Berita Terkini

9 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Peniaga Berputih Mata Sistem Akaun Syarikat Diceroboh, Rugi RM1.9 Juta

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Apr 2023 6:30PM

Pencerobohan itu menyebabkan berlaku pemindahan keluar wang syarikat kepada pihak tidak dikenali - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan sebuah syarikat menggunakan kaedah pembayaran secara ‘bulk payment’ atau ‘bayaran pukal’ dari bank tempatan menyebabkan sistem akaunnya diceroboh sehingga mengakibatkan kerugian RM1.9 juta.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, pada 28 Mac lalu, pihaknya menerima laporan polis daripada seorang wanita tempatan yang mendakwa sistem akaun syarikatnya yang beroperasi di Batu Pahat diceroboh.

Menurutnya, pencerobohan itu menyebabkan berlaku pemindahan keluar wang syarikat kepada pihak tidak dikenali.

“Siasatan awal polis mendapati, pihak syarikat menggunakan kaedah pembayaran ‘bulk payment' dari sebuah bank tempatan untuk membuat pembayaran kepada pembekal secara bulanan.

“Melalui kaedah tersebut, pihak syarikat akan mendaftarkan nama, nombor akaun syarikat pembekal dan jumlah pembayaran perlu dibuat di dalam sistem tersebut.

“Dengan itu, pada setiap bulan, syarikat akan memasukkan nilai bayaran sahaja tanpa mengubah apa-apa data pada nama syarikat penerima dan nombor akaun, selain akan klik sistem tersebut untuk dihantar kepada pihak bank bagi pembayaran,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pada 27 Mac lalu, pengadu membuat semakan penerima pembayaran ‘bulk payment’ yang dibuat pada 24 Mac.

Katanya, wanita berusia 41 tahun itu mendapati terdapat 10 transaksi pembayaran kepada 10 syarikat sudah diubah kepada pihak lain yang tidak dikenali, malah tidak mempunyai apa-apa urusan dengan syarikatnya.

Justeru, ujarnya, pengadu percaya sistem ‘bulk payment’ syarikatnya sudah diceroboh menyebabkan butiran penerima diubah kepada pihak lain.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Jenayah Komputer 1997.

“Jika disabit kesalahan, pelaku boleh dikenakan denda maksimum RM150,000 atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Kamarul Zaman berkata, polis Johor menasihati orang ramai agar lebih berhati-hati dalam urusan membuat pembayaran secara atas talian, walaupun ia sudah ditetapkan sejak awal.

“Pastikan setiap butiran diperiksa terlebih dahulu bagi memastikan ianya betul sebelum klik untuk meneruskan pembayaran.

“Jika sudah menjadi mangsa scam (penipuan), orang ramai dinasihatkan menghubungi National Scam Response Centre (NSRC) di talian 997 untuk bantuan menyekat pengaliran wang keluar kepada pihak tidak bertanggungjawab berkenaan,” katanya. – Getaran, 5 April 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

Tragedi Kepala Air: Keluarga Harap 'Adik' Pulang Ke Rumah Dengan Selamat

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Majikan, Syarikat Swasta Disaran Lihat Alternatif Lain Bantu Pelajar Latihan Industri

3

Refleksi 11 bulan yang lalu

Dulu Guru Bahasa Inggeris, Kini Barista

4

Semasa 1 tahun yang lalu

LIMA 2023: Jumlah Penyertaan Syarikat Mungkin Cecah 1,200

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Cakna Media Sosial: Anak-Anak Perlu Pendedahan Awal Pendidikan Digital 

Sukan 1 hari yang lalu

Liek Hou Gondol 2 Emas Di Sepanyol

Semasa 12 jam yang lalu

ANAK: Individu Tanpa Kerakyatan Menjadi ‘Hantu’ Di Negara Sendiri

Semasa 6 jam yang lalu

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

oleh Diyana Nawwar