web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kutip Lebih RM60 Juta Di Tempat Sendiri, Tapi Sheriff Gagal Tawan Hati Penonton Indonesia

Namun, pengarah filem ini tetap berfikiran positif kerana sekurang-kurangnya filem itu berjaya dibawa ke negara jiran

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jun 2024 1:43PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Filem pecah panggung arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Integriti gagal meraih perhatian peminat filem Indonesia biarpun mencatat kutipan mencecah RM60.5 juta di pawagam tempatan.

Dalam satu kenyataan kepada portal Mstar, Syafiq memberitahu filem yang mula ditayangkan di pawagam Indonesia pada 23 Mei lalu kini telah diturunkan secara drastik kerana tiada sambutan. 

Namun, pengarah muda ini tetap berfikiran positif kerana sekurang-kurangnya filem itu berjaya dibawa ke negara jiran.

Bahkan, Syafiq turut mengucapkan terima kasih kepada pihak CGV Cinemas yang memberi peluang untuk filem Malaysia ditayangkan di Indonesia.

“Apa-apa pun saya berterima kasih kepada CGV Cinemas kerana membuka pintu dan memberi peluang untuk filem Malaysia ditayangkan di sana. Terima kasih Indonesia,” ujar Syafiq.

Oada malam gala tayangan filem itu di Jakarta baru-baru ini, ia dikatakan mendapat sambutan baik dalam kalangan penonton dan juga penggiat filem. 

Malah, sutradara Joko Anwar turut membuat ciapan di Aplikasi X memaklumkan dia akan mencari masa untuk menonton Sheriff di pawagam.

Sheriff menampilkan watak Nazri, seorang anggota polis dari Jabatan Narkotik yang berang apabila sindiket dadah syabu Tony Ifrit semakin berleluasa, malah mereka sering terlepas dari cengkaman undang-undang apabila melalui proses penghakiman. 

Ia membuatkan Nazri mengambil keputusan untuk menyelesaikan masalah itu mengikut caranya sendiri. 

Sementara itu, Sheriff, seorang anggota polis daripada Jabatan Integriti telah dihantar oleh pihak IGP untuk menyelesaikan pembunuhan dilakukan individu bergelar Meth Killer. 

Sheriff dan Nazri ditugaskan untuk berada di bawah satu jabatan dan pelbagai konflik mula timbul selepas itu, khususnya apabila operasi mencari Meth Killer sering menemui kegagalan. - Getaran, 1 Jun 2024

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 minggu yang lalu

Disangka Sudah Berkubur, 'Gerak Khas' Hidup Semula Selepas TVS Ambil Alih Legasi Drama Ikonik

2

Filem & TV 2 minggu yang lalu

Astro dan Disney+ Bawakan Lebih Banyak Rancangan Global Dan Kandungan Tempatan

3

Filem & TV 3 minggu yang lalu

Legasi Sudirman Kembali Bernafas, Biopik Bakal Temui Peminat 2028

4

Filem & TV 4 minggu yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang