web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ingin Jadi Juara Penstriman, Amazon Mahu Ambil Alih MGM

Berjalan seiring perkembangan waktu, teknologi dan trend, studio gemilang Metro Goldwyn Mayer (MGM) dilaporkan bakal diambil alih oleh Amazon.

Filem & TV Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 May 2021 5:49PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Menurut laporan media, gergasi e-dagang Amazon dilaporkan sedang berada dalam proses perbincangan dengan studio penerbitan filem legenda, MGM (Metro Goldwyn Mayer) untuk mengambil alih studio itu sekali gus mempercepatkan cita-cita Amazon untuk menakluk takhta penstriman bersama James Bond, Rocky dan pelbagai francais filem lain.

Menurut New York Times, The Information dan media lain, jika berjaya, proses ambil alih ini bakal bernilai sekitar US$5 bilion hingga US$10 bilion.

Prime Video milik Amazon digunakan oleh sekitar 175 juta pengguna seluruh dunia akan mengambil alih katalog 4,000 tajuk MGM termasuklah francais filem Bond, Pink Panther, Legally Blonde serta pelbagai jenis program televisyen.

Jika berlaku, perjanjian ini akan menandakan satu lagi perubahan pemilikan buat MGM yang ditubuhkan pada 1924 dan merupakan salah satu studio terbesar di era kegemilangan Hollywood.

Perbincangan ini muncul dalam landskap media yang semakin didominasi nama-nama besar penstriman seperti Netflix dan ia merupakan trend yang pantas melonjak naik sewaktu pandemik ini.

Apa jua perjanjian yang dimeterai, Amazon akan tetap menarik minat pemerhati seluruh dunia. Firma Big Tech ini telah menjadi kuasa ekonomi besar sejak akhir-akhir ini namun berada di bawah pemantauan penguatkuasa antipakat seluruh dunia. 

Awal minggu ini, syarikat telekomunikasi AT&T berkata ia akan mewujudkan satu entiti baru bersama Discover untuk lebih fokus kepada penstriman untuk bersaing dengan Disney+ dan Apple TV+.

Amazon dan MGM tidak memberikan sebarang komen. - AFP

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Skim PERKESO Bagi Pekerja Sektor Perfileman Akan Dilaksanakan Segera

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Ahli Parlimen Dilarang Buat Penstriman Langsung Di Parlimen

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Pameran 100 Tahun Sinema Malaysia Singkap Sejarah Perfileman Negara

4

TARA 2 tahun yang lalu

4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 2 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

Konsert itu bakal membariskan anggota asal Peterpan iaitu Reza, Loekman, Andika dan Indra yang dikenali menerusi lagu hit seperti Mimpi Yang Sempurna, Semua Ten...

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN