web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tragedi Kepala Air: Keluarga Harap 'Adik' Pulang Ke Rumah Dengan Selamat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jul 2023 8:00AM

Shahrizal Saliman - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BATU PAHAT - Keluarga seorang mangsa tragedi kepala air di Jeram Air Putih di Chukai, Terengganu, masih berharap Muhammad Fikri Saliman, 24, dapat pulang ke kediamannya di sini dengan selamat.

Abang mangsa, Shahrizal Saliman, 40, berkata walaupun adik bongsunya itu masih belum ditemui, mereka sekeluarga sentiasa mengharapkan keajaiban, dan terus setia menanti laporan daripada pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

Shahrizal berkata seluruh anggota keluarganya tidak menyangka kali terakhir bertemu Muhammad Fikri yang mesra dengan gelaran ‘adik’ itu adalah ketika Hari Raya Aidiladha, Khamis lepas sekitar pukul 8 pagi.

"Kalau adik ditemukan selamat dan masih hidup, syukur alhamdulillah dan kami menganggap itu adalah rezeki kami, tetapi kalau adik sudah tiada, kami kena reda.. namun, kami sebagai waris hendak tengok dan pastikan jenazahnya,” katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya, di Kampung Parit Kuda, Semerah di sini hari ini.

Katanya mereka sekeluarga hanya mengetahui kejadian berkenaan yang membabitkan Muhammad Fikri dan keluarga tunangnya itu melalui sepupu mereka sekitar tengah hari, semalam.

"Sebelum bergerak ke sana (Pahang) menaiki motosikal, adik baru sahaja pulih dari demam, namun tidak menunjukkan sebarang perubahan. Kami ada bertanya bila akan balik ke sini (Batu Pahat), dia jawab, sama ada Sabtu atau Ahad, kerana Isnin sudah bekerja.

"Perasaan kami ketika membaca berita mengenai tragedi itu tidak dapat dibayangkan, apatah lagi apabila sepupu menunjukkan kad pengenalan milik adik. Nak kata tidak percaya - mustahil, kerana itu memang benar kad pengenalan milik adik," katanya.

Shahrizal berkata beliau akan ke Terengganu malam ini bersama dengan beberapa ahli kariah Masjid Kampung Parit Kuda, bagi membantu usaha mencari adiknya yang masih belum dapat dikesan.

Semalam, media melaporkan 10 mangsa termasuk sembilan sekeluarga dihanyutkan arus deras kepala air sewaktu berkelah di Jeram Air Putih pada Sabtu. 

Muhammad Fikri adalah tunang kepada Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18, yang turut serta dalam perkelahan itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Insiden Kepala Air: 45 Individu Berjaya Diselamatkan

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Macam Ni Punya Dahsyat, Tak Hairan Nyawa Boleh Melayang

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kepala Air Lahad Datu: Aktiviti River Hiking Tak Dapat Kelulusan, Kebenaran

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tragedi Kepala Air: Wanita Maut, 4 Mangsa Masih Hilang

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Politik 7 jam yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lesen Perniagaan Network School Dibatalkan, Operasi Ditamatkan Esok

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

oleh Sophia Ahmad