web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tayangan Filem Konspirasi Ditamatkan Atas Permintaan Penerbit - FINAS

Berdasarkan e-mel daripada pihak penerbit yang dikongsikan kepada FINAS, penerbit filem tersebut, Elepfilm Entertainment Sdn Bhd telah meminta supaya tayangan filem Konspirasi ditamatkan bermula pada tarikh berkenaan.

Filem & TV Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 30 May 2026 2:33PM

Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tayangan filem Konspirasi di seluruh pawagam negara telah ditamatkan sejak semalam atas permintaan penerbit filem berkenaan sendiri, menurut Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

FINAS dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima maklumat berhubung perkara itu daripada Persatuan Pemamer Filem Malaysia (MAFE) serta Media Prima Berhad selaku pengedar filem yang berurusan dengan pihak pemamer (pawagam).

"Berdasarkan e-mel daripada pihak penerbit yang dikongsikan kepada FINAS, penerbit filem tersebut, Elepfilm Entertainment Sdn Bhd telah meminta supaya tayangan filem Konspirasi ditamatkan bermula pada tarikh berkenaan.

"Semakan FINAS dengan pengedar dan pemamer filem juga mendapati penamatan tayangan tersebut adalah atas permintaan penerbit sendiri dan tidak melibatkan sebarang arahan daripada mana-mana pihak," menurut kenyataan itu.

Dalam kenyataan sama, FINAS turut mengesahkan bahawa filem itu telah memperoleh kelulusan daripada Lembaga Penapis Filem (LPF), sebelum diluluskan di bawah Skim Wajib Tayang pada 14 Mei 2026 dan mula ditayangkan pada 21 Mei di 120 skrin pawagam, di seluruh negara.

Menurut FINAS, pihaknya kini sedang mendapatkan penjelasan lanjut daripada penerbit berhubung keputusan menamatkan tayangan filem tersebut, namun sehingga kini penerbit masih belum dapat dihubungi meskipun beberapa usaha telah dilakukan.

"FINAS akan terus mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak berkaitan dan akan memaklumkan sebarang perkembangan dari semasa ke semasa," menurut kenyataan itu.

Terdahulu, pelakon Sarimah Ibrahim memuat naik luahan di platform Threads dengan mendakwa tayangan filem berkenaan dihentikan secara serta-merta di semua pawagam, selain menyifatkan situasi itu sebagai sesuatu yang "pelik" dan mengejutkan.

Luahan tersebut kemudian mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, termasuk persoalan mengenai tempoh tayangan filem tempatan di pawagam berbanding filem luar negara.

Filem Konspirasi mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 21 Mei, sebagai naskhah aksi thriller politik yang mengetengahkan isu rasuah, kebocoran maklumat sulit serta operasi badan penguat kuasa negara.

Filem arahan Ghaz Abu Bakar itu, menampilkan barisan pelakon seperti Sarimah Ibrahim, Datuk Adi Putra, Hisyam Hamid, Alicia Amin, Shiqin Kamal, Roy Azman dan Esma Daniel. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 minggu yang lalu

Disangka Sudah Berkubur, 'Gerak Khas' Hidup Semula Selepas TVS Ambil Alih Legasi Drama Ikonik

2

Filem & TV 2 minggu yang lalu

Astro dan Disney+ Bawakan Lebih Banyak Rancangan Global Dan Kandungan Tempatan

3

Filem & TV 3 minggu yang lalu

Legasi Sudirman Kembali Bernafas, Biopik Bakal Temui Peminat 2028

4

Filem & TV 4 minggu yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

Sorotan

1

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

2

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

3

Ibu Hamil Dituduh Mencuri: Lotus’s Mohon Maaf, Pekerja Dikenakan Tindakan Disiplin

4

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM

5

Syed Saddiq Bebas, Mahkamah Persekutuan Kekal Keputusan Lepas Dan Bebas 

6

Misteri Bau Busuk Terbongkar, Mayat Wanita Reput Ditemui Dalam Apartment

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SOUNDSTAGE Satukan NIDJI, Hujan Dan 3 Band Tempatan Dalam Konsert Rentas Sempadan

oleh Rahayu MN