Kenal Pasti Pengirim Bungkusan Kepada PM, Rafizi

3

Najib Kekal Dipenjara Selepas Mahkamah Persekutuan Tolak Permohonan Semakan Kes SRC