Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


4 Rancangan Menarik Mesti Tonton Minggu Ini

Buntu mahu tonton apa minggu ini? Kami di Getaran ada cadangan. Setiap minggu, kami akan kongsikan lima tajuk yang boleh anda tonton lewat platform-platform penstriman yang ada di negara kita. Semoga terhibur.

TARA Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jun 2023 6:03PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

'Obsession'

Drama bersiri empat episod dari United Kingdom ini mengisahkan tentang seorang bapa yang menjalin hubungan terlarang dengan tunang kepada anak lelakinya. William Farrow lakonan Richard Armitage merupakan seorang doktor pakar bedah yang berjaya. 

Dia mempunyai isteri dan sepasang anak lelaki dan perempuan. Keluarga mereka sangat bahagia.  Anak lelakinya Jay Farrow lakonan Rish Shah juga merupakan seorang doktor junior. Dia berpacaran dengan seorang wanita yang lebih berusia daripadanya iaitu Anna Barton lakonan Charlie Murphy. 

Pada satu hari William telah bertemu Anna di satu majlis. Kedua-dua mereka saling tertarik dan telah menjalin hubungan intim secara rahsia. Lama kelamaan William menjadi obses dengan kekasih anaknya sendiri. Pada satu hari Jay mengambil keputusan untuk melamar Anna. 

Obsesi William terhadap Anna tidak dapat dibendung lagi apabila dia sanggup mengintip Jay dan Anna yang bercuti di Paris. Isteri William iaitu Ingrid mula perasan ada sesuatu yang tidak kena dengan suaminya. Adakah hubungan terlarang William dan Anna akan terbongkar sebelum majlis perkahwinan? Saksikan kesudahan drama ini hanya di Netflix. – Helmi Anuar 

 

The Forever Purge

Filem ini merupakan filem kelima dalam francais filem The Purge. Meskipun ketika ditayangkan dunia sedang mengalami pandemik COVID-19 iaitu pada 2021, namun ia merekodkan kutipan AS$77 juta.

Sama seperti filem Purge yang lain, ia masih memaparkan 'pembersihan' yang menghalalkan pembunuhan dalam masa 12 jam dan menjadi acara tahunan di Amerika Syarikat.

Dalam tempoh 12 jam itu, rakyat tidak tertakluk kepada undang-undang serta peraturan namun kali ini, The Forever Purge pula melebihi tempoh berkenaan.

Sasaran pembunuhan adalah pendatang asing dengan fokus kepada pendatang dari Mexico. Hanya mereka yang memiliki 100 peratus darah Amerika dibenarkan hidup.

Disebabkan keadaan itu, seluruh Amerika Syarikat berada dalam kekalutan dan kemusnahan hinggakan rakyat terpaksa melarikan diri ke sempadan Mexico dan Kanada.

Banyak adegan ganas dalam filem ini dan seperti francais yang lepas, The Forever Purge memaparkan sisi baik dan jahat dalam kalangan masyarakat.

Bagaimanapun pengkritik menyifatkan daripada lima francais The Purge, filem ini berada di kedudukan kelima terbaik. Manakala The Purge: Election Year yang diterbitkan pada 2016 berada di kedudukan teratas. The Forever Purge boleh ditonton di Netflix. - Habibah Omar

 

What’s Love Got To Do With It

Ajal, maut, jodoh pertemuan rahsia Allah SWT. Mungkin itulah yang cuba dangkat  sutradara Shekhar Kapur menerusi filem ini.

Kelihatan seperti drama berat namun ia agak lucu sebenarnya sehingga melayakkan ia  memenangi kategori Filem Komedi Terbaik di Festival Filem Rome 2022.

Ia berkisar tentang Zoe Stevenson (Lily James), seorang pengarah filem dokumentari yang agak lambat berjodoh. Baginya mencuba nasib di aplikasi mencari pasangan mungkin jalan penyelesaian terbaik.

Jiran yang juga rakan baiknya sejak kecil, Kaz Khan (Shazad Latif), jejaka Pakistan beragama Islam pula memilih untuk mengikut kemahuan ibu bapa dengan pilihan keluarga. Mengapa? Selepas kakaknya Jamila disisihkan kerana memilih lelaki kulit putih sebagai teman hidup.

Keputusan Kaz untuk berkahwin mengikut pilihan keluarga membuka ruang buat Zoe mendekati sisi unik masyarakat berbeza budaya dan agama dalam memilih pasangan hidup.

Lebih mengujakan, Kaz membenarkan Zoe merakam perjalanannya memasuki gerbang rumah tangga untuk difilemkan.

Benarkah hanya dengan cinta bahagia tercipta atau ia dibuktikan sebaliknya oleh Kaz. Saksikan ‘plot twist’ filem hebat yang turut dibintangi Emma Thompson, Shabana Azmi, Sajal Ali dan Asim Chaudhry ini di iTunes. – Suzan Ahmad   

 

'Live Changing Duas - Dhul Hijjah 2023 Series' by AlMaghrib Institute

Sedang kita menghampiri Hari Arafah dan waktu wukuf, eloklah kita mengumpulkan kembali doa-doa yang pernah dipelajari serta membuat senarai doa. Apa tidaknya, waktu wukuf adalah antara waktu paling mustajab untuk berdoa. Masakan kita mahu mengsia-siakan peluang keemasan ini. 

Untuk membantu persediaan kita, bolehlah kita tonton siri ‘Live Changing Duas’ oleh AlMaghrib Institute ini.

Setiap episod panjangnya tidak sampai 5 minit pun! Namun, Sh. Majed Mahmoud yang mengendalikan siri YouTube ini sempat memberikan latar belakang setiap doa yang dikongsinya serta cara membaca dengan betul. 

Siri ini tidak hanya berguna untuk 10 hari pertama Zulhijjah ini, malah ia juga boleh membantu persediaan kita untuk berdoa ‘all out’ pada 10 malam terakhir bulan Ramadan juga. Dan nama pun doa, pastilah boleh diamalkan setiap hari.

Ingat kami di Getaran dalam doa Hari Arafah anda nanti ya. Selamat menonton! - Ili Farhana - Getaran, 25 Jun 2023

Isu Pada

Ahirine Ahirudin: Namanya Semakin Panas!

24 Jun 2023

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 bulan yang lalu

Netflix Dedahkan 100 Peserta Physical: 100 Season 2 : Underground 

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Dr Mahathir Dahagakan Perhatian - Fahmi

3

TARA 3 bulan yang lalu

5 Filem, Siri Menarik Di Netflix Untuk Tontonan Cuti Tahun Baharu

4

Filem & TV 4 bulan yang lalu

Pendatang Bukan Untuk Komersial, Punca Hanya Tayang Di YouTube

Sorotan

1

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

2

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

3

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

4

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

5

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

6

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City