web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MONSTA Lancar Promosi Boboiboy Galaxy Windara

Rangkaian MONSTA Network terdiri daripada pelbagai saluran Youtube dan akaun media sosial rasmi dengan trafik harian yang tinggi

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jun 2024 8:14AM

Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Animonsta Studios (MONSTA) semalam mengumumkan pelancaran dan promosi BoBoiBoy Galaxy WINDARA di MONSTA Network, hab animasi utama syarikat itu.

Dalam satu kenyataan, MONSTA memaklumkan bahawa rangkaiannya akan berfungsi sebagai platform utama untuk mempromosi dan menyiarkan BoBoiBoy Galaxy WINDARA kerana ia terdiri daripada pelbagai saluran Youtube dan akaun media sosial rasmi dengan trafik harian yang tinggi.

Ketua Pegawai Eksekutif MONSTA Nizam Razak berkata,  kejayaan luar biasa BoBoiBoy Galaxy SORI mendorong syarikat berkenaan menghasilkan plot baharu demgan menampilkan set watak, dunia dan kuasa yang menarik.

Katanya, MONSTA memperkenalkan barisan pelakon suara baharu untuk pelbagai watak yang bertutur dalam dialek Borneo dan Indonesia.

"Watak makhluk asing baharu telah diperkenalkan sebagai makhluk yang menarik dan kelihatan seperti manusia. Idea ini tercetus oleh serangga yang biasa dilihat seperti rama-rama, semut dan kumbang," katanya.

Nizam memberitahu, BoBoiBoy sentiasa digambarkan sebagai tonggak kekuatan dan tanggungjawab dalam cerita bagi penonton muda mereka.

"Pada musim ini, kami menampilkan kepayahan BoBoiBoy sebagai pemegang Elemental yang terkenal dan berharap dapat mengajar penonton muda tentang tanggungjawab dan bagaimana seseorang itu memerlukan bantuan rakan, mentor dan naluri sendiri untuk belajar dan membentuk watak sebenar mereka," katanya.

BoBoiBoy Galaxy WINDARA akan meneruskan jalan cerita BoBoiBoy Galaxy SORI tetapi dengan plot berlainan.

Plot kali ini mengisahkan BoBoiBoy, yang berdepan dilema untuk mengembalikan kuasa Elemen Anginnya kepada pemilik sah, Kuputeri, penguasa Planet WINDARA demi menyelamatkan rakyatnya daripada penakluk yang zalim.

Melalui pelbagai saluran YouTube dan akaun media sosial rasmi yang mempunyai trafik harian yang tinggi, peminat dan penonton seluruh dunia boleh mengakses episod baharu dan penglibatan dalam talian yang menarik dengan mudah. 

Kehadiran dalam talian MONSTA Network yang mantap menjanjikan penonton fenomena superhero.

Mulai Jun ini, peminat boleh menonton kesinambungan siri yang dinanti-nantikan di Rangkaian MONSTA di YouTube, bersama-sama platform lain seperti NETFLIX Asia Tenggara, TV9 (Malaysia), Astro Ceria (Malaysia), RTV (Indonesia) serta Suria dan Saluran 5 di Singapura.

Nantikan babak baharu yang menarik dalam saga BoBoiBoy yang menjanjikan pengembaraan, keseronokan dan pelajaran hidup yang berharga untuk penonton dari semua peringkat umur. - Getaran, 1 Jun 2024

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 minggu yang lalu

Disangka Sudah Berkubur, 'Gerak Khas' Hidup Semula Selepas TVS Ambil Alih Legasi Drama Ikonik

2

Filem & TV 2 minggu yang lalu

Astro dan Disney+ Bawakan Lebih Banyak Rancangan Global Dan Kandungan Tempatan

3

Filem & TV 3 minggu yang lalu

Legasi Sudirman Kembali Bernafas, Biopik Bakal Temui Peminat 2028

4

Filem & TV 1 bulan yang lalu

Big Stage X Rocketfuel, Platform Bakat Baharu Dengan Tawaran Kontrak RM200,000

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang