web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dulu Guru Bahasa Inggeris, Kini Barista

Refleksi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Apr 2023 8:00AM

Johan Arif (paling kanan) berkata ‘Kelab Kopi’ yang kini digerakkan 13 anak muda sering berbincang dan merancang serta mencipta satu menu baharu setahun sebagai daya tarikan. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BATU PAHAT - Susulan minat mendalam terhadap kopi, seorang anak muda sanggup meninggalkan kerjayanya sebagai guru Bahasa Inggeris demi meneruskan legasi bapanya membuka kedai kopi di daerah ini.

Johan Arif Sofian, 28, berkata dia minat dengan kopi sejak dari kecil lagi, dan ketika bapanya Sofian Fuad, 57, membuka kedai kopi secara kecil-kecilan pada 2014, dia sering ‘mengacau’ kerja bapanya.

Katanya, dia yang ketika itu masih belajar dalam jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL), tidak ada perancangan untuk menyambung perniagaan kedai kopi berkenaan.

“Namun ketika menunggu mendapat pekerjaan sebagai guru, saya mula kerja sambilan di kedai ayah yang menggunakan nama ‘Kelab Kopi’, yang ketika itu dibuka di Jalan Mohd Akil sebelum berpindah ke Jalan Abu Bakar.

“Walaupun telah mendapat pekerjaan sebagai seorang guru, minat mendalam telah mendorong saya untuk bekerja di Kelab Kopi ini, kemudiannya menguruskan perniagaan berkenaan,” katanya ketika ditemui Bernama baru-baru ini.

Johan Arif berkata kedai kopi yang tumbuh ‘bagaikan cendawan selepas hujan’ di daerah berkenaan sejak akhir-akhir ini disifatkan sebagai persaingan sihat.

Katanya, setiap kedai kopi yang dibuka mempunyai kelebihan tersendiri dengan pemiliknya cuba ‘mencipta’ kelainan masing-masing bagi menarik pelanggan.

“Saya juga yakin sesebuah kedai kopi itu ada kelebihannya tersendiri selain sudah pastinya mempunyai pelanggan tetap yang berulang kali datang, selain mewujudkan program kesetiaan pelanggan.

“Bagi Kelab Kopi ini, antara perkara dititik beratkan untuk menarik pelanggan adalah kualiti kopi disediakan, iaitu kami menggunakan kopi berkualiti jenis ‘Arabica Bean’ yang diimport dari Brazil, Colombia dan Indonesia.

“Selain itu, menerusi inovasi kami berikan nama yang unik sebagai identiti tersendiri seperti Hayven Latte, Butterscotch Latte, Gula Melaka Latte dan Local Coffee 434. Selain itu, pelbagai jenis makanan turut disediakan termasuk yang utama Nasi Salted Egg,” katanya.

Tambah Johan, memandangkan permintaan menggalakkan, dia bersama bapa dan adiknya, Adam Arif, 26, telah membuka satu cawangan di Jalan Rahmat serta merancang membuka satu lagi cawangan di Kluang.

Katanya, ‘Kelab Kopi’ yang kini digerakkan oleh 13 orang anak muda sering berbincang dan merancang serta mencipta satu menu baharu setahun sebagai daya tarikan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Tragedi Kepala Air: Keluarga Harap 'Adik' Pulang Ke Rumah Dengan Selamat

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Peniaga Berputih Mata Sistem Akaun Syarikat Diceroboh, Rugi RM1.9 Juta

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Mangsa Banjir Di Batu Pahat 419 Orang Pagi Ini

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Mangsa Banjir Di Baru Pahat Menurun Kepada 10,396 Pagi Ini

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Gaya 1 hari yang lalu

Dari Ladang Ke Jalanan, Levi’s® Bawa Misi Sky High Farm Goods

oleh Rahayu MN