web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


20 Lagu ‘Meletup’ Sah Berentap! AJL40 Separuh Akhir Janji Persaingan Paling Sengit Tahun Ini

Daripada 30 lagu terbaik carta Muzik Muzik 40, hanya 20 karya dengan markah tertinggi dipilih selepas melalui penilaian teliti barisan juri profesional

Filem & TV Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 07 Apr 2026 2:27PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Debaran peminat muzik tempatan akhirnya terjawab apabila 20 lagu terbaik disahkan bakal berentap di pentas Anugerah Juara Lagu 40 Separuh Akhir (AJL40 SA)! 

Pengumuman rasmi yang dibuat menerusi program Muzik Muzik pada Ahad membuka tirai kepada persaingan yang dijangka paling sengit sempena edisi ke-40 acara berprestij itu.

Bakal berlangsung pada 17 dan 18 April 2026 secara langsung dari Studio 1 Glenmarie, AJL40 SA menyaksikan gabungan nama besar industri dan bakat generasi baharu yang masing-masing tampil dengan karya kuat untuk merebut tiket ke pentas final.

Antara nama yang mencuri perhatian termasuk Aina Abdul menerusi lagu Kamu, Dayang Nurfaizah dengan Lemah, serta Shila Amzah yang mempertaruhkan Pernah Punya Aku. 

Turut tidak kurang hebat, Haqiem Rusli hadir dengan dua sentuhan, sebagai penyanyi dan komposer.

Barisan lain yang bakal menggamatkan pentas termasuk Stacy (Menyala), Marsha Milan (Tangisan Seorang Pendosa), Khai Bahar (Kerana Ego) dan Amir Masdi (Nurcinta).

Tidak ketinggalan, elemen variasi muzik turut disuntik menerusi kumpulan seperti Floor 88 dan kolaborasi unik Kmy Kmo bersama Luca Sickta serta Salammusik.

Daripada 30 lagu terbaik carta Muzik Muzik 40, hanya 20 karya dengan markah tertinggi dipilih selepas melalui penilaian teliti barisan juri profesional, menjadikan setiap lagu yang layak benar-benar ‘berat’ dan berpotensi mencipta kejutan.

Lebih menarik, senarai lagu yang tidak berjaya mara juga terdiri daripada karya popular seperti Gasoline (Akim & The Majistret), Peluk (Hael Husaini & Nadeera) dan Hamba Cinta (Syamel), membuktikan saingan tahun ini sememangnya luar biasa sengit.

Dengan kombinasi vokal mantap, susunan muzik berkualiti dan lirik penuh emosi, AJL40 SA bukan sekadar pentas saringan, tetapi medan sebenar untuk membuktikan siapa yang paling layak bergelar juara.

Berikut adalah senarai penuh 20 lagu yang layak ke AJL40 SA:

1. Hijab Rindu – Black Hanifah 

2. Nurcinta – Amir Masdi 

3. Nostalgila – Haqiem Rusli 

4. Lemah – Dayang Nurfaizah 

5. Kerana Ego – Khai Bahar 

6. Tangisan Seorang Pendosa – Marsha Milan 

7. Pernah Punya Aku – Shila Amzah 

8. F – Floor 88 

9. Tiwikarma – K.O.I 

10. Puaskah – Ameerais & Mariam Saim 

11. Seribu Tahun Lagi – Imran Ajmain 

12. Tak Adil – Aisha Retno 

13. Semacam Pandora – Hazama 

14. Rasa & Takdir – Amira Othman & Irfan Haris 

15. Cak Cak Cekuk – Wani Kayrie 

16. Hilangmu Tak Terganti – Tajul & Afieq Shazwan 

17. Kamu – Aina Abdul 

18. Menyala – Stacy 

19. Ke Mana Ni – Kmy Kmo, Luca Sickta & Salammusik 

20. Lumangad Oku Dika – Ryenald Guntabid 

Jangan lupa saksikan AJL40 Separuh Akhir pada 17 & 18 April, jam 9 malam di TV3 atau strim di Tonton. 

Siapa bakal ke final? Kita tunggu! - Getaran, 7 April 2026

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 hari yang lalu

Disangka Sudah Berkubur, 'Gerak Khas' Hidup Semula Selepas TVS Ambil Alih Legasi Drama Ikonik

2

Filem & TV 6 hari yang lalu

Astro dan Disney+ Bawakan Lebih Banyak Rancangan Global Dan Kandungan Tempatan

3

Filem & TV 2 minggu yang lalu

Legasi Sudirman Kembali Bernafas, Biopik Bakal Temui Peminat 2028

4

Filem & TV 2 minggu yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

Sorotan

1

Video Buaya Baham Anjing Cetus Kebimbangan Pengunjung Port Dickson

2

PRN Johor: Lebih 300,000 Pengundi Luar Dijangka Pulang Mengundi

3

Masa Depan Nelayan Dan Ekonomi Pesisir Jadi Keutamaan, Faizul Tekad Ubah Masa Depan Tanjung Surat

4

Bakal Berdepan Nama Besar, Calon ‘Underdog’ DUN Pasir Raja Tenang Hadapi Saingan

5

PRN Johor: 3,500 Polis Johor Bertugas Untuk Undi Awal Esok 

6

PRN Johor: Kempen Masuki Fasa Penentuan, Calon Ganda Usaha Raih Sokongan 

Disyorkan untuk anda

Muzik 10 jam yang lalu

AJL40 Bawa Peminat Selami Dunia Muzik Menerusi Muzik Lab

oleh Rahayu MN

Filem & TV 1 hari yang lalu

Disangka Sudah Berkubur, 'Gerak Khas' Hidup Semula Selepas TVS Ambil Alih Legasi Drama Ikonik

Kali ini bukan di TV3, sebaliknya di TVS yang mengambil langkah berani menghidupkan semula legasi tersebut menerusi Gerak Khas 2.0. 

oleh Rahayu MN