web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gudang Syarikat Kopi Tempatan Musnah Dalam Kebakaran Di Melaka

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Nov 2023 10:38AM

Anggota bomba dan penyelamat berusaha memadamkan kebakaran membabitkan sebuah kilang memproses kopi di Jalan TTC Cheng, Taman Teknologi Cheng, Melaka, malam tadi. gambar JBPM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Gudang sebuah syarikat kopi tempatan musnah dalam kebakaran di Taman Teknologi Cheng, di sini malam tadi.

Komander Operasi Penguasa Kanan Bomba II, Mohd Khairul Nizam Mohamad Anuar berkata pihaknya menerima panggilan pada 9.59 malam tadi, sebelum ke lokasi kejadian dan tiba empat minit kemudian.

Beliau berkata, operasi memadam kebakaran gudang kilang kopi tersebut melibatkan 23 anggota dengan bantuan tiga jentera Fire Rescue Tender (FRT), dua jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS), dua Unit Bermotor Bomba (RIM) dan dua lori tangki air dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cheng, Melaka Tengah dan Tangga Batu.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, sebuah gudang syarikat kopi tempatan yang berkeluasan 120 meter (m) x 60m telah terbakar hampir 90 peratus.

“Sehingga 8.40 pagi ini, operasi memadam kebakaran masih belum tamat dan antara masalah yang dihadapi pihak bomba adalah tekanan air yang rendah, menyukarkan usaha memadam kebakaran walaupun api berjaya dikawal pada 11.05 malam tadi,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Khairul Nizam berkata, tiada mangsa terlibat dalam kejadian itu dan punca kebakaran serta nilai kerugian masih dalam siasatan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Mayat Lelaki Ditemukan Dengan Kesan Terbakar 

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Rumah Timbalan Menteri Sarawak Musnah Terbakar

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Gudang Sisa Bahan Kimia Terbakar: Pusat Kualiti Alam, JAS Pantau Pencemaran Udara, Air

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Gudang Sisa Bahan Kimia Di Bukit Pelanduk Musnah Dalam Kebakaran - Bomba

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad