web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Drama Jenayah Noir Korea Penuh Debaran, 'Made In Korea' Kini Eksklusif Di Disney+

Ia mengisahkan tentang pertembungan kuasa, rasuahdan prinsip dalam era 1970-an

Filem & TV Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jan 2026 3:08PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selepas sekian lama dinanti, dua bintang besar Korea Selatan, Hyun Bin dan Jung Woosung, akhirnya bertembung dalam sebuah drama jenayah noir yang sarat dan tegang berjudul Made In Korea. 

Siri ini kini boleh distrim secara eksklusif di Disney+, dengan empat episod pertama sudah tersedia untuk tontonan.

Berlatarbelakangkan era 1970-an, Made In Korea mengisahkan Baek Kitae, seorang ejen KCIA yang bercita-cita tinggi dan menjalani kehidupan berganda. Pada siang hari, Kitae berkhidmat sebagai pegawai kerajaan, namun pada waktu malam, dia mengendalikan operasi haram berskala besar. 

Bijak, licik, penuh karisma dan berpengaruh, Kitae menggunakan rangkaian dunia gelapnya untuk mengukuhkan kuasa, melindungi adiknya serta menjana dana besar untuk agensi yang diwakili. 

Kebangkitannya yang pantas menjadikan dia seolah-olah kebal, namun segalanya berubah apabila dia berdepan dengan seorang pendakwa raya yang tidak boleh dibeli atau dipujuk.

Pendakwa raya tersebut ialah Jang Geonyoung, seorang figura tegas dan berprinsip yang menjadi penghalang terbesar kepada cita-cita Kitae. 

Apabila kedua-dua lelaki ini mempertaruhkan segalanya, siri ini mengikuti pertembungan sengit mereka dalam usaha saling menjatuhkan.

Made In Korea dibintangi oleh Hyun Bin (Crash Landing On You, Confidential Assignment) sebagai Baek Kitae, Jung Woosung (Tell Me That You Love Me, 12.12: The Day) sebagai Jang Geonyoung serta Woo Dohwan (Bloodhounds, Mr. Plankton) sebagai adik Kitae, Baek Kihyun. 

Siri ini ditulis Park Eunkyo (Mother, A Normal Family, The Silent Sea) bersama Park Joonseok (A Normal Family), diarahkan oleh Woo Minho (The Man Standing Next, Inside Men, Harbin) dan diterbitkan oleh Hive Media Corp, syarikat produksi di sebalik beberapa karya terkenal Korea.

Dua episod terakhir musim ini akan ditayangkan secara mingguan sehingga 14 Januari, dan berita baik buat peminat, Made In Korea telah disahkan untuk musim kedua, dengan penggambaran sedang berlangsung.

Siri ini menambah senarai drama Korea berkualiti tinggi yang dilancarkan di Disney+. Sepanjang tahun lalu, penonton turut disajikan dengan pelbagai judul menarik merangkumi pelbagai genre, termasuk Unmasked, Nine Puzzles, Hyper Knife, Low Life, The Murky Stream dan drama politik penuh suspens Tempest.

Lebih menarik, 2026 dijangka lebih meriah dengan kehadiran siri baharu seperti Gold Land lakonan Park Boyoung, Perfect Crown yang dibintangi IU dan Byeon Wooseok, serta kepulangan Lee Dongwook dan Kim Hyejun dalam A Shop For Killers musim kedua.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan empat episod pertama Made In Korea, eksklusif di Disney+. - Getaran, 6 Januari 2026

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 hari yang lalu

Astro dan Disney+ Bawakan Lebih Banyak Rancangan Global Dan Kandungan Tempatan

2

Filem & TV 1 minggu yang lalu

Legasi Sudirman Kembali Bernafas, Biopik Bakal Temui Peminat 2028

3

Filem & TV 2 minggu yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

4

Filem & TV 2 minggu yang lalu

Adrian Teh Kembali Ke Genre Aksi, “Chelot’ Tampil Babak Pecah Rekod

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Astro dan Disney+ Bawakan Lebih Banyak Rancangan Global Dan Kandungan Tempatan

oleh Rahayu MN